Bersyukurlah kepada sesiapa yang mendapat peluang mengerjakan ibadah umrah dan haji terutama usia masih muda. Bukan apa, ibadah haji dalam usia emas tentunya agak mencabar terutama melibatkan jutaan umat berkumpul di Makkah bagi mendapat haji yang mabrur.
Dalam pada gembira menjadi tetamu Allah, tentu saja terselit di dalam hati tentang kerisauan kepada anak-anak yang ditinggalkan di tanahair terutama bagi mak-mak yang masih mempunyai anak kecil di peringkat sekolah menengah.
Masa yang sama, anak-anak yang sedia ada di sini, sudah tentunya tertanya-tanya bagaimana keadaan mak dan ayah yang sudah selamat berada di Tanah Suci. Adakah mereka sihat dan dan sebagainya.
Baca perkongsian seperti ditulis oleh Siera Haiyi yang berpeluang mengerjakan haji tahun lalu mengenai telco terbaik untuk menghubungi keluarga di tanah air. Ironinya ramai yang akan terbit rasa risau baik di pihak mak ayah di tanah suci dan anak-anak yang ada di sini untuk dapat berhubung dengan baik ketika berjauhan.
Baca perkongsiannya.
APA LINE TELEFON/INTERNET YANG BAGUS UNTUK HAJI❓DIMANA BOLEH BELI❓
Disebabkan ramai sangat yang DM saya bertanyakan tentang haji,jadi saya kongsikan di wall saya jawapannya ya.Biar ramai boleh baca sama.
Insyallah more to come.Jika tak nak ketinggalan updates,bole FOLLOW dan SEE FIRST fb saya.
SOALAN KEENAM
Sudah tentu apabila disana nanti kita mesti nak contact keluarga kita kan?Lagi-lagi yang tinggalkan anak2.Mestila nak buat video call nak tengok muka anak,nak sembang,nak tanya sekolah dia macamana..
Jadi amatlah perlu kepada line telefon/internet.
Inilah telco yang dicadangkan dibeli semasa mengerjakan hajiBoleh cuba dahulu di airport agar memudahkan urusan kelak
Ada lebih kurang 3 syarikat telco yang popular semasa haji.
1. ZAIN
2. MOBILY
3. STC
Antara 3 ni yang mana paling bagus?
Saya menilai mengikut kepada pengalaman dan perbualan saya dengan rakan2 jemaah haji yang lain.
Ketiganya ada menawarkan pakej telefon dan internet khas untk haji.PAKEJ HAJI lain dengan pakej biasa.Jadi biasanya penjual tahu apa nak offer pada kita.
Saya sarankan line ZAIN walaupun ramai jemaah yang menggunakan mobily & STC.
SEBAB APA?
Sebab kebanyakan pondok-pondok (booth) yang menjual simkad ini akan hilang selepas sahaja habis musim haji.?
Ini terjadi kepada salah seorang roomate saya.Jenuhla mencari mana lah pondok nak beli topup.
Tetapi ZAIN ada kedainya di dalam mall yang dihadapan Masjidilharam.Jadi kalau kita nak topup mudahlah sikit.Tak perlu kesana sini mencari.
DIMANA NAK BELI ❓
Anda boleh beli sim kad di AIRPORT.Ada pak arab muda yang jual.Terus suruh dia masukkan dalam fon kita dan cek line telefon/internet ada tak masa dia isi tu.Terus cek depan dia.
Jangan bayar selagi tak settle.Cek betul-betul fon kita tu dah ada line ke x.
Saya sarankan beli data internet.Sebab kita masih boleh call juga pakai internet menggunakan WHATSAPP.Line telefon kalau nak call jadi mahal dan tak puas nak cakap.
Wifi ada di lobby hotel.Kalau data dah habis,bolehlah lepak di lobby.Kat bilik takde wifi.
Didalam Masjidilharam,line internet tak berapa nak stable sebab orang terlalu ramai.Tapi kalau nak contact pasangan insyallah boleh.Kene cuba try call banyak kali.
TIPS : Jika makayah anda yang warga emas ,saya amat-amat sarankan untuk anda beritahu makayah anda agar minta tolong jemaah yang lebih muda untuk belikan simkad untuk mereka.Banyak kes warga emas yang dah beli simkad tetapi masih tak dapat line.Tau-tau sajalah..nak beli simkad kat sana pun macam beli goreng pisang panas.Berebut.Kalut agaknya pak arab tu.?
❗️❗️Semasa nak beli simkad,bawa bersama passport.Itulah sebab mengapa saya sarankan beli di airport ketika mula-mula tiba di airport Jeddah/Madinah.Kerana pada masa itu kita masih lagi memegang passport sebelum dikutip oleh petugas Tabung Haji nanti.
ATAU….
jika tak sempat beli di airport,AMBIL GAMBAR PASSPORT dan VISA HAJI siap-siap.Visa haji ada di dalam buku passport.
**Info ini adalah berdasarkan pengalaman saya ketika menunaikan musim haji tahun 2017.Saya amat mengalu-alukan pandangan dari jemaah haji yang lain sekiranya ada maklumat penting yang boleh dikongsi bersama.
