
Hangat di media sosial baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak Jepun menerusi satu temu bual mendedahkan bahawa dia mahu mencuba Karipap iaitu kuih kegemaran MechaBots dalam filem Mechamato.
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo, Pertama Dalam Sejarah

Bukan sahaja warga tempatan, malah rakyat negara Asia, Jepun juga terkesima dengan karya seni animasi terbaharu oleh produksi Animonsta Studios, Mechamato.
Animasi itu turut menjadi pilihan ibu bapa di Jepun kerana tiada sebarang unsur negatif terhadap kanak-kanak yang dipaparkan sepanjang filem tersebut.

Menerusi hantaran di laman TikTok (@boboiboy), beberapa orang rakyat Jepun termasuklah golongan dewasa dan kanak-kanak jelas memberikan maklum balas positif terhadap filem animasi Mechamato yang ditayangkan di negara itu.
@boboiboy Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! 🇯🇵🇲🇾 #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー ♬ original sound – MONSTA
Menurut seorang wanita, babak permulaan filem yang menyaksikan adegan pertemuan robot MechaBot dan Amato membuatkannya berasa sebak sehingga menitiskan air mata.
“Saya mengalirkan air mata, ia agak memalukan. Saya mahu menonton Mechamato sebanyak dua ke tiga kali selepas ini. Ia adalah filem yang sangat menyeronokkan,” ujarnya dalam satu temu bual.
Filem Mechamato versi Jepun mula ditayangkan seminggu selepas kemunculan pertama di teater Jepun iaitu pada 19 Januari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan hasil karya seni filem animasi tempatan yang berjaya menambat hati warga Jepun.
“Lihat keterujaan kanak-kanak dari negara luar tentang filem animasi Malaysia merupakan detik yang harus dibanggakan,” kata seorang warganet.

Bukan itu sahaja, beberapa individu dilihat mengucapkan tahniah kepada Animonsta Studios atas kejayaan mereka menghasilkan karya yang disenangi ramai.
“Bukan mudah untuk jadikan kartun lokal kita sebagai sebahagian animasi kegemaran zaman kanak-kanak orang negara ‘anime’ ini. Tahniah Monsta,” ujar seorang netizen.

Siri Mechamato yang ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan Jepun, Tokyo MX, merupakan animasi Malaysia pertama menembusi pasaran negara tersebut.
Mechamato Movie telah ditayangkan di Malaysia buat pertama kali pada tahun 2022 dan telah berjaya mendapatkan kutipan kasar sebanyak RM36 juta.

Memetik Malay Mail, filem Mechamato versi Jepun pula ditayangkan seminggu selepas kemunculan pertama di teater Jepun iaitu pada 19 Januari. Sehingga kini, filem berkenaan ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu melalui kerjasama antara studio animasi tempatan Monsta, Astro Shaw dan AEON Entertainment Japan.

Lebih membanggakan lagi apabila siri Mechamato menjadi animasi pertama luar Jepun yang memenangi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.
Wah tahniah REMAJA ucapkan! Kerlasssss…
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO/ ARTIKEL: KOSMO, TRPBM
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Makhluk Tak Sedar Diri….,” Netizen Sekolahkan Individu “Diva” Hina Pusat Kuarantin
Pelbagai usaha keras yang dilakukan kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia saat ini terjamin. Bermacam inisiatif juga diutarakan agar rakyat Malaysia tidak perlu gusar serta khuatir dengan keadaan sekarang.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini sering kita dengar perkara yang kurang ‘sedap’ tentang perangai kluster baru balik dari luar negara. Mereka ini dikatakan terlalu demand dan agak kurang sopan bertemu dengan petugas kesihatan.
Terbaru pula muncul seorang lagi individu yang dikuarantin dikatakan telah menghina pusat kuarantin yang telah di sediakan oleh pihak Johor. Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang warganet di facebooknya Faizul Ezmin II.
Kuarantin DivaFrontliner² KKM bakal koyak jika rakyat² sebegini terus menerus berperangai diva dikala musim darurat…
Posted by Faizul Ezmin II on Thursday, 9 April 2020
Mengikut sumber individu yang telah menghina dan melemparkan kata-kata kurang sopan merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dia telah dihantar kembali ke tanah air kerana penularan wabak CoV-19 ini. Individu ini juga dikatakan telah disahkan positif CoV-19.
Menurut individu ini, pusat kuarantin di Johor terlalu kotor. Berkongsi bilik 3 hingga 4 orang, bahkan menurutnya haiwan sendiri tidak mahu atau muat untuk tinggal di dalam bilik ini. Beliau juga meminta agar orang ramai meviralkan perkara tersebut.
Hina pusat kuarantin CoV-19
Perkara ini telah menimbulkan rasa membawang dikalangan warganet. Mereka tidak bersetuju dengan perangai individu tersebut yang dikatakan terlalu sombong


