
Korang pernah tak hadapi masalah kemuncup yang lekat kat kaki seluar? Mesti pernah, kan? Lagi-lagi bila jalan-jalan kat tempat lapang yang banyak lalang, confirm lah kena kuncupan dari pokok tu.
Disebabkan ini ada juga yang terus masukkan seluar yang penuh dengan kemuncup dalam tong sampah sebab tak sanggup nak cabut satu-satu.
Ikut trik ini!
Kalau berlaku lagi kejadian anak balik dengan seluar penuh kemuncup jangan buang sebaliknya ikut tip dikongsi oleh Nur Salina Mohtar yang memperoleh idea ini dari netizen selepas berkongsi masalahnya di media sosial.
1. Cara pertama boleh saja cabut satu-satu tapi kalau banyak cara ini akan ambil masa.
2. Boleh juga kikis guna pisau tapi cara ini sama, memakan masa sebab tak semua kemuncup akan tertanggal bila dikikis.

3. Ataupun boleh guna kaedah yang lebih mudah, guna sellotape saiz besar! Caranya ambil sellotape/tape kemudian lekatkan pada kaki seluar yang penuh dengan kemuncup. Selepas itu tarik, kemuncup akan melekat pada sellotape.

Cara ini lebih jimatkan masa daripada cabut satu-satu.
Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Luaskan Ke Pasaran Lebih Besar, Kini Sambal & Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Halal

Khabar baik buat peminat Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming. Kedua produk itu kini telah menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ia diumumkan sendiri oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman (32) menerusi sebuah video di media sosial miliknya.
Menurutnya, pemilikan sijil halal berkenaan membuka peluang kepada syarikatnya untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.

“Hari ini kita nak umumkan yang kita dah dapat sijil halal Jakim untuk produk jenama Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan juga Sambal Nyet Berapi”
“Sebenarnya, tahun ini kita letak sasaran nak dapatkan sijil halal untuk kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Hari ini, Alhamdulillah kita dah dapat sijil halal itu daripada Jakim,” jelasnya menerusi video yang dikongsi di kesemua platform media sosial.
Khairul Aming merupakan pempengaruh media sosial dan beliau mula dikenali kerana kebolehan memasak serta menghasilkan kandungan dengan berkongsi resepi masakan menarik dan mudah diikuti.

Beliau merupakan salah seorang personaliti media sosial yang sangat berjaya di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.
Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan, selain daripada sijil halal, produk keluarannya juga sudah mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, dengan hanya satu kilang dibangunkan di Kota Bharu, kini beliau sudah memiliki seramai 100 pekerja hasil kerja keras yang bermula daripada bawah.
“Seterusnya, inshaAllah kita akan cuba mohon untuk dapatkan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) pula untuk kilang kita di Kelantan,” katanya.
“Jadi, dengan adanya (sijil) halal ini, sekarang kita dah boleh mulakan langkah baharu untuk kembangkan lagi kita punya produk ke pasaran yang lebih besar,” tambahnya lagi.
“Diharapkan, kita boleh kembangkan lagi industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Khairul Aming, kini beliau sedang fokus untuk menghasilkan produk ketiga yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Katanya, jenama Khairul Aming itu sudah memasuki usia lima tahun dan beliau menghargai semua pelanggan yang sentiasa menyokong dan membeli produknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aliff Syukri Hadiah Rolex Buat Ammar Bertatahkan Berlian, Bukan Saja-Saja Tapi Pelaburan Masa Depan