**Boleh share dan tag sesiapa yang anda kenal yang mungkin akan menunaikan haji tahun ini.Mungkin mereka amat perlukan info ini.Terima kasih ?Susah nak pilih broadband laju di Malaysia? DiiMoney.my, anda boleh buat pilihan yang terbaik dengan mengikut kelajuan dan harga yang sesuai.
Sebaik saja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan keluar pada hari Isnin lalu, ramai pelancong domestik yang berkunjung ke Pulau Langkawi serta-merta bersiap sedia untuk pulang ke ibu kota sebelum terlambat.
Nampaknya, perniagaan industri pelancongan di pulau popular itu yang baru saja ingin menarik nafas lega terpaksa kembali bergelut setelah pengunjung beransur pulang dan tiada kemasukan pengunjung dari negeri-negeri berstatus PKP baharu buat sementara waktu.
Lebih malang lagi nasib sebuah pusat penginapan terkenal di sana iaitu The Andaman Resort Langkawi apabila ia dikejutkan dengan insiden kebakaran yang melanda sebahagian bangunan hotel tersebut terutamanya bahagian dapurnya.
Kejadian tersebut dilaporkan bermula kira-kira jam 4.04 petang semalam dan hanya sepenuhnya dapat dipadamkan pada tengah hari tadi. Tempoh masa yang agak lama diambil itu adalah disebabkan oleh api yang kembali marak untuk kali kedua pada tengah malam di kawasan yang sama.
Menurut Jabatan Kebakaran & Penyelamat Kedah, besar kemungkinan kehadiran angin yang bertiup kuat membuat api marak semula.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Andaman Resort, pihak pengurusan telahpun mengosongkan bangunan hotel, manakala pengunjung yang menetap di situ telah dipindahkan ke sebuah lagi pusat penginapan di bawah rangkaian kumpulan hotel mereka di Pulau Langkawi.
“Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan keselamatan kesemua pengunjung dan mereka yang berada di sini. Kami sedang bekerjasama bersama jabatan kebakaran untuk mengetahui punca kebakaran. Buat masa ini, kami masih belum dapat memberikan sebarang maklumat memandangkan kes ini masih dalam siasatan.
*
Untuk pengetahuan, The Andaman, Luxury Collection Resort merupakan pusat penginapan premium yang terletak di antara kawasan hutan terpelihara dan laut Andaman. Ia mempunyai sejumlah 178 buah bilik penginapan dan beberapa suites mewah yang memelihara stail serta seni bina kontemporari Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ajak pasangan tengok wayang di pawagam. Tetapi belum bermula filem lagi di skrin, sudah ada ‘wayang’ pasangan bercinta di seat sebelah dan belakang.
Orang keliling nak tegur dikata sibuk hal orang tapi kalau tak tegur hati sudah panas dengan adegan tanpa malu dari couple sebelah.
Awas khususnya bagi pasangan kekasih di negeri Terengganu.
Mulai September ini, kerajaan negeri Terengganu akan mendidik pasangan bukan mahram dengan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 bagi mengekang gejala tak bermoral seperti ini di negeri terbabit.
Memetik kenyatan yang disiarkan di Harian Metro, mana-mana wanita Islam yang menjolok mata dan pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak sopan ketika menonton wayang di Terengganu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah (empat dari kiri) bersama Timbalan Pesuruhjaya JHEAT Mohd Azam Alwi (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri iaitu Mohd Nor Hamzah berkata, pengusaha pawagam juga boleh berdepan tindakan ditamatkan lesen hiburan serta-merta sekiranya gagal mematuhi garis panduan syariah ditetapkan.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak akan melaksanakan undang-undang itu secara drastik. Sebaliknya mereka akan mempergiatkan kempen kesedaran dan pendidikan kepada pasangan yang dikesan melakukan kesalahan itu.
“Buat masa ini, kita hanya beri amaran. Namun kita tidak teragak-agak melaksanakan tindakan undang-undang tersebut.
“Pasangan Islam yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam terutama dalam panggung wayang boleh dikenakan tindakan yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Selain itu, wanita Islam yang didapati mendedahkan tubuh di tempat awam pula boleh didakwa mengikut Seksyen 35 enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini.
Sempena pelancaran itu, pengurusan Lotus Five Star Cinemas (LFS Cinema) akan menayangkan video pendek berdurasi 51 minit yang memaparkan dua kesalahan itu sebelum tayangan filem bermula.
Inisiatif julung kali dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama LFS Cinema untuk mencegah masyarakat daripada berkelakuan tidak senonoh.
So guys, jangan berani sangat ya di tempat awam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Tak caya? Jom tengok ni.
1. Shaheizy Sam
2. Hairul Azreen
3. Zarul Umbrella
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin
6. Nazim Othman
7. Remy Ishak
8. Shukri Yahya
9. Hans Isaac
10. Zain Saidin
11. Alif Muhaimin
Jangan tak tahu Hero Remaja 2017 ni pun berbadan sado ya. Tahniah kami ucapkan kepada Alif Muhaimin kerana dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!