Emm..susah betul kalau orang yang jenis tak bersyukur ni kan….
Sumber : Facebook Faizul Ezmin II
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua Tren LRT Bertembung Dekat Terowong Stesen KLCC, Pertama Kali Dalam 23 Tahun
Sebagai salah sebuah sistem pengangkutan awam paling dipercayai di ibu negara, tren Transit Aliran Ringan (LRT) jarang sekali berdepan dengan isu keselamatan.
Bagaimanapun, kemalangan nyata tidak berbau apabila dua buah tren LRT yakni tren bernombor 40 dan 81 dilaporkan bertembung pada malam ini.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Ketua Polis daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah melaporkan kepada pihak media sebentar tadi bahawa pihaknya telah menerima laporan insiden yang melibat dua tren LRT yang bertembung di antara laluan KLCC – Kelana Jaya dan Kelana Jaya – Gombak.
[Video] Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berhadapan dengan satu insiden yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
Usaha menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.
Sumber: Prasarana Malaysia Berhad pic.twitter.com/gsbUhlgECv
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 24, 2021

Pertembungan yang berlaku di antara stesen Kampung Bharu dan stesen KLCC ini melibatkan kira-kiranya 213 orang penumpang dalam sebuah tren. Manakala sebuah lagi tren terlibat merupakan tren kosong dan dipandu secara manual.
Tren kosong itu dilaporkan sedang mengalami kerosakan dan sedang dipandu uji ketika kejadian berlaku.
Daripada jumlah penumpang tersebut, 47 orang dilaporkan cedera parah manakala 166 yang lain mengalami kecedaraan ringan. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kesemua mangsa berkenaan telahpun berjaya dikeluarkan dari gerabak dan dihantar ke hospital berhampiran.


Biarpun punca kejadian masih dalam siasatan, beliau berkata ia mungkin sekali terjadi akibat kegagalan komunikasi di pusat kawalan. Selain faktor teknikal, siasatan juga akan mengambil kira punca kecuaian sehingga melibatkan kecederaan awam.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengumumkan pihak kementerian akan menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat dan menghantarkan laporan awal dalam tempoh 24 jam bagi insiden ini. Laporan penuh pula dijamin akan selesai dalam tempoh 2 minggu.
Untuk pengetahuan, insiden ini merupakan yang pertama seakannya dalam temph 23 tahun LRT beroperasi.
*
Terdahulu, beberapa video dan foto telah tersebar di platform media sosial melibatkan mangsa di dalam gerabak yang sedang menunggu bantuan perubatan.
REMAJA doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan yang stabil dan agar rakyat tidak menokok tambah sebarang informasi tidak benar berkenaan insiden ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Neelofa Sertai Kempen #ThereSheGrows Bersama Selebriti Hollywood, Netizen Beri Pujian
Apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor pastinya mendapat perhatian netizen di media sosial.
Baru-baru ini, Neelofa telah pun memuat naik sebuah video posting di laman instagramnya dan mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen yang dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.

Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedkasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Juara Pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini mendedikasikan penghormatan ini buat anak saudaranya, Jebat Jayden.
“I would love for him to experience the greeneries when he grows up. I think it’s very important for us to leave a better and greener world for our future”
Neelofa ingin anak saudaranya merasai sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika dia membesar.
Ramai yang memuji tindakan selebriti ini kerana menyokong kempen tersebut dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.
Bukan hanya Neelofa, selebriti antarabangsa yang lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antara selebriti Hollywood yang turut serta adalah seperti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Congrats Lofa. Diharap ramai lagi anak muda yang menyokong dan tanamkan dalam diri untuk mencintai kehidupan hijau serta memastikan alam sekitar sentiasa terjaga demi masa hadapan generasi yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

