
Terbaru, duo beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei berjaya menamatkan kemarau kejuaraan apabila muncul juara Terbuka Australia, sekaligus merangkul gelaran pertama mereka dalam Siri Jelajah Dunia BWF pada Ahad, semalam.
Dalam pada itu, aksi akhir yang berlangsung di Sydney Olympic Park menyaksikan gandingan pilihan utama negara itu berada dalam kelas tersendiri apabila mereka tidak berdepan banyak tentangan daripada pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Alberta Pasaribu.
Dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 42 minit, Tang Jie–Ee Wei memastikan kemenangan mutlak menerusi straight set 21-16, 21-11, sekaligus mengesahkan dominasi mereka sepanjang kejohanan.

Kejayaan tersebut hadir bersama habuan lumayan apabila pasangan negara itu membawa pulang AS$37,525 (RM155,190) selaku juara kejohanan, mengukuhkan lagi status mereka sebagai antara beregu campuran elit dunia.
Terdahulu, pasangan nombor empat dunia itu telah mencipta kejutan besar apabila muncul juara Kejohanan Dunia pada Ogos, satu pencapaian yang melonjakkan reputasi mereka di pentas antarabangsa.
Pada masa yang sama, rentak konsisten pasangan ini turut menyaksikan mereka mara ke final Masters China pada September, namun terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas di pentas penentuan.

Dalam tempoh setahun yang penuh cabaran, perjalanan mereka dalam beberapa kejohanan utama turut terhenti di peringkat separuh akhir termasuk Terbuka Denmark, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia, Terbuka India dan Terbuka Malaysia.
Sementara itu, kejayaan di Sydney ini bukan sahaja menandakan kebangkitan semula prestasi mereka, malah menjadi isyarat jelas bahawa Tang Jie–Ee Wei kini kembali berada pada landasan terbaik untuk memburu lebih banyak kejuaraan di pentas antarabangsa.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

















