Terbaru, Kim Kardashian sekali lagi dikaitkan dengan artis Hollywood terkenal itu dalam video jenama fesyen Dolce & Gabbana. Ibu kepada empat orang anak itu mengambil inspirasi daripada mendiang Marilyn dalam sebuah video bagi mempromosikan pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana.
Dolce & Gabbana adalah jenama fesyen agung yang tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan rekaan yang berjiwa feminin.
Kim dilihat menikmati piza sambil dirinya diperhatikan oleh sekumpulan jurugambar.
Ads
Klip yang dihasilkan itu sempena pertunjukan fesyen musim panas Milan Fashion Week 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Kim yang berkolaborasi dengan jenama mewah itu menampilkan video promosi dengan tema hitam putih yang diberi judul Ciao Milano, #CiaoKim #DolceGabbana.
Ads
“Saya tidak sabar menunggu koleksi ini dilancarkan. Ini akan menjadi sangat luar biasa. Tidak sabar menunggu pertunjukan itu, sudah hampir waktunya!” tulisnya di Instastory.
Sama tak? Dah namanya Kim Kadashian, apa sahaja yang dilakukan selebriti ini pasti menjadi perhatian ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solat itu wajib ke atas umat Islam yang sudah mencapai usia baligh. Amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab di hari kiamat nanti adalah solat.
Solat adalah hubungan manusia dengan Rabb, sang maha pencipta. Ia sebagai satu tanda syukur di atas segala nikmat dunia yang kita nikmati termasuk nikmat tubuh badan, nikmat kesihatan, udara yang disedut, kejayaan diraih dan lain lagi.
Sering kali di rakaat akhir, kita lihat seseorang sujud lebih lama membaca doa sementara sebahagian lagi sudah duduk di antara dua sujud.
Agak-agak kenapa kita disuruh sujud lama semasa rakaat akhir? Baca perkongsian ini dan kenapa kita digalakkan membacanya untuk memperoleh saham akhirat kelak.
Solat itu wajib dan fardu ke atas setiap umat islam yang baligh dan sempurna akalnya
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
“Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di ketika ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Semasa sujud akhir, Rasulullah kebiasaannya akan membaca doa berikut:
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Di dalam sabdanya, Rasulullah mengatakan bahawa keistimewaan umatnya yang bersujud adalah:
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.”
Mendengar itu para sahabat bertanya:
“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah s.a.w.?”
Jawab baginda:
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
“Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
Nikmat mana lagi yang harus kita dustakan. Islam itu agama syumul dan sebarkan kebaikan buat orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini Bae Suzy dipuji kerana menggayakan hijab pemberian peminatnya, kini aktres Korea tersebut sekali lagi mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik foto berhijab di laman instagramnya.
Khabarnya, Suzy memakai hijab kerana sedang menjalani penggambaran drama Vagabond di Morocco.
Foto yang mendapat lebih daripada 80 ribu komen dan hampir 1.5 juta tanda suka ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang memuji kecantikan apabila gadis Korea ini berhijab.
Terbaru, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ayda Jebat meraih perhatian apabila berkongsi perkembangan terkini beliau selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah mild slipped disc.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat (33) memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
“Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okay, saya rehat dulu daripada buat aktiviti lasak…janji! (Nurse dan staf dekat sini kalau boleh nak pagar bilik ini sebab pesakit asyik ‘kabur’ ke sana ke sini),” seloroh Ayda.
Walaupun kini dalam keadaan kurang sihat, pelantun lagu ‘Memerang’ itu tersentuh dengan keprihatinan para peminat dan kenalan yang tidak henti-henti bertanya khabar serta menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang DM, WhatsApp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, melalui perkongsian sama, isteri kepada personaliti televisyen, Nabil Mahir itu turut meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.
Kredit: Instagram Ayda Jebat
“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please… Salam Ramadan juga buat semua,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat serta rakan-rakan artis turut membanjiri dengan ucapan semangat dan doa agar penyanyi yang popular melalui lagu Pencuri Hati itu segera sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.
Kami di REMAJA juga turut mendoakan agar kesihatan Ayda kembali pulih seperti sebelum ini, aameen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.