Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Terbaru, khabarnya aplikasi Telegram ini bakal melancarkan perkhidmatan berbayar bermula tahun hadapan.
Menurut aplikasi tersebut, Pavel Durov menyatakan bahawa keputusan yang dibuat ini adalah kerana syarikat mereka memerlukan dana ratusan juta setiap tahun untuk mengekalkan perkhidmatannya kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan berbayar ini hanya merangkumi ciri khusus menggunakan kaedah paid features dan servis mesej masih lagi secara percuma. Mereka mungkin akan memperkenalkan kaedah penjanaan wang dan sistem iklan.
Dengan cara ini, pihak mereka dilihat mampu melancarkan pelbagai ciri lain dan mampu untuk menampung jumlah pengguna aplikasi lebih ramai.
Ads
Telegram kini mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif sejak ia dilancarkan tujuh tahun lalu dan hampir semua perbelanjaan untuk menampung kos operasi dibiayai dengan wang poketnya sendiri. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya mereka memerlukan kaedah baru untuk menjana pendapatan.
Aplikasi ini juga antara yang sangat popular digunakan oleh pengguna kerana ciri keselamatannya yang mengandungi mesej terkod dan mengelakkan pihak ketiga menceroboh atau membaca sebarang perbualan antara pengguna.
Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya tidak kisah jika perlu dicaj asalkan harganya tidak mahal dan berpatutan.
Ads
Ads
Apa-apa pun, caj berbayar ini adalah untuk paid features dan jika korang menggunakan aplikasi ini hanya untuk mesej saja, ia adalah secara percuma.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan program Jaringan Prihatin bagi memastikan ramai masyarakat Malaysia dapat menerima akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara.
Melalui program ini, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco.
Terbaharu, skim ini telah ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.
Berikut merupakan jenis bantuan yang disalurkan menerusi program Jaringan Prihatin:
• Kategori 1: Isi rumah yang mempunyai anak dibawah umur 18 tahun dapat RM300 untuk pakej peranti dan RM180 untuk pelan data bulanan 12 bulan
• Kategori 2: B40 yang tiada anak bawah umur 18 tahun ditawarkan RM180 untuk pakej peranti dan RM180 bagi data bulanan
Maklumat lanjut mengenai pelbagai pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Program Jaringan Prihatin boleh didapati di pautan berikut:
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk dibuat dirumah namun masalah word terpadam atau kerja tak sempat save sudah sebati dengan kehidupan seorang pelajar.
Disebabkan itu seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @fakhrul_samerin telah pun berkongsi tip mendapatkan semula sesuatu kerja dalam Microsoft Word yang tidak sempat save.
Jom kita ikuti thread yang dikongsi.
Step 1
Kalau Word terpadam, kerja tak sempat save. Dah buka semula pun takde recommendation recovered file, boleh try cara ni.
File>open>recent>Recover unsaved file. (Try je la kan, kot2 ada rezeki)
Tangan merupakan antara organ manusia yang selalu digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Disebabkan itu, sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menjaga kebersihan tangan dan sentiasa mencuci tangan, lebih-lebih lagi sebelum makan.
Menurut Root of Science, kebersihan tangan amat dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran mikroorganisme yang boleh membawa penyakit. Ramai diantara kita yang menganggap bahawa mikrob hanya berada di tempat pembuangan sampah, makmal penyelidikan, pada orang sakit dan juga hospital serta klinik.
Kita sering menganggap tangan kita bersih, namun tidak sedar bahawa mikroorganisme terdapat pada semua tempat, termasuklah udara, air, tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang boleh disebarkan secara langsung melalui tangan atau pun secara tidak langsung seperti makanan, telefon bimbit, duit kertas dan syiling.
Gambar hiasan
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Universiti King Abdul Aziz, lebih daripada 90% telefon bimbit petugas kesihatan telah dicemari dengan mikroorganisme dan 14% daripada mikroorganisme tersebut adalah bakteria yang membawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan jangkitan nosokomial, sejenis jangkitan di hospital.
Kebanyakan bakteria yang dijumpai pada telefon bimbit mahupun papan kekunci komputer adalah seperti berikut:
Staphylococcus boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam darah. Streptococcus pula boleh menyebabkan jangkitan pada tekak. Enterococcus biasanya dijumpai di dalam najis dan berkait rapat dengan jangkitan pada saluran kencing.
Tersebar melalui telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit menyebakan pendedahan terhadap anggota badan seperti muka, telinga, mulut dan tangan. Ia menjadi ‘pintu masuk’ untuk mikroorganisme dan menyebabkan jangkitan. Bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mikroorganisme yang dipindahkan dari telefon bimbit ke anggota badan akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan juga penyakit kronik.
Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan selepas memegang telefon juga boleh menjadi salah satu punca. Malah, ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit ketika memegang, menukar lampin atau ketika mendukung bayi mereka juga mempunyai risiko tersebut.
Gambar hiasan
Pencemaran bakteria pada telefon berlaku melalui tangan, beg, poket, sisa makanan dan juga persekitaran. Korang mesti selalu bawa hanphone masuk ke tandas awam kan? Ha, berapa banyak bakteria yang boleh melekat pada telefon bimbit tersebut. Euw!
Papan kekunci komputer juga sama
Terdapat dua sebab utama yang menjadikan papan kekunci menjadi tempat pencemaran bakteria, seterusnya menyebabkan perpindahan patogen yang merbahaya secara tidak langsung kepada orang lain. Pertama, tidak menjaga kebersihan tangan.
Kedua, tidak membersihkan permukaan papan kekunci tersebut dengan pembasmi kuman (disinfectant). Tabiat makan beralaskan papan kekunci juga adalah faktor pencemaran bakteria di papan kekunci tersebut. Sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas papan kekunci menggalakkan pertumbuhan berjuta-juta bakteria. Habuk pula boleh memerangkap kelembapan dan memudahkan pertumbuhan bakteria yang telah berada di papan kekunci tersebut untuk membiak.
Ha, selama ni mesti ramai yang makan depan komputer sambil buat kerja kan?
Bersihkan telefon bimbit dan papan kekunci
Pembersihan telefon bimbit dan papan kekunci komputer secara berkala dengan pembasmi kuman serta kerap membasuh tangan amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.
Gambar hiasan
Namun, kebanyakan pembasmi kuman yang berasaskan klorin, alkohol, phenol ataupun amonia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan merosakkan permukaan skrin telefon bimbit ataupun skrin papan kekunci tersebut. Jadi, korang boleh cuba gunakan tisu basah yang berasaskan phenol dengan pencuci bersifat alkali ataupun 70% isopropyl alcohol.
Selepas ini, diharap korang semua akan jadi lebih peka untuk sentiasa membersihkan telefon bimbit dan papan kekunci komputer. Selama ni mungkin kita nampak bersih saja, tapi sebenarnya ia boleh mengundang penyakit.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.