Terjemahan Perspektif & Emosi Menerusi Rekaan, Simone Rocha Pilihan Terbaharu Kolaborasi H&M

Share

Siapa yang tidak kenal dengan jenama asal Sweeden ini, sejak mula memasuki Malaysia pada September 2012 jenama ini menjadi pilihan fesyen terkini mampu milik kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan Remaja. Menarik tentang H&M, jenama ini membawakan kelainan apabila berkolaborasi bersama pereka terkemuka antarabangsa yang kebanyakannya menawarkan busana pada harga yang tidak semua mampu miliki.

Menerusi kolaborasi ini, mereka yang mahukan gaya terbaik namun pada harga yang munasabah, sekurang-kurangnya mampu merasa ‘air tangan’ pereka fesyen ternama. Bermula pada tahun 2004 dengan koleksi Karl Lagerfeld x H&M, konsep ini telah mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen. Peminat-peminat fesyen sanggup beratur di luar butik sehari awal sebelum penjualan koleksi semata-mata mahu menjadi antara orang pertama memiliki koleksi eksklusif tersebut.

Sumber gambar: H&M

Antara jenama dan pereka fesyen yang pernah mengisi senarai kolaborasi ini antaranya Stella McCartney, Lanvin, Sonia Rykel, Kenzo, Alexander wang dan ramai lagi. Terbaru memasuki tahun 2021, H&M mengumumkan yang pereka fesyen asal Ireland, Simone Rocha bakal duduk di kerusi kolaborasi terbaru. Mengujakan! Idea fesyennya yang moden dan segar membuatkan ramai ternanti-nanti.

Look at the cute hairpin! Love. Sumber gambar: H&M

Dalam satu kenyataan yang disiarkan news24.com, pereka fesyen berusia 35 tahun ini berkata, “Saya sangat teruja untuk bekerjasama bersama H&M bagi koleksi istimewa ini. Ia merupakan sambutan kepada gaya signatur jenama saya dan juga pengaruh yang telah membentuk saya.

“Sebagai seorang pereka fesyen dan juga pelanggan, saya merupakan peminat kepada konsep kolaborasi yang dilakukan H&M. Paling saya suka semestinya kolaborasi bersama Alber Elbaz, Margiela dan Comme de Garcons. Ia satu perasaan yang luar biasa untuk berada bersama senarai alumni hebat ini.”

Koleksi buat lelaki. Sumber gambar: H&M

Koleksi ini akan merangkumi rekaan busana yang gaun bercorak, busana berkait, outerwear, t-shirts kasual dan juga aksesori termasuk rekaan signatur aksesori mewah dan juga sepatu bertatah mutiara. Apa yang pasti ia merangkumi rekaan untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Bakal dilancarkan pada 11 Mac 2021, sama-sama kita nantikan bilakah tarikh koleksi ini akan sampai ke Malaysia.

IKLAN