
Meskipun hubungan mereka kini sedang dilanda konflik, pelakon popular Anna Jobling tetap menitipkan ucapan penghargaan buat ibunya, Ariz Arop, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan).

“Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulisnya di InstaStory.
Pelakon drama Setia Itu Mahal itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan hari jadi, yang disifatkan menjadikan harinya lebih bermakna.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” katanya.

Dalam pada itu, selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris ini juga meluahkan rasa syukur kerana sentiasa dikelilingi insan yang memberi sokongan.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” ujarnya.

Terdahulu, kemelut antara Anna dan ibunya masih belum menemui titik noktah selepas Ariz mendedahkan menerima perintah injunksi daripada anaknya pada Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Moga Lebih Banyak Memori Indah Dapat Dicipta” Dedikasi Terindah Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Ke-44

Siapa tidak kenal dengan figura seni tanah air ini, seorang penyanyi bersuara emas, usahawan yang berjaya dan seorang ibu kepada dua cahaya mata yang sering menjadi perhatian warganet kerana gelagat dan kecomelan mereka.
Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-44 pada hari ini, penyanyi nombor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencoretkan dedikasi istimewa buat dirinya, suami tercinta serta kenalan terdekat.
Selain itu, pelantun lagu popular Wajah Kekasih itu turut menzahirkan kesyukuran atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini” Siti Nurhaliza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai

“Alhamdullillah… Terima Kasih Ya Allah, Segala yang dikau kurniakan padaku, hanya PadaMu segala puji bagi Allah sekelian Alam. Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak sebaiknya.
“Begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal dan anakanda @sabrina.jp yang sangat baik hati. Kakak Za yang sama bantu Makiti sepanjang percutian panjang ini.

“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua… Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti. Amin,” tulisnya panjang menerusi ruangan kapsyen pada sebuah hantaran terbaharu di Instagram.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak terlepas untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran selain mereka menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi lagu Nirmala itu.

Difahamkan, Siti bersama suami tercintanya, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan kedua-dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa kini di berada Turkiye.
Menjengah pada beberapa hantaran lain, Siti ada memuat naik beberapa foto yang memaparkan momen percutian keluarga kecilnya itu sepanjang berada di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Perkahwinan Shin Min Ah & Kim Woo Bin Dianggar Cecah 1 Bilion Won, Turut Sumbang 300 Juta Won Kepada Badan Kebajikan

Majlis perkahwinan pasangan selebriti Korea Selatan, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin, yang berlangsung pada 20 Disember lalu sekali lagi kembali mencuri tumpuan apabila beberapa butiran terbaru mengenai acara eksklusif itu mula didedahkan.
Pendedahan tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat, malah mencetuskan perbincangan mengenai anggaran kos perkahwinan berprofil tinggi pasangan itu yang dikatakan mencecah jumlah luar biasa.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kos perkahwinan pasangan selebriti ini dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya 700 juta Korea Won, dianggarkan bersamaan hampir RM 2 juta dan ia merangkumi kos lokasi, busana pengantin, aksesori mewah serta cenderahati eksklusif buat para tetamu yang hadir.

Untuk info, upacara majlis perkahwinan yang diadakan pada sebelah malam di Dynasty Hall, Hotel Shilla, Jangchung-dong, Seoul disempurnakan oleh sami Buddha terkenal, Pomnyun Sunim, manakala pelakon Lee Kwang Soo juga dilantik sebagai pengacara majlis. Selain itu, penyanyi Car, the Garden pula tampil membuat persembahan istimewa sebagai lagu ucapan tahniah.
Cenderahati perkahwinan yang diberikan kepada para tetamu turut menarik perhatian apabila dilaporkan terdiri daripada set kosmetik jenama Lancôme serta minyak wangi Acqua di Parma. Kos untuk hadiah-hadiah ini sahaja dikhabarkan mencecah ratusan juta Korea Won, sekaligus menambah nilai keseluruhan perbelanjaan majlis tersebut.
Bagi busana pengantin Shin Min Ah juga menjadi tumpuan apabila dikenal pasti sebagai rekaan daripada koleksi Elie Saab 2026 Spring Bridal Collection. Gaun eksklusif itu dianggarkan bernilai sekitar US$31,000, iaitu lebih kurang 46 juta Korea Won atau kira-kira RM128,000.


