
TEMPE, makanan fermentasi dari kacang soya memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai cara masakan yang boleh kita buat antaranya adalah tempe goreng.
Selain rasanya yang sedap, tempe juga kaya dengan khasiat untuk kesihatan. Malah, snek kudapan ini juga cukup mengenyangkan.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Ready To Eat’, Ini Resepi Sambal Tempe Untuk Stok Menu Sahur

Sepotong tempe menganduingi pelbagai nutrisi yang bermanfaat untuk badan kita. Kaya dengan Karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, Daidzein, Genisten dan juga bakteria baik yang bermanfaat untuk kesihatan. Jangan lupa cuba nanti!
TEMPE GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air

INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.

2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.

4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.

5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.

INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makin nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Sedia untuk dihidangkan. Cicah dengan sambal kicap pun sedap. Selamat mencuba.
Artikel ini diambil dan diolah dari RASA.
BACA LAGI : Limau Kasturi Bukan Hanya Sedap Di Minum, 10 Trik Lain Buah Citrus Ini
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lari Balik Kampung Elak PKPB! 250 Individu Dari Ibu Kota Dipakaikan Gelang Pink Di Kelantan

Ermmm, sampai bila pun isu COVID-19 tidak akan selesai apabila wujudnya individu yang mementingkan diri sendiri.
Kerana mahu lari balik kampung mengelak PKPB di ibu kota, baru ini tular bahawa jalan keluar menuju ke Pantai Timur sesak dengan kenderaan yang banyak. Begitu juga bas-bas yang dipenuhi penumpang yang awal-awal cabut apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis.
Sikap mementingkan diri ini dapat dilihat seolah-olah hanya mereka sahaja yang ada mak ayah dan orang lain bergelar anak yatim piatu sedangkan sudah berbulan anak di rantau tidak dapat pulang ke kampung menziarah ibu bapa berikutan PKPB dilaksanakan.
Terkini, tanpa menyedari mereka sudah disyaki membawa kuman corona virus pulang ke kampung (mungkin fikir diri sihat), seramai 250 individu dari lokasi zon merah yang memasuki Kelantan setakat ini sudah dipakaikan gelang hijau dan pink.
Harian Metro melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah pemakaian gelang itu dijangka terus meningkat sekiranya lebih ramai mereka dari zon merah pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun katanya, beliau menjangkakan peningkatan itu tidak ketara memandangkan hampir semua negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Justeru, mereka yang memakai gelang berkenaan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya menempatkan 20 hingga 25 pegawai di setiap pintu masuk sempadan negeri iaitu Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh.
"Perkara itu sudah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka dari zon merah akan menjalani ujian calitan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, Kelantan mencatatkan kluster pertama dalam tempoh penularan Covid-19 gelombang ketiga iaitu Kluster Kube yang mencatatkan 10 kes.
"Setakat ini keadaan masih terkawal dan kita mengharapkan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan dan menjaga penjarakan fizikal selain mengelak lokasi sesak," katanya.
4 aerah iaitu Machang, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah di isytiharkan zon kuning.
Apa pun jaga kesihatan korang semua kerana soal kesihatan bukan boleh dijual beli.
Buat mereka yang diuji dengan kanser, insya Allah, doa dari semua dan kekuatan minda akan menjadikan anda semua kembali sihat. #NIFightAgainstCancer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ko Merepek Apa Nie”, Doktor Tegur Drama SERIBU RINDU Yang Dilihat Cuba Merosakkan Profesion Kedoktoran

Drama Seribu Rindu kini sedang trending di kaca tv dalam slot Akasia TV3. Menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Fadhlan Hazim, Mona Allen dan ramai lagi pelakon pastinya ditungggu-tunggu oleh peminat drama Melayu tempatan setiap jam 7 malam.
Mula bersiaran 12 November lalu dan bakal berakhir pada 18 Disember ini, drama ini mengisahkan
Percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya.

Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.
Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.
Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.

Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.
Dek kerana itulah seorang doktor, Husna Dahari telah menulis di fbnya mengenai merepeknya drama ini yang dilihat cuba merendah-rendahkan profesion kedoktoran.
Walau pun ia sekadar “DRAMA” namun amat jarang kita melihat insiden “terlebih drama” bagi cerita-cerita dari Korea mahupun Barat kecuali filem-filem Bollywood dan Tamil. Akahz.
Mungkin teguran dari doktor ini perlu diambil kira dan pihak penerbit juga perlu study hard sebelum terus “memperbodohkan” orang-orang Melayu dengan drama lelaki kacak, anak orang kaya, bawa kereta besar, ada awek cantik dan lain-lain realiti yang sebenarnya adalah satu fantasi.

Baca teguran dari Doktor Husna ini yang sudah mendapat 1055 perkongsian dari pembaca. Untuk makluman, REMAJA sudah perbetulkan sedikit tatabahasanya bagi pemudah pemahaman pembacaan.
Doktor dalam drama Seribu Rindu ni memang tak ada kerja ke? Duk sibuk fikir bagaimana nak tackle bini orang. Lepas tu asyik duduk dalam bilik yang macam office tu. Jumpa patient pun tak.
Kalau jumpa pun, jumpa seorang patient je yang bernama Irfan. Ko ingat kerja doktor macam tu ke? Nak fikir diri sendiri pun tak sempat, apatah lagi ahli keluarga.
Ini doktor dalam cerita tu, sempat fikir dan cari helah macam-macam time kerja. Rilek la brader. Kami kalau ada masalah peribadi ke, tetap kena pergi kerja. Jumpa pesakit senyum aje, tak boleh nangis. Tak ada emo, tak leh nak layan perasaan sebenar.
Nak makan, nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sangat kalau sempat. Come on. Jangan rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit drama-drama tempatan. Pulak tu, treat patient tak ikhlas.
Patient dah hampir sembuh pun ko resah gelisah sebab peluang ko nak dapatkan wife dia makin tipis. Apa-apa pun dramakan. Nak emo kenapa? Tapi aku emo jugak! Jap nak sambung, sedikit dialog dalam daram tersebut yang maksudnya berbunyi begini..
“Papa nak ajak Airel dengan Damia dinner dengan papa malam ni. Airel datang ya..
“Papa, Airel tak janji lagi ya. Airelkan doktor. Airel kena tengok dulu jadual on call. Takut Airel on call hari ini.
Ko merepek apa syaitonnn. Kalau kau betul doktor, oncall ko bulan depan ko dah hafal siap-siap dah bila. Hari-hari tu sah kalau tak belek jadual. Jangan acah-acah sangat boleh?
Sekian, haha.
Wokay, apa pula pandangan korang pasal drama-drama Melayu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 26 [Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/Untitled-design-35.jpg)
Satu lagi berita yang menjadi bualan hangat apabila pada Pilihan Raya Umum ke-18 awal tahun ini memberi impak besar buat seluruh rakyat Malaysia. Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional ke tangan Pakatan Harapan menjadi topik ‘panas’ sepanjang bulan Mei lalu.
Antara yang paling mendapat tumpuan adalah apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan sekali gus menjadi bualan tentang teori nama bekas Perdana Menteri pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman yang disebut-sebut selama ini sebagai Teori Rahman.
Susunan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini..
Apa yang menariknya tentang teori ini? Jom kita recap balik!
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 27 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 28 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/tunku-abdul-rahman-14.jpg)
Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 29 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/tun-razak-e1501757166269.jpg)
Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 30 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/hussein-onn-4.jpg)
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 31 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/tun-mahathir-pm.jpg)
Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 32 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/abdullah-ahmad-badawi-4.jpg)
![[Recap 2018] Teori Nama 'RAHMAN' Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu? 33 [Recap 2018] Teori Nama ‘RAHMAN’ Benar-Benar Berlaku, Apa Anak Muda Kena Tahu?](https://cdn.remaja.my/2018/05/najib-gst-hard.jpg)
Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
*****
Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu rapatkan ukhwah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran demi masa depan negara.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

