
Saranghaeyo BTS!!
Kurang dari 24 jam, teaser kedua BTS Boy With Luv sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 10 juta. WOW! Lebih menarik lagi, penyanyi Halsey merupakan kolaborasi terbaru Beyond The Scene (BTS) dengan penyanyi antarabangsa.
Semalam, Big Hit Entertainment memuat naik teaser kedua grup yang popular dengan lagu Idol itu bersama Halsey dengan lagu bertajuk Boy With Luv. Teaser pertama telah dikeluarkan 9 April lalu, dan mendapat respon dari peminat kpop di seluruh dunia. Tentu saja Army (kelab peminat BTS) tak keruan selepas melihat wajah terbaru dari 7 jejaka di bawah label Big Hit Entertainment ini.
Dalam pada itu, kelihatan ramai yang teruja dengan kolaborasi tersebut malah tidak sabar menantikan lagu tersebut. Dijangkakan, kolaborasi julung kali bersama selebriti antarabangsa akan dikeluarkan dalam bulan April ini. Alahai, tak sabarnya nak tunggu!


TAHNIAH ARMY!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beauty With Brain! Maria Danisha Raih Pencapaian Cemerlang, Dinobat Pelajar Terbaik & Terima Anugerah Modal Insan

Anak ketiga kepada pelakon terkenal, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi, Maria Danisha Hakim yang kini berusia 17 tahun baru-baru ini boleh berbangga dengan usahanya apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon (49) menerusi media sosial berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri acara ihtifal di sekolah Maria Danisha.
BACA: Beauty With Brains, Puteri Sulung Penyanyi Poey Stings Catat Kecemerlangan, Raih Anugerah Dekan!
BACA: Tengku Ameera Asya Genggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama – “Beauty With Brains”
“Kami amat berbesar hati untuk meraikan pencapaian akademik cemerlang awak dalam peperiksaan akhir tahun anda untuk Tingkatan Empat”

“Kerja keras, keazaman dan ketekunan benar-benar membuahkan hasil, dan kami sangat berbangga dengan kamu sayang,” kata Norman.
Tidak hanya meraih keputusan cemerlang, Maria Danisha juga dinobatkan sebagai pelajar terbaik Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam Tingkatan Empat.
Lebih membanggakan, gadis cantik manis itu turut menerima Anugerah Modal Insan dari pihak sekolah.
Tidak henti menitipkan kesyukuran, Norman pada masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.

“Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy dan Abah berterima kasih kepada-NYA kerana mengurniakan kami dengan kejayaan yang indah ini”
“Kami mendoakan agar kamu terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda pada penghujung tahun 2025, insyaAllah”
“Tetap rendah hati, kekal fokus dan teruskan usaha untuk yang terbaik. Anda telah membanggakan kami semua. Alhamdulillah!” ujarnya menerusi Instagram.

Sekadar info, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim (22) yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim (20).
Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim (11) Muhammad Dikhriz Hakim (9) dan Mikayla Delisha Hakim kini berusia 6 tahun.
Tahniah kami ucapkan pada Maria Danisha! Semoga meraih kecemerlangan lagi pada masa akan datang!
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Song Joong Ki, Ini Selebriti Korea Yang Sambut Birthday Bulan September

Fenomena selebriti Korea bukan sahaja hebat diperkatakan di negara mereka sendiri, malah Malaysia juga antara yang tersenarai mempunyai pengikut yang agak ramai dalam industri muzik mereka.
Sebut saja nama Blackpink, BTS atau EXO, kami pasti ramai yang meminati karya muzik nama-nama besar ini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih tidak tahu hari istimewa selebriti kesayangan mereka.
Jadi kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara selebriti-selebriti Korea yang menyambut birthday pada bulan September.
1. Lee Jong Suk
14 September 1989

2. Lee Jung Shin
15 September 1991

3. Kim Yoo Jung
22 September 1999

4. Jungkook BTS
1 September 1997

5. Park Jin Young
22 September 1994

6. Kim So Eun
6 September 1989

7. Song Joong Ki
19 September 1985

8. Jinwoo Winner
26 September 1991

9. Hyun Bin
25 September 1982

Siapa sini geng September?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Beremosi Sepanjang Ramadan, Korang Layan Yang Mana?

