
Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian di media sosial sekali lagi apabila anak lelakinya, Ammar Ahyan yang dikatakan ‘tertarik’ kepada anak perempuan kepada Datuk Seri Vida, iaitu Cik B.
Menerusi sebuah siaran langsung yang tular di TikTok, Ammar berkongsi bahawa Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (20) pernah bertanya beberapa soalan peribadi kepada dirinya.
Dalam pada itu, menurut Datuk Aliff, setiap soalan tersebut seolah memberi bayangan bahawa Cik B mungkin menaruh hati terhadap anak sulungnya itu.
Pada yang sama, beliau yang tidak melepaskan peluang untuk menyakat semasa dalam siaran langsung. Datuk Aliff turut mencadangkan agar Ammar memberikan jawapan lebih romantik terhadap setiap pertanyaan Cik B.
“Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia selama saya hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” katanya.
Namun, belum sempat beliau menghabiskan ayat tersebut, Ammar segera mencelah dan menegaskan, “Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu.”
Sementara itu, Datuk Aliff terus menyakat putera kesayangannya dengan bertanya hal apa yang menarik tentang Cik B.
“Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” jawab Ammar.
Bagaimanapun, jawapan itu disambut oleh bapanya dengan usikan lanjut, yang berbunyi.
“Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” ujarnya sambil ketawa.
Apa yang lebih mencuit hati para pengikut mereka di media sosial apabila Datuk Aliff turut menyanyikan lagu berjudul ‘Setanggi Syurga’ nyanyian daripada kumpulan nasyid terkenal Inteam dalam siaran langsung sambil mengubah lirik sesuai dengan kreativitinya sendiri.
“Itu lagu Ammar Ahyan dengan Cik B. Ammar akan ditakdirkan dengan ikhlas dan pengorbanan untuk Cik B. Di sana kita bina, Ammar Ahyan dan juga Cik B bersatu. Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu,” selorohnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.