Hangat baru-baru ini apabila video ringkas penyanyi rap popular MK K-Clique mengusik isterinya yang sedang memandu dikecam ramai. Hal ini berikutan dirinya dan isteri, Siti Hajar di dapati tidak memakai tali pinggang keledar (seatbelt) dengan betul ketika berada di dalam kereta.
Mengakui dirinya secara tidak sengaja mengabaikan keselamatan jalan raya, MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan secara rasmi memohon maaf menerusi perkongsian video di laman Instagramnya semalam.
“Pertama sekali, saya minta maaf kerana telah memberi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab selepas memuat naik video dua hari lalu iaitu memaparkan saya mengusik isteri ketika memandu tetapi kami tidak memakai tali pinggang keledar,” jelasnya.
MK turut menyatakan kekesalannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menegur tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Ads
“Terima kasih kepada yang menegur, saya tiada alasan sebab memang salah sendiri.
“Saya juga harap video ini kenjadi pengajaran dan kesedaran untuk saya menyedari kesilapan sendiri iaitu tidak lalai tentang keselamatan diri.
“Selain itu, saya juga berharap kita semua akan lebih peka sebelum memuat naik sebarang kandungan dalam akaun media sosial tanpa melukakan atau memberi contoh tidak baik.
MK terdahulu selamat mendirikan rumah tangganya dengan Siti Hajar pada 15 Jun lalu.
Ads
Pada masa yang sama, penyanyi lagu “Pulang” itu turut berharap keputusannya untuk memandu tanpa tali pinggang keledar bukanlah perkara yang diikuti orang ramai di masa hadapan kelak.
“Harap semua pihak tidak mengulangi kesilapan saya selain lebih berhati-hati menjaga keselamatan diri sendiri dan orang tersayang,” ujarnya lagi.
Sekadar info, MK sah bergelar suami kepada Siti Hajar pada 15 Jun lalu menerusi majlis akad nikah di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik buat peminat pelakon lelaki popular Korea, Song Kang, korang bakal berpeluang untuk bertemu dengan aktor ini dalam sesi bertemu peminat secara virtual pada 4 Mac depan.
Dihoskan oleh Netflix, sesi meet and greet ini bakal berlangsung selama 1 jam di saluran YouTube kandungan Korea Netflix The Swoon dan akan distrim dalam bahasa Inggeris. Sari kata turut disediakan dalam bahasa cina tradisional, Indonesia, Jepun, Thai, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin) dan Vietnam selepas acara berlangsung.
Sumber: Netflix
Sesi ini dapat memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat untuk berinteraksi bersama bintang kesayangan mereka. Peminat akan melihat sekilas kehidupan pelakon itu melalui sesi soal jawab, kuiz dan banyak lagi aktiviti interaksi menarik yang dijanjikan. Tiada tiket diperlukan untuk menyertai sesi ini, jadi semua peminat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut.
Sumber: Netflix
Peminat juga berpeluang menghantar soalan dan video 30 saat untuk bertanyakan soalan atau memberikan ucapan buat Song Kang menerusi Google Form.
So guys, jangan lupa 4 Mac depan pada pukul 7 malam untuk beramah mesra dengan pelakon Love Alarm, Sweet Home, Navillera, Nevertheless and Forecasting Love And Weather ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persaingan sengit dalam pertandingan pageant kini bukan saja terarah kepada peserta lelaki.
Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Harapan besar Malaysia kini berada di bahu Danial Hansen yang sedang bersiap sedia mewakili negara ke Mr Tourism World 2020. Dijadualkan akan berlangsung pada Januari 2020 di Malta, Danial yang kini berusia 24 tahun berkata pertandingan ini bukan saja mementingkan paras rupa.
Malah kini, kriteria ilmu pengetahuan dan personaliti menarik juga penting bagi menyakinkan juri.
Foto: IZWAN ZAINAL
“Di atas pentas kelak, saya tiada masa untuk teragak-agak kerana di situlah faktor kebijaksanaan dan personaliti saya bakal teruji.
“Sebagai contoh, kini saya sedang mendalami subjek pelancongan yang berkait rapat dengan Mr Tourism
“Saya juga sedang giatkan lagi latihan di gym bagi mendapatkan berat badan ideal secara natural. Sepanjang 4 tahun ini, latihan saya dipantau rapat oleh ayah saya yang juga merupakan jurulatih. Hasil displin ini memang menunjukkan impak.
“Jadi kini saya sedang teruskan latihan selama 6 kali seminggu, 2 jam bagi setiap sesi,” kata Danial yang menolak penggunaan steroid kerana takutkan kesan jangka panjang.
Danial Hansen untuk Majalah Remaja isu Okt-Dis 2019.
Kini seperti peserta lain di Mister Tourism memerlukan sokongan korang untuk mengundinya bagi pertandingan ini.
Kategori ‘The World Choice Award’ ini memberi peluang untuk Danial mendapatkan tiket fast track ke pusingan seterusnya semasa finale Mister Tourism pada 11 Januari kelak.
Cara adalah dengan melawat Facebook & Instagram Mister Tourism World Official dan berikan like sebanyak yang mungkin di foto Danial (seperti di atas). Senang kan?
All the best kepada Danial!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak ke seluruh negara.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Arah lakukan solat hajat
Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin telah mengarahkan agar semua surau dan masjid kerajaan di negeri Johor melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada virus Influenza A.
Dilakukan selepas solat Jumaat
Surat rasmi yang ditulis dalam tulisan jawi itu juga memberitahu bahawa solat hajat akan dilakukan pada esok hari iaitu selepas solat Jumaat diadakan.
Ramai yang beri sokongan
Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana dlam kegawatan menghalang virus tersebut daripada terus menular, doa memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta adalah jalan yang paling utama untuk dilaksanakan.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Moga virus ini cepat hilang di negara kita. Take care guys!