Rasa sekejap sangat masa berlalu kan? Kurang dari seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri! Rasa tak sabar pula nak meraikan Syawal yang mulia ni.
Sepanjang Ramadan, kita dihiasi dengan drama-drama hebat yang menemani kita ketika berbuka puasa, moreh malah ketika sahur. Seronok betul layan drama melayu ni meskipun cliche. Hiks!
Ini antara senarai drama melayu yang mungkin korang layan.
1.
Curi-curi Cinta
Drama yang bersiaran di slot Mega Drama Astro Ria setiap Isnin-Khamis ini menampilkan Aiman Hakim dan teman wanitanya Zahirah Macwilson sebagai teraju utama. Drama yang diadaptasi daripada novel hasil nukilan novelis terkenal Malaysia Siti Rosmizah, drama ini mengisahkan tentang seorang wanita derhaka terhadap orang tua dan kurang ajar terhadap orang sekelilling. Kerana ingin menjadi isteri kepada orang kaya, watak Intan Raihana yang dipegang oleh Zahirah Macwilson, perangkap Daniel Hakim (Aiman Hakim) dan mereka harus disatukan.

Drama ini memang akan buat korang rasa menyampah dengan Intan pada mulanya, tapi makin lama, Intan ni sebenarnya tak lah jahat sangat.
2.
30 Pesanan Suara
30 Pesanan Suara ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 istimewa Ramadhan 1440H arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Ain Edruce dan Izzue Islam. Siri ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019 dan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Drama yang mengisahkan tentang tiga sekawan Izman (Syukri Yahaya), Syafira (Hannah Delisha), dan Iman (Saharul Ridzwan). Perkahwinan Iman dan Syafira tidak kesampaian apabila Iman dijemput Ilahi sebelum majlis mereka berlangsung. Oleh kerana ada rasa tanggungjawab terhadap Syafira, Izman menggantikan tempat rakan baiknya itu. Apa yang menariknya, Izman jatuh cinta dengan Syafira melalui pesanan suara yang sebenarnya ingin dihantar kepada Iman.

Satu kelainan pada drama melayu sebenarnya, jatuh cinta melalui pesanan suara, tapi itulah orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.
3.
Aku Yang Kau Tinggalkan
Masih ingat dengan pasangan EL dan Kyra Lydia dari drama Teman Lelaki Upahan? Mereka disatukan kembali dalam drama ni. Drama sepanjang Ramadan yang bersiaran sama waktu dengan 30 Pesanan Cinta ni, sangat beremosi. Mana tidaknya, kalau dulu kita tak sempat nak tengok kebahagiaan mereka setelah menjadi suami isteri, tapi menerusi drama RTM1 ini dapat lah tengok jugak.

Juga diadaptasi daripada novel, drama ini menceritakan tentang seorang wanita yang dibayar untuk berkahwin dengan seorang lelaki gila. Meskipun drama ini sedikit ‘lambat’, tapi kimia antara Elizad Sharifuddin dan Ungku Ismail memang tiada duanya! Lebih menarik lagi Finalist Hero Remaja Safwan Nazri juga turut membintangi drama ini.
4.
Cari Aku Di Syurga
Janna Nick dengan lakonannya yang mantap! Drama viral dengan lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick, Aeril Zafrel dan Mimi Lana ini betul-betul tangkap emosi penonton. Menceritakan seorang isteri yang tidak tahan melalui kemiskinan setelah berkahwin. Dia menuntut cerai dari suami setelah melahirkan anak perempuan. Janna Nick memegang watak sebagai Lisa, Aeril Zafrel sebagai Anal dan Mimi Lana sebagai Mira. Kalau tak pernah tengok, boleh ke Youtube TV3.

5.
Imaan
Kalau rasa nak tonton drama Islamik, boleh ke Astro Oasis dan hayati drama Imaan lakonan Remy Ishak, Nora Danish dan Fendy Bakry. Drama yang mula bersiaran di slot Raihana sejak 1 Mei yang lalu diadaptasi dari drama Pakistan yang bertajuk Khuda Aur Muhabbat. Drama ini sarat dengan mesej baik.

Drama Imaan mengisahkan tentang perbezaan ideologi agama. ‘Hezrey’ (Remy Ishak) dilahirkan dari keluarga elite dan kaya telah bertemu dengan ‘Imaan’ (Nora Danish) dimana ‘Imaan’ adalah anak kepada seorang guru Agama yang mengajar kanak-kanak mengaji di kampung. Selalunya manusia berubah kerana cinta, setuju?
Jadi, korang layan yang mana satu? Atau layan semua?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

