
Diam tak diam, Pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun sampai ke episod 6 pada hujung minggu ini. Lima orang peserta telah pun meninggalkan lapan finalis yang lain.
Ada tiga lagi bakal tersingkir sebelum kita memasuki pentas finale pada 14 Disember nanti.
Sebelum berentap di minggu akhir, 12 finalis Dewi Remaja 2019 bakal Takes Over KLIA2 untuk kali pertama dan inilah masanya untuk korang bertemu dengan kesemua finalis.

Jom support mereka semua pada hari Rabu ini jam 2 petang di tingkat 2 – ARRIVAL, GETAWAY @ KLIA2.
Ada sesuatu yang special untuk mereka lakukan bagi tontonan korang.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke KLIA2, saksikannya secara LIVE di Facebook & Instagram @majalahremaja pada jam 2 petang.
See you there!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jom Saksikan Top 20 DEWI REMAJA Cuba Yakinkan Mereka Paling Layak Jadi Finalis

Detik yang ditunggu kini semakin tiba. Perancangan yang dilakukan sejak berbulan-bulan lamanya untuk mencari siapakah 12 orang peserta yang terpilih menjadi Finalis Pencarian DEWI REMAJA 2018/19 akan terjawab pada esok.
Semalam kesemua 20 orang yang tersenarai sebagai TOP 20 telah menyempurnakan tugasan pertama mereka. Apakah tugasan tersebut?
Mereka semua perlu memuat naik sebuah video di Instagram masing-masing dan meyakinkan kita semua mengapa mereka layak menjadi TOP 12 DEWI REMAJA kali ini.
BACA: Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2018/19
Masing-masing muncul dengan gaya tersendiri dan pendekatan yang cukup menarik. Ada yang mengatakan mereka perlu dipilih kerana bakat terpendam dan tidak kurang juga yang ingin menyertai pertandingan ini untuk merealisasikan impian menjadi seorang bintang.
Jadi, siapakah di antara mereka yang akan layak ke peringkat seterusnya? Jangan lupa untuk mengikuti pengumuman top 12 DEWI REMAJA 18/19 secara LIVE di Instagram Majalah Remaja pada esok, 31 Oktober 2019 jam 3 petang!
Di antara peserta-peserta ini dibawah siapakah yang paling meyakinkan korang untuk layak menjadi TOP 12?
AWEEN
TIA SARAH
SARAYA MIA
View this post on Instagram
wish me luck ????#majalahremaja #dewiremaja #dewi1819
A post shared by @ sarayamia on
NAINA
SOFEA DEAN
SHERIN
YAYA
View this post on Instagram
Doakan yaya untuk Finalist Dewi Remaja 18/19 okay ?. #majalahremaja #dewiremaja #dewi1819
A post shared by Nur Zahirah Xavier (@nurzahirahxavier) on
QYS
LYDIA DE SAL
AFIEFI
ARIESYA
View this post on Instagram
Bismillahirahmanirahim… #majalahremaja #dewiremaja #dewi1819
A post shared by Quéen Ariesya (@ariesyafarha) on
AFFIE RANIA
FAZREEN
View this post on Instagram
Dan inilah impian dewi remaja saya ❤️ #majalahremaja #dewiremaja #dewi1819
A post shared by Fazreen Fazera (@fazreenfazera) on
ELEEN NISYA
ZEERA
ANNA JOBLING
ELEEN ARISHA
ARENA IMAN
ERNISHA
HANEESYA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat Finalis Dewi Remaja Mara, Hanya 1 Slot Tinggal Di Antara..
Episod separuh akhir pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun berlangsung semalam dan ada di kalangan finalis kegemaran ramai telahpun mara ke peringkat finale!
Menerusi siaran di Astro Ria dan Ria HD itu, 6 orang finalis telah diberikan cabaran berupa 2 penggambaran fesyen yang agak mencabar. Selain itu, mereka juga terlibat dalam satu sesi Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tujuan untuk kesedaran haiwan dan alam sekitar.
Bertempat di Kuala Gandah Elephant’s Sanctuary, Pahang, mereka berenam telah melibatkan diri dengan aktiviti bersama gajah yang dibantu dan dipelihara secara terkawal.
Ada di antara gajah yang ditempatkan di sana merupakan spesis yang terpisah dengan kumpulan gajah lain. Ada juga yang memerlukan bantuan kerana kecederaan di bahagian kaki hingga perlu memakai kaki palsu.
Shaza, Adriana , Dian, Nynaa, Syamira dan Amanda masing-masing mengakui tak kekok untuk melakukan aktiviti tersebut walaupun ada di antara mereka yang baru melakukannya buat kali pertama.
“Kandang tempat mereka menetap langsung tak berbau. Mungkin ia kerana diberikan makanan buah-buahan dan dan bahan semulajadi. Ia mengawal pencernaan gajah dan membantu pembesaran mereka,” kata Shaza.
Namun sebelum mereka melakukan aktiviti tersebut, kesemuanya sempat untuk menyapu rata krim perlindungan matahari Daily Defender daripada Nuvit Malaysia yang mempunyai perlindungan SPF 50+ daripada sinaran terik matahari.
*
Akhirnya momen penentuan siapa yang bakal bertarung di finale tiba juga. Satu-persatu nama dipanggil secara rawak, bermula dengan Shaza Bae, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda dan Adriana Ghafar.
Apabila tiba masa untuk mengumumkan finalis terakhir di antara Syamira Izzati dan Dian Fernandez, juri tetap Yusry Abdul Halim baru saja ingin mengumumkan nama kelima.
Namun, korang hanya boleh mengetahuinya semasa rancangan MeleTOP yang akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa ini jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD.
So siapa yang bakal ke finale? Komen di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BFF Sehingga 12 Tahun Selepas Dewi Remaja, Izara Aishah Jadi Model Terbaru Naelofar

Saban tahun, ramai ternanti-nantikan kempen Raya terbaru jenama mesra muslimah, Naelofar.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila usahawan dan selebriti, Neelofa kembali menggembirakan peminat tegar jenama tersebut setelah kempen Naelofar Raya 2022 dipertontonkan buat kali pertama pada minggu ini.
Sejak hujung minggu lalu, Lofa telahpun menarik tumpuan peminatnya dengan teka-teki siapakah bakal menggantikannya untuk paparan kempen kali ini disebabkan situasinya yang masih dalam tempoh berpantang tidak mengizinkan untuknya terlibat sama.
Rupa-rupanya, wajah terbaru Naelofar Raya tidak lain tidak bukan ialah rakan Dewi Remaja 2009/2010-nya sendiri, Izara Aishah!



Menjalin persahabatan ‘Dewi Sisterhood’ lebih 12 tahun lalu, Neelofa dan Izara yang masing-masing menempatkan diri dalam kalangan finalis Top 3 pada waktu itu masih rapat dan saling berhubung di hadapan serta belakang lensa kamera.
Menerusi kempen ini, Izara telah menggayakan koleksi hijab baharu jenama berkenaan lalu membuatkan peminat malah Neelofa sendiri untuk teruja menyaksikan semua foto-foto yang telah dirakamkan.
“MasyaAllah semua gambar cantik !!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for RAYA,” catat Neelofa sebelum ia dibalas Izara yang berkata, “Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa.”

Rata-rata peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada Irisa Alaia ini dalam lilitan hijab bercorak Naelofar pada kali ini. Bila lihat Izara manis menggayakannya, terus rasa nak beli kan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini! Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN : Manis Berhijab! Lihat 9 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