Pada masa yang sama, aksesori yang digayakan pasangan ini turut mencerminkan kemewahan majlis berkenaan. Shin Min Ah dilaporkan mengenakan rantai leher jenama mewah, Louis Vuitton Fine Jewelry Galaxie Necklace bernilai kira-kira US$214,000 (RM866,700) serta subang daripada jenama sama yang dianggarkan berharga US$50,678 (RM205,245). Kim Woo Bin pula memakai cincin Louis Vuitton dengan nilai sekitar US$11,500 atau RM46,575.
Sementara itu, Hotel Shilla sememangnya dikenali sebagai antara lokasi perkahwinan paling eksklusif di Korea Selatan dan sering menjadi pilihan selebriti ternama. Sebelum ini, beberapa figura terkenal seperti Kim Yuna, Jun Ji Hyun dan Yoo Jae Suk turut mengadakan majlis perkahwinan di hotel yang sama, dengan kos yang dilaporkan mencecah ratusan juta Korea Won.

Menariknya, pada hari perkahwinan mereka, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin turut berkongsi khabar menyentuh hati apabila menyumbangkan sebanyak 300 juta Korea Won kepada beberapa organisasi kebajikan. Sumbangan tersebut disalurkan kepada Hanlim Burn Foundation, Seoul Asan Medical Center serta organisasi bantuan antarabangsa, Good Friends, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan pasangan ini mencecah sekitar 1 bilion Korea Won.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara Promosi Mata Wang Kripto Di Instagram, Kim Kardashian Didenda RM4.65 Juta

Penggunaan mata wang kripto memang hangat diperkatakan tak kira dimana. Malah, ada pihak yang mendakwa telah menjadi kaya selepas membelinya pada waktu mula-mula ia diperkenalkan. Tapi awas ya, ramai juga terpedaya dengan skim ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Terpalit dengan mempromosikan matawang Kripto, bintang Hollywood Kim Kardashian didenda sebanyak AS$1 juta (RM4.65 juta) oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC).
Kim juga dihalang daripada mempromosikan mata wang kripto selama tiga tahun, akan membayar denda AS$1 juta itu. Bayaran itu adalah bagi menyelesaikan kes pendakwaan bahawa beliau mengesyorkan jaminan kripto kepada 330 juta pengikut Instagramnya tanpa menjelaskan bahawa beliau dibayar untuk berbuat demikian.

Bintang realiti televisyen itu juga perlu menyerahkan bayaran AS$250,000 (RM1.16 juta) yang diterima bagi hantaran Instagram mengenai token Ethereum Max, termasuk faedah.
Kardashian adalah antara selebriti terbaru terjerat dalam peraturan yang memerlukan pendedahan penuh oleh individu menerima bayaran untuk mempromosikan produk kewangan.
Peringatan Kepada Selebriti
Pengerusi SEC, Gary Gensler, dalam kenyataannya, berkata penyelesaian Kardashian ‘berfungsi sebagai peringatan kepada selebriti dan orang lain bahawa undang-undang memerlukan mereka mendedahkan kepada umum bila dan berapa bayaran diterima untuk mempromosikan pelaburan dalam sekuriti’.
Gensler juga menggunakan penyelesaian itu sebagai peluang untuk mendidik orang ramai dengan mengeluarkan video jenaka di YouTube yang memberi amaran mengenai kemungkinan perangkap nasihat pelaburan yang diberikan oleh orang kaya dan terkenal.
SEC berkata Kardashian bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan yang sedang dijalankan, walaupun dia tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai siasatan itu.
Salah seorang peguam untuk Kardashian, Patrick Gibbs, berkata dia bekerjasama sepenuhnya dengan SEC sejak awal lagi dan bersedia untuk melakukan apa saja yang diperlukam untuk membantu SEC dalam perkara itu.
Sebelum ini, nilai mata wang kripto melonjak ketika pandemik tetapi baru-baru ini, di tengah kemerosotan pasaran keseluruhan, kebanyakan nilai kripto menjunam.
Bitcoin kehilangan lebih separuh nilainya pada tahun 2022 kepada sekitar AS$19,000 (RM88,300) semalam.
Token Ethereum Max yang dipromosikan oleh Kardashian merosot nilainya lebih daripada 90 peratus sejak kemuncaknya Mei lalu. – AP
Untuk info, matawang Kripto adalah mata wang digital yang hanya terdapat dalam rangkaian komputer yang disebut ‘blockchain’ di internet. Namun, skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah.
BACA : Kim Kardashian Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Nama Marilyn Monroe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