Usahawan sensasi tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex bertatahkan berlian kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan, ketika mereka bercuti di luar negara baru-baru ini.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi beberapa hantaran di Instagram dan pantas mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang teruja, tidak kurang juga yang mempersoalkan nilai hadiah mewah tersebut memandangkan Ammar masih muda.
Rolex Pertama Ammar, Stok Terhad Di London
Menurut Aliff Syukri, jam tangan tersebut merupakan Rolex pertama milik Ammar dan bukan mudah untuk mendapatkannya kerana stok yang sangat terhad.
Beliau berkongsi bahawa dirinya telah berusaha mencari jam tangan berkenaan di beberapa buah kedai di London sebelum berjaya menemuinya.
“Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian dari Rolex. Papa dah ronda London, lebih tiga hingga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ni sahaja ada stok.”
Perkongsian itu sekali gus menunjukkan kesungguhan Aliff Syukri dalam memastikan hadiah yang diberikan benar-benar istimewa dan bermakna buat anak sulungnya.
Bukan Pembaziran, Tetapi Pelaburan Masa Depan
Dalam masa sama, Aliff Syukri tampil menjawab kritikan segelintir pihak yang menganggap tindakannya menghadiahkan jam tangan mewah itu sebagai satu pembaziran.
Tegasnya, Aliff Syukri hadiah Rolex tersebut bukan dibuat secara sembarangan, sebaliknya dianggap sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang yang mempunyai nilai tinggi dan berpotensi meningkat pada masa hadapan.
“Semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti. Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir, hakikatnya jam ni naik value.”
Menurut Aliff Syukri, jenama Rolex terkenal sebagai jam tangan yang mengekalkan nilai dan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa, sekali gus menjadikannya aset bernilai.
Dalam perkongsian sama, kelihatan Ammar Ahyan begitu terharu dan gembira menerima hadiah istimewa tersebut daripada bapanya.
Wajahnya jelas mempamerkan rasa syukur dan teruja apabila menyarung jam tangan mewah itu di pergelangan tangan.
Bagi Aliff Syukri, momen tersebut menjadi kenangan bermakna yang sukar dilupakan, lebih-lebih lagi apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama anak sulungnya.
Untuk rekod, hadiah Rolex bertatahkan berlian ini bukanlah pemberian mewah pertama buat Ammar. Sebelum ini, Ammar turut menerima sebuah kereta Porsche sebagai hadiah selepas berjaya memperoleh lesen memandu pada usia 18 tahun.
Situasi itu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila Aliff Syukri hadiah Rolex dan kenderaan mewah kepada anaknya dalam tempoh yang hampir sama.
Motivasi Dan Simbol Usaha Keras Ibu Bapa
Sebelum ini, Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida, pernah menjelaskan bahawa setiap pemberian yang dilakukan bukan bertujuan memanjakan anak semata-mata.
Sebaliknya, hadiah-hadiah tersebut diberikan sebagai motivasi, sokongan dan simbol usaha keras mereka dalam membina kehidupan yang selesa untuk keluarga.
Bagi Aliff Syukri, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil kerja keras bertahun-tahun, dan Aliff Syukri hadiah Rolex kepada Ammar menjadi lambang kasih sayang serta perancangan masa depan yang difikirkan dengan teliti.
Sekali lagi, usahawan sensasi ini membuktikan bahawa kemewahan yang dimiliki hadir bersama nilai emosi, tanggungjawab dan harapan besar terhadap masa depan anak-anaknya.
Sumber : Oh My Media
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanda Lahir Yang Unik, Kanak-Kanak Ini Miliki Dua Tona Warna Rambut

Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri.
Jika di Filipina sebelum ini tular tentang keunikan modelnya yang bernama Julia Ostan kerana miliki warna mata yang berbeza. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan pula menjadi perhatian dunia apabila dilahirkan dengan tanda lahir genetik jarang berlaku yang menyebabkan rambutnya tumbuh dengan dua warna berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN : Tular Model Cantik Warna Mata Sebelah Biru Sebelah Coklat. 7 Fakta Tentang Heterochromia
Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut. Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.
Meskipun tanda lahir merupakan sesuatu yang biasa dijumpai, namun bagi kes kanak-kanak ini ia bukan sesuatu yang normal. Jenny Hill yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu turut terkejut apabila melihat Bella dilahirkan dengan rambut separuh perang dan separuh lagi berwarna coklat.

Sejak itu, Jenny mengakui bahawa keunikan Bella yang berusia 11 tahun itu mendapat banyak perhatian orang.
Pelajar sekolah itu turut mempunyai bulu mata yang berbeza warna dengan bulu mata kanan berwarna cerah manakala yang kiri adalah gelap.
Wanita berusia 35 tahun dari bandar Lincoln, Amerika Syarikat (AS) itu percaya bahawa perkara tersebut terjadi disebabkan oleh poliosis atau kekurangan melanin yang mengurangkan pigmen dalam tompok rambut.


“Ia benar-benar berbeza dan unik. Ibu saya menunjukkan Bella semasa saya melahirkannya, tetapi pada waktu itu saya terlalu sakit untuk menyedarinya.
Sebagai seorang ibu, ia lebih ketara kerana saya sering bersamanya. Semakin lama ianya semakin lebih menonjol setelah Bella sudah membesar,” jelas Jenny.
Pada musim panas, bahagian rambut berwarna lebih gelap akan menjadi lebih cerah. Rambut perang itu seakan diluntur tetapi dengan corak yang luar biasa.
BACA LAGI : 13 Ogos Hari Kidal Sedunia, Fakta & Kelebihan Orang Bertangan Kiri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

