Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri.
Jika di Filipina sebelum ini tular tentang keunikan modelnya yang bernama Julia Ostan kerana miliki warna mata yang berbeza. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan pula menjadi perhatian dunia apabila dilahirkan dengan tanda lahir genetik jarang berlaku yang menyebabkan rambutnya tumbuh dengan dua warna berbeza.
Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut. Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.
Meskipun tanda lahir merupakan sesuatu yang biasa dijumpai, namun bagi kes kanak-kanak ini ia bukan sesuatu yang normal. Jenny Hill yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu turut terkejut apabila melihat Bella dilahirkan dengan rambut separuh perang dan separuh lagi berwarna coklat.
Ads
Sejak itu, Jenny mengakui bahawa keunikan Bella yang berusia 11 tahun itu mendapat banyak perhatian orang.
Pelajar sekolah itu turut mempunyai bulu mata yang berbeza warna dengan bulu mata kanan berwarna cerah manakala yang kiri adalah gelap.
Wanita berusia 35 tahun dari bandar Lincoln, Amerika Syarikat (AS) itu percaya bahawa perkara tersebut terjadi disebabkan oleh poliosis atau kekurangan melanin yang mengurangkan pigmen dalam tompok rambut.
Ads
“Ia benar-benar berbeza dan unik. Ibu saya menunjukkan Bella semasa saya melahirkannya, tetapi pada waktu itu saya terlalu sakit untuk menyedarinya.
Sebagai seorang ibu, ia lebih ketara kerana saya sering bersamanya. Semakin lama ianya semakin lebih menonjol setelah Bella sudah membesar,” jelas Jenny.
Ads
Pada musim panas, bahagian rambut berwarna lebih gelap akan menjadi lebih cerah. Rambut perang itu seakan diluntur tetapi dengan corak yang luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira, pada 9 Mei semalam.
Hal itu dikongsi sendiri oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai melalui aplikasi Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta”
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga”.
Kredit: Instagram ubaimz
Kata Ubai, dia bersyukur apabila melihat isterinya sihat dan selamat melahirkan. Dia juga merasa sebak dan terharu ketika melaungkan azan pada buah hati baru mereka.
Menurutnya lagi, jika ibu tercinta masih berada di dunia. Sudah pasti arwah akan berasa gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.
“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️”.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu selepas Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada tahun 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial yang juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira-wira Olimpik Malaysia, hari ini.
Jaheera yang lebih dikenali Eerah Burger hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama bapa tercintanya, Nadzri Abdul Majid.
Menerusi beberapa hantaran di platform TikTok miliknya, Eerah dilihat merakam momen di sekitar lapangan terbang tersebut bersama dengan para media dan rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama menyambut kepulangan para atlet tanah air.
“Sambutan Wira Gangsa Olimpik Paris 2024,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Dalam hantaran sama, turut dilihat gadis itu berpeluang bergambar bersama para atlet, termasuk yang hadir di sekitar itu ialah hos dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji semangat Eerah yang sanggup menyertai sambut wira-wira negara tersebut.
Sekadar info, Eerah mula dikenali di TikTok apabila kerap berkongsi aktiviti harian sebagai penjual burger dan solekan nipis selain beriadah ditemani bapanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dinafikan kepentingan memiliki takaful insurans mempunyai kelebihan dan kepentingan untuk melindungi diri serta keluarga jika berlaku musibah seperti sakit kronik, hilang upaya kekal, atau kematian.
Selain daripada mempunyai ‘tabung kecemasan’, iaitu simpanan wang yang ada, jika berkemampuan kita juga disarankan untuk mengambil insurans sebagai perlindungan diri. Terdapat pelbagai jenis insurans yang boleh diambil mengikut kemampuan bayaran setiap bulan bagi seseorang individu itu.
