
Korang tahu tak, tulisan Jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu. Tapi baru-baru ini saja isu tulisan Jawi hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengangkat semual tulisan yang pernah menjadi tulisan rasmi bahasa Melayu.
Tulisan khat di dinding jambatan
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial ke laman Facebook Batu Gajah Bandar Bersejarah (BGBB), kelihatan seorang gadis sedang memanjat tangga sambil menulis mural tulisan khat di dinding jambatan.

Tulisan khat yang ditulis adalah selawat dan kata puji-pujian kepada Allah S.W.T dan Rasulullah.
Dapat pujian netizen
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat ke laman Facebook terbabit, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas positif diatas usaha yang digerakkan.


Mereka juga memuji tindakan tersebut kerana bukan sahaja menceriakan kawasan itu malahan memberi peluang kepada masyarakat Muslim menambah pahala dengan sama-sama berselawat apabila membaca tulisan khat tersebut.
Non-Muslim pun puji cantik

Cantiknya seni grafiti jawi ni kan, dan memang patut diberi pujian buat gadis ni sebab tak ramai yang boleh membaca lagi-lagi menulis tulisan Khat dan jawi ini.
Tapi jangan lupa walaupun tujuan yg baik…korang jangan suka-suka pula melukis dan membuat khat ini merata-rata takut dianggap vandalisma, melainkan mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa okay!
Sumber: Zafrul Rizal Mohd Isa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selangor Alami Ledakan COVID-19, Hanya Dua Daerah Kuala Selangor & Sabak Bernam Zon Hijau

Jika semalam negara dikejutkan dengan seramai 260 kes positif COVID-19, hari ini berlaku ledakan lebih besar apabila 287 kes baharu dicatatkan. Sekaligus menjadikan sebanyak 1540 kes aktif di negara ini.
Sesuatu yang jelas lagi menakutkan, jumlah mereka yang positif COVID-19 semakin ramai sekaligus membimbangkan ramai orang akan berlaku peningkatan lebih banyak kes.
Dalam kenyataan terkini, KKM mengesahkan sudah wujud tiga kluster dari Selangor iaitu kluster Seri Anggerik sebanyak 14 kes, kluster Seri Setia 4 kes selain kluster Jalan Meru 9 kes.
Semalam Selangor merekodkan 13 kes tempatan baharu semalam menjadikan kes aktif keseluruhan di negeri itu berjumlah 66 kes. Jika ditambah hari ini menjadikan kes aktif COVID-19 di Selangor adalah sebanyak 80 orang.


Menerusi perkongsian Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, daripada jumlah itu, 49 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
"Malaysia juga merekodkan sebanyak 260 kes baru pada hari ini (semalam) iaitu jumlah kedua tertinggi sejak Februari 2020.
"Warga Selangor perlu mengambil iktibar dari maklumat ini dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap membasuh tangan," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan maklumat di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 13 kes yang direkodkan semalam membabitkan tujuh kes daerah Petaling iaitu empat kes saringan pulang dari Sabah di Damansara, dua kes saringan pulang dari Sabah di Sungai Buloh serta satu kes saringan pulang dari Sabah di Petaling.
"Lima kes direkodkan di Klang (tiga kes saringan kontak rapat dan dua kes saringan pulang dari Sabah) serta satu kes di Sepang membabitkan satu kes saringan pulang dari Sabah di Dengkil," katanya.
Sehingga semalam, hanya dua daerah yang bersih daripada Covid-19 iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala tujuh daerah lain merekodkan kes aktif.
Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes, Petaling (19), Hulu Langat (15), Hulu Selangor (6), Sepang (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kuala Langat dan Gombak.
Sejumlah 2,284 kes COVID-19 direkodkan Selangor iaitu 2,007 adalah kes tempatan, 277 kes luar negara, manakala kematian pula mencatatkan 24 orang.
Stay safe, stay at home ya. Smber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ‘Bela’ Batu Di Kalangan Anak Muda Di Korea Selatan, Elak Kesunyian!

Kedengaran sangat pelik, namun perkara ini benar. Di Korea Selatan, satu fenomena budaya yang unik telah muncul dalam kalangan generasi muda.
ARTIKEL BERKAITAN : Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.

Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.

Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pelajar Bermasalah Di Sekolah, Itu Bukanlah Ujian Paling Besar”, Guru Kaunseling Beri Ingatan..

