Berita

Tarikh Cantik 26.6.26 Jadi Pilihan, Didi Astillah Kini Sah Bergelar Isteri

Share

Penyanyi Didi Astillah kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya pagi tadi.

Momen penuh bermakna itu berlangsung tepat jam 10.06 pagi pada tarikh yang cukup istimewa dan mudah diingati, 26.6.26, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan pasangan berkenaan.

Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Didi atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Awang Astillah, dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Dengan hanya sekali lafaz, Didi sah bergelar isteri kepada Diniey.

Dalam majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Titip Rasa Syukur Di Instagram

Menerusi satu hantaran di Instagram, Didi meluahkan rasa syukur apabila segala urusan majlis pernikahan mereka dipermudahkan, selain berterima kasih kepada semua yang tidak putus-putus menitipkan doa buat mereka.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Didi telah sah menjadi isteri kepada Diniey. Terima kasih semua yang telah mendoakan kami,” titipnya.

Bella Astillah Luah Rasa Sebak

Sementara itu, kakaknya, Bella Astillah, turut berkongsi rasa gembira bercampur sebak apabila adik tersayang kini memulakan fasa baharu sebagai seorang isteri.

Menurut Bella, dia sukar mempercayai bahawa adiknya yang selama ini membesar bersama akhirnya bergelar isteri kepada insan pilihan.

“Kak Long sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Dari kecil kita sama-sama, tak sangka adik akan jadi isteri orang.

“Semoga adik bahagia bukan sahaja ke hari tua tetapi sampai ke jannah, insya-ALLAH,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada Didi Astillah dan Diniey atas ikatan suci yang terbina. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: ig Hijabistahub

Published by
Fath