Namun, sebelum korang membuat keputusan untuk mengambil pelan insurans yang sesuai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Berikut kami kongsikan lima soalan yang korang boleh tanya kepada penasihat takaful sebelum mendaftar bagi sebarang polisi insurans.
1. Apakah perlindungan yang diberikan dalam pelan perubatan saya?
Kesemua pelan perubatan mempunyai satu ciri asas, iaitu bagi memberikan bantuan kewangan untuk kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan. Terdapat dua jenis pelan kesihatan yang boleh korang pilih bergantung kepada keperluan.
Insurans perubatan jangka panjang, hospitalisasi, dan pembedahan: pelan perubatan asas yang melindungi kos hospitalisasi dan kos rawatan susulan.
Pendapatan hospital: pelan perlindungan kewangan yang memberikan korang pendapatan harian sekiranya diwadkan.
2. Adakah pelan perubatan ini memberikan perlindungan ke atas semua penyakit dan kecederaan?
Pelan perubatan melindungi kos perubatan penyakit kritikal. Walau bagaimanapun, kos perubatan yang tinggi boleh menggunakan keseluruhan liputan perubatan korang, meninggalkan korang dengan nilai yang kosong untuk perlindungan masa akan datang.
3. Adakah patut untuk korang ambil pelan yang paling murah?
Sebelum mengambil polisi insurans, korang kena tahu kos pelan atau premium bulanan yang perlu dibayar. Ia bergantung kepada tiga perkara iaitu jumlah potongan, insurans bersama dan had tahunan.
Potongan: Potongan adalah bayaran awal yang korang perlu dahulukan untuk semua penjagaan perubatan sebelum insurans diaktifkan. Pelan yang tinggi potongannya bermakna korang bertanggungjawab untuk bahagian yang lebih besar daripada kos penjagaan perubatan. Kesannya, korang akan membayar premium yang lebih rendah. Setelah potongan dilakukan, syarikat insurans akan membayar baki kos. Ini sangat ideal untuk mereka yang berdikari dan tidak mempunyai tanggungan.
Insurans bersama: Insurans bersama adalah peratusan caj perubatan yang korang bayar, manakala selebihnya dibayar oleh pelan perubatan. Sebagai contoh, korang mempunyai 20% insurans bersama, maka korang membayar 20% daripada bil perubatan dan pelan korang akan membayar baki 80%.
Had tahunan: Had tahunan adalah jumlah maksima yang korang boleh tuntut daripada syarikat insurans dalam setahun.
4. Adakah pelan perubatan korang akan melindungi keadaan kesihatan korang sekarang?
Perlu korang tahu, terdapat beberapa kondisi yang tidak termasuk dalam pelan perubatan dan ini dipanggil pengecualian khas (major exclusions). Pengecualian ini merujuk kepada kondisi kesihatan yang tidak dilindungi pelan seperti:
Penyakit yang sedia ada, seperti penyakit yang korang sudah tahu wujud sebelum bermulanya perlindungan perubatan yang baharu.
Rawatan atau pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu dalam 120 hari dari pelan
Pembedahan kosmetik/berkhatan/lensa pembaikan/rawatan gigi, melainkan ia diperlukan untuk merawat kecederaan daripada kemalangan
5. Perlukah korang membayar untuk hospitalisasi?
Walaupun syarikat perubatan menawarkan kad perubatan yang memberikan perlindungan dan akses mudah untuk rawatan, ia bukan satu jaminan bagi keseluruhan proses itu tidak melibatkan wang. Sesetengah hospital masih memerlukan bayaran muka depan atau caj pemprosesan.
6. Di manakah pusat perubatan yang dibiayai pelan insurans?
Ramai yang mungkin berfikiran bahawa jika mempunyai ‘medical card’, korang boleh mendapatkan rawatan percuma di mana-mana pusat perubatan. Sebenarnya ia tidak tepat kerana tertakluk kepada pusat perubatan yang telah termaktub di dalam pelan insurans kesihatan.
Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum membeli sebarang insurans kesihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!