Ajak pasangan tengok wayang di pawagam. Tetapi belum bermula filem lagi di skrin, sudah ada ‘wayang’ pasangan bercinta di seat sebelah dan belakang.
Orang keliling nak tegur dikata sibuk hal orang tapi kalau tak tegur hati sudah panas dengan adegan tanpa malu dari couple sebelah.
Awas khususnya bagi pasangan kekasih di negeri Terengganu.
Mulai September ini, kerajaan negeri Terengganu akan mendidik pasangan bukan mahram dengan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 bagi mengekang gejala tak bermoral seperti ini di negeri terbabit.
Memetik kenyatan yang disiarkan di Harian Metro, mana-mana wanita Islam yang menjolok mata dan pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak sopan ketika menonton wayang di Terengganu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ads
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah (empat dari kiri) bersama Timbalan Pesuruhjaya JHEAT Mohd Azam Alwi (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri iaitu Mohd Nor Hamzah berkata, pengusaha pawagam juga boleh berdepan tindakan ditamatkan lesen hiburan serta-merta sekiranya gagal mematuhi garis panduan syariah ditetapkan.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak akan melaksanakan undang-undang itu secara drastik. Sebaliknya mereka akan mempergiatkan kempen kesedaran dan pendidikan kepada pasangan yang dikesan melakukan kesalahan itu.
“Buat masa ini, kita hanya beri amaran. Namun kita tidak teragak-agak melaksanakan tindakan undang-undang tersebut.
Ads
“Pasangan Islam yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam terutama dalam panggung wayang boleh dikenakan tindakan yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Selain itu, wanita Islam yang didapati mendedahkan tubuh di tempat awam pula boleh didakwa mengikut Seksyen 35 enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran video pendek sempena Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, hari ini.
Sempena pelancaran itu, pengurusan Lotus Five Star Cinemas (LFS Cinema) akan menayangkan video pendek berdurasi 51 minit yang memaparkan dua kesalahan itu sebelum tayangan filem bermula.
Inisiatif julung kali dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama LFS Cinema untuk mencegah masyarakat daripada berkelakuan tidak senonoh.
So guys, jangan berani sangat ya di tempat awam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengumumkan virus Covid-19 mencapai status pandemik. Hal ini menyebabkan banyak perkara yang terganggu dan terjejas gara-gara virus Covid-19 termasuklah industri perfileman dunia kerana risiko kepada nyawa dan keselamatan setiap orang.
Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar dipetik dari CBBC.Com, Covid-19 diumum ke status pandemik kerana berlaku peningkatan berganda dalam tempoh terdekat.
Aiyooo takut kan?
Menerusi media sosial, ini antara filem-filem yang akan ditunda tarikh tayangan daripada jadual asal.
A Quiet Place 2
Mengikut jadual asal, filem A Quiet Place 2 sepatutnya ditayangkan sekitar bulan Mac tapi menurut pengarahnya John Krasinski tarikh baru akan diberitahu kelak.
Mulan
Disney Mulan pada asalnya dijadualkan pada 27 Mac 2020. Tapi ditangguhkan dan tarikh pelepasan yang baru masih belum tetap.
F9
Universal mengumumkan filem Fast & Furious yang kesembilan ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Mei, tetapi sekarang ditunda sehingga 2 April 2021.
No Time To Die
Tayangan siri James Bond adalah pada bulan April, tetapi kini telah ditunda ke 25 November 2020.
The New Mutants
The New Mutants yang mempunyai kontroversi kerana mengetengahkan watak LGBT dijadualkan pada bulan April tapi kini ditunda ke tarikh baru yang masih belum diumum.
Tak apa lah, korang jangan la sedih. Ini kan untuk kebaikan semua orang juga. So musim-musim Covid-19 ni kita layan netflix jela dekat rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang guru menemui ajal dalam perjalanan ke penempatan sekolahnya apabila kenderaan dinaiki terjatuh di dalam gaung di laluan balak berdekatan Ulu Baram, Sarawak.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Cikgu Nur Anisah Othman yang juga guru di SK Lio Mato selesai menjalani kuarantin di Miri kerana baru kembali dari Semenanjung dan perlu kembali mengajar ke sekolah.
Dipercayai kenderaan pacuan empat roda yang dipandu tranporter dinaiki bersama tiga rakan lain terjunam kepada gaung di Jalan Balak berhampiran Kg Long San, Baram pada jam 5.47 petang. Allaharham meninggal di tempat kejadian manakala tiga penumpang termasuk pemandu kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Menyedihkan, sejurus kemalangan ini terjadi, rakan kepada mangsa iaitu Cikgu Hairileqhwan Firdaus Fadzil sempat membuat panggilan telefon namun butirnya tidak jelas disebabkan gangguan talian yang tidak stabil.
Jenazah mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Long San, Baram dan seterusnya dibawa ke Hospital Miri dengan bantuan Ngo di Long San.
Berasal dari Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang, guru yang sudah lama menabur bakti mengajar anak mangsa di bahagian pendalaman Sarawak akan diterbangkan ke Pulau Pinang untuk urusan pengkebumiannya.
Malah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta rakan taulan merakamkan ucapan takziah kepada guru berdedikasi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.
Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.
“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.