Kes pelajar berusia 14 tahun yang mengambil keputusan menggantung dirinya selepas tertekan dituduh mencuri telefon bimbit iPhone 6 milik gurunya mendapat perhatian ramai pihak.
Buktinya, dalam ruangan catatan fbnya, Aziz Yatim yang juga terlibat dalam dunia perguruan menulis sesuatu yang boleh difikirkan bersama.
Menurutnya, pelajar bermasalah di sekolah, itu bukanlah ujian paling besar. Allah sedang memerhati dan menguji hambanya. Semoga perkongsian darinya memberikan manfaat buat semua pihak.
Baca catatan beliau di laman fbnya.
Membaca respon-respon anak didik saya dalam posting saya semalam membuatkan saya sedih. Dalam kelas selalu saya pesan pada mereka untuk jaga dan bela pelajar yang teraniaya, pelajar nakal, pelajar yang kurang bernasib baik seperti miskin, keluarga bercerai, ibubapa yang tiada upaya dan berbagai lagi.
Saya pasti ramai antara pelajar saya yang `pegang’ apa yang saya pesan hingga membawa masalah kepada mereka. Maafkan saya. Kalian melakukan perkara itu dan kalian dapat cemuhan dari guru.
Tapi ingatlah Allah sedang memerhati. Jadilah orang dalam golongan yang sedikit kerana itulah golongan yang Allah sayang. Jika nak kerja mudah dan diterima ramai, jika cikgu memaki pelajar maka makilah mereka sama dan anda akan diterima oleh golongan guru seperti itu.
Jika pelajar dibuang maka tepuk tangan dan katakan kepada mereka memang padan muka awak dibuang.. guru seperti ini memang ada dan mereka kadang kala memberi masalah kepada profession perguruan keseluruhannya.


Seperti kes iphone6 itu, mungkin kaunselornya ingin membuat intervensi untuk menyelamatkan guru yang melakukan interogasi itu tetapi mungkin pengalaman yang lampau akan dipandang sebagai `pengganggu’ dan akan dikatakan semua dan memberi muka kepada pelajar.
Akan dituduh membela pelajar yang mencuri iphone6nya dan lain-lain lagi. Sedangkan usaha itu mungkin akan menyelamatkan anak itu dan guru itu sendiri.
Saya telah melaluinya dahulu dan memang menjadi kecaman setengah daripada rakan guru kerana dikatakan memihak kepada pelajar. Pelajar dituduh dengan berbagai tuduhan dan dipaksa mengaku. Hanya air mata yang dapat menemani pelajar seperti ini dalam bilik kaunseling.
Kadang-kala memang di luar kemampuan untuk menegakkan keadilan. Nantilah saya akan tulis dalam posting akan datang. Kesan diviral masih menghantui. Apapun ujian yang Allah berikan kepada kita masih kecil.
Ujian Allah menjadikan manusia bermasalah di sekolah kita bukanlah masalah besar sangat.. masalah murid yang tidak bertudung, berpakaian ketat sendat tak percaya pada agama, tak tahu mengaji dan sebagainya tidak perlu kita salahkan orang lain.
Bila kita jumpa masalah itu tidak perlu menuding kepada kedua ibubapa mereka. Fahamlah bahawa Allah sedang menguji kita. Adakah kita menyisihkan pelajar itu atau kita menghampiri dengan kasih sayang Allah dalam membentuk pelajar itu semula.
Adakah salah Allah menduga kita dengan masalah pelajar? atau anda nakkan semua sekolah bebas masalah tanpa anda lakukan sesuatu? Kalau begitu hebatnya kita. Guru-guru nakkan kita apabila bercakap dan nasihat semua pelajar akan jadi baik..

Allahu.. nabi dan rasul terdahulupun tak mampu berbuat demikian kan?? Ingat ketat-ketat.. kita akan ditanya apabila kita terjumpa masalah dan kita diamkan tanpa lakukan sesuatu. Tapi bila kita lakukan sesuatu seperti buat kursus kita akan diberikan dugaan lain oleh Allah.
Kita akan diherdik dicemuh mengatakan kursus dan program kita tidak berkesan hanya membuang duit sahaja. Kursus yang kita buat akan jadi topik hangat dalam mesyuarat guru kerana dikatakan gagal. Semua mata akan memandang kepada anda.
Rasa diri dihina sangat.. Anda pernah kena ke seperti yang saya tuliskan ini? Maka kita geng.. kalau tak tahan bersedialah untuk berhijrah.. siapkan kapal.. Ingat pesanan saya?
Saya bagi anda tempoh tertentu dan jika tidak kuat jangan perjudikan kesihatan anda. Atau anda dah bertekad untuk hidup dan mati dalam perjuangan ini? Anda bersedia untuk mati dalam memperjuangkan manusia dalam bidang ini? Sesungguhnya anda sedang berjihad ke jalan Allah. Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

