Demi Tuhan Aku Bersaksi. Ini tajuk drama yang mengangkat tema “pengamal LGBT yang belajar di sekolah Tahfiz”! Ermm..

Dikatakan drama ini bakal ditayangkan di RTM dalam masa terdekat.

Ternyata walau belum ditayangkan di kaca television tetapi sudah ada pihak-pihak yang mempersoalkan “niat murni”penerbit menerbitkan drama mengangkat tema sebegini kerana sedikit sebanyak ia berkemungkinan akan membawa sisi buruk terhadap kanak-kanak dan remaja yang belajar di sekolah tahfiz (pastinya tidak semua terlibat dalam LGBT dan pasti juga ibu bapa berasa risau jika agama yang didahulukan tetapi digambarkan pada drama begini)

Remaja kongsikan pandangan Mudir  Sekolah Islam Nur Al- Azhar di Port Dickson, Ustaz Rohidzir Raiz mengenai isu yang diangkat sebagai tema. Korang boleh bagi pandangan, sama ada setuju atau tidak dengan tema drama ini.

Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?
Mudir  Sekolah Islam Nur Al- Azhar di Port Dickson, Ustaz Rohidzir Raiz mahu masyarakat berfikir dengan tema drama ini diangkat kerana ia boleh mengguris hati ibu bapa lain

Tahfiz Gay…! Apakah itu yang cuba disampaikan oleh drama #demituhanakubersaksi terbitan Prokuya Studios.

Menurut FB rasmi penerbit ini, drama ini mengisahkan “pengamal LGBT yang belajar di sekolah Tahfiz”!

Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?

Tahun lepas kita baru sahaja diusik dengan imej pengganas berserban dalam Polis Evo yang secara sengaja telah mencalarkan imej berserban dan berjubah sebagai ganas dan teroris. Kali ini, sebuah drama yang akan ditayangkan di RTM pula mengaitkan pusat Tahfiz dengan gejala LGBT.

IKLAN

Imej pelajar tahfiz yang berserban dan sering bersama al-Quran akan digambarkan dalam drama ini sebagai kaki liwat dan gangster Tahfiz!

Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?
Jika penerbit drama ini bertujuan mengangkat tema LGBT dan memberikan petunjuk kepada golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan, kita sokong. Tetapi berapa peratus LGBT ini lahir di Tahfiz? Atau mereka yang masuk ke Tahfiz dalam keadaan sudah terpalit dengan LGBT?

Realistik?
Ya seperti biasa mereka akan beralasan bahawa kes LGBT berlaku di mana sahaja termasuk di Tahfiz. Tetapi jika betul mahu realistik perlu juga dikaji bahawa kes jijik seperti ini telah menjadi perkara normal di sekolah-sekolah kebangsaan hingga tidak menjadi isu lagi. Seingat saya, sejak zaman saya sekolah menengah lagi isu sotong dan kunyit ini telah kedengaran di sekolah-sekolah berasrama.

Atau jika mahu lebih realistik lagi buat sahaja cerita menteri bersem****t ! Itu lebih real.

Bagaimana RTM boleh meluluskan tema seperti ini? Ini persoalan yang bermain difikiran saya dan netizen lain. Tetapi lebih mengejutkan, menurut penerbit drama ini, tema ini dicadangkan oleh RTM!

Jika penerbit drama ini bertujuan mengangkat tema LGBT dan memberikan petunjuk kepada golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan, kita sokong. Tetapi berapa peratus LGBT ini lahir di Tahfiz? Atau mereka yang masuk ke Tahfiz dalam keadaan sudah terpalit dengan LGBT?

IKLAN
Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?
Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi mengangkat Syafie Naswip sebagai watak utama. Malah pelakon ini minggu lalu turut terpalit kontroversi apabila didakwa memukul bekas tunang
Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?
Tema LGBT ini dipilih oleh RTM seperti didakwa oleh penerbit drama ini

Tengok dahulu baru kecam?
Alasan selamat produksi seperti ini apabila isu sensitif dibawakan bagi menimbulkan kontroversi dengan harapan ia mampu menaikan jumlah penonton. Jika sudah ditayangkan sudah terlambat untuk dinilai.

Jalan cerita yang baik semata-mata tidak memadai. Ini kerana kuasa visual atau gambaran “bercakap sendiri.” Maksudnya, imej negatif pelajar berserban yang jahat, jijik dan kaki kunyit ini yang akan diingati oleh penonton bukan keseluruhan cerita. Damage has been done!

Kenapa Tahfiz dan pengajian Islam dimusuhi?

Media sejak sekian lama, dilihat amat memusuhi apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, dan sekolah Tahfiz dan pondok antara sasaran yang paling digemari. Saya tidak akan pernah lupa bagaimana media arus perdana mengecam dan menjatuhkan kreadibiliti sekolah pondok selepas kebakaran Pondok Pak Ya di Kedah. Perkara yang sama dilakukan oleh media hari ini dalam kes pembunuhan anak-anak Tahfiz yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah kebangsaan!

IKLAN

Demikian apabila terdapat kes dakwaan dera dan liwat di sekolah agama, media tidak tunggu lama untuk menyalak menyalahkan pengusaha dan guru-guru sekolah agama. Seolah-olah semua guru Tahfiz adalah peliwat. Sedangkan yang sebenarnya, Islamlah yang disumbat dalam kandang pesalah tanpa diberikan ruang membela diri.

Cemburu dengan Sekolah Tahfiz?

Memang patut pun jika ada pihak yang cemburu melihat sambutan ibu bapa terhadap sekolah-sekolah Tahfiz dan Pondok. Bukan hanya sekolah Tahfiz tubuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi kebanyakan Tahfiz menerima kemasukan yang melimpah setiap tahun hingga terpaksa menolak. Boleh bayangkan, bagi sekolah Tahfiz yang terkenal, kekosongan pelajar hanya 100 tempat, tetapi yang datang temuduga mencecah seribu!

Malah ibubapa yang menghantar anak-anak ke institusi pengajian Islam pula adalah dalam kalangan terpelajar, pensyarah, ahli perniagaan, dan malah guru-guru sekolah kebangsaan sendiri.

Kalau bukan kita yang bersuara menjaga institusi pengajian agama Islam ini, siapa lagi?.

Baca juga pandangan lain seakan seanda dengan Ustaz Rohidzir Raiz.

Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?
Komen-komen orang seni mengenai isu yang diangkat. Ramai yang ada pandangan yang sama, tidak bersetuju barangkali

Tema Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Dipertikai, Ustaz Persoal Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat  Gay?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI