Terima Anugerah Naib Canselor, Anak Didie Alias Tamat Pengajian Ijazah Sarjana

Share

Disebalik kejayaan ibu bapa meraikan anak-anak yang mendapat keputusan SPM minggu lalu, bekas finalis Dewi Remaja, Didie Alias turut berkongsi momen bahagia apabila anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

Instagram: @niyardzn

Didie meluahkan, walapun tidak dapat bersama di hari istimewa anaknya itu, dia tetap berbangga dengan usaha dan kejayaan yang diperoleh Dhaniyah Ridzuan. Doa ibu yang sentiasa meniti di bibir antara kunci kejayaan seorang anak. Lebih membanggakan, Dhaniyah turut menerima anugerah Naib Canselor.

Sebelum ini, Didie pernah berkongsi kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza yang menerima Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Walaupun pernah bergelar ibu tunggal, jelas sekali bahawa selebriti ini seorang ibu yang cekal dan mampu membesarkan anak-anak dengan baik.

Instagram: @niyardzn

BACA: Anak Gadis Berjaya Gapai Segulung Ijazah, Didie Alias Luah Rasa Syukur

Malah, di ruangan kapsyen juga tertulis “Kakak nampak kesusahan kite selama nie, Allah bagi hadiah yang paling berharga buat mumy.” Sudah tentu ia menggambarkan perasaan bangga seorang ibu kerana berjaya memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.

Kejayaan ini juga turut mendapat perhatian pengikutnya di instagram yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kepada Dhaniyah kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Master in Visual Communication and New Media.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat anak perempuan Didie Alias, Dhaniyah Ridzuan. Walaupun sudah bergelar seorang ibu namun tetap berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana.

Sumber: (1

)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN