
Wanita anggun ini tidak perlu diperkenalkan lagi namanya, Intan Ladyana yang merupakan seorang pelakon dan juga model terkenal merupakan isteri kepada Harris Alif.
Mengikat tali pernikahan pada 5 Februari 2021, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eviee Khadija.

Perkahwinan antara Intan dan juga Alif terlebih dahulu menjadi bukti bahawa cinta itu tidak mengenal usia, jarak 17 tahun bukanlah penghalang untuk bahagia.
Terbaharu, dalam hantaran di laman Instagram Harris, dia memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya dan juga isteri bersama anak sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal layar. Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Intan yang berhijab.
Penampilan Intan yang cantik menggayakan tudung dan blaus rona kelabu dan berseluar hitam ternyata menarik perhatian dan ramai yang memuji gayanya berhijab.


Walaupun begitu, tiada pengesahan yang menyatakan selebriti ini sudah berhijab sepenuhnya atau belum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
13 Filem Horror Yang Best Boleh Korang Tonton Di Netflix

Bila tiba hujung minggu, biasanya ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama orang tersayang. Tak kurang juga mereka yang lebih memilih untuk duduk di rumah menonton filem secara marathon.
Setelah penat bekerja dan belajar, inilah waktunya untuk berehat seketika menenangkan fikiran, betul tak?
Kami pasti ramai yang menonton filem mahu pun drama di Netflix, tetapi ada juga yang sudah tidak tahu mahu menonton filem apa kerana terlalu banyak pilihan. Jadi kali ini, Remaja ingin berkongsi antara filem-filem horror di Netflix yang best untuk ditonton.
1. Midsommar
Sepasang suami isteri pergi ke Sweden untuk mengunjungi kampung halaman rakan mereka bagi meraikan festival musim panas yang luar biasa, tetapi semuanya berubah daripada tempat percutian yang indah menjadi persaingan yang semakin ganas dan pelik di tangan pemujaan kafir.
2. I See You
Satu kejadian pelik menimpa seorang detektif dan keluarganya yang tinggal di bandar kecil ketika dia sedang menyiasat kehilangan seorang budak lelaki.
3. Us
Ditemani oleh suami, anak lelaki dan anak perempuannya, Adelaide Wilson kembali ke rumahnya yang terletak di tepi pantai, di mana rumah itu adalah tempat dia dibesarkan. Wanita itu dihantui dengan pengalaman trauma masa lalu dan dia semakin bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.
Ketakutannya itu menjadi kenyataan apabila empat orang asing bertopeng menyelinap ke rumahnya, memaksanya berjuang untuk bertahan.
4. Hereditary
Ketika ketua keluarga Graham meninggal dunia, anak perempuan dan cucu-cucunya mulai membongkar rahsia-rahsia dan ketakutan yang semakin menakutkan mengenai keturunan mereka. Mereka berusaha untuk mengatasi nasib jahat yang telah diwarisinya itu.
5. Split
Though Kevin mempunyai 23 personaliti yang diketahui oleh doktor psikiatrinya, Dr. Fletcher. Namun, masih ada yang ada sikap dirinya yang disembunyikan untuk menguasi orang lain.
6. Vampires Vs the Bronx
Sekumpulan rakan berkumpul untuk menyelamatkan kawasan kejiranan mereka daripada hantu vampires.
7. 1922
Seorang penternak bersekongkol untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan keuntungan kewangan dan meyakinkan anaknya yang masih remaja untuk bersubahat dalam menjayakan misinya itu.
8. Fear Street
Sekumpulan remaja telah membongkar kekuatan jahat yang menimpa kota tempat tinggal mereka yang telah disumpah selama berabad-abad dengan berlakunya kes pembunuhan misteri. Filem ini mempunyai tiga siri, termasuklah Fear Street Part One 1994, Fear Street Part Two 1978 dan Fear Street Part Three 1666.
9. Hush
Seorang penulis yang mempunyai masalah pendengaran telah berhijrah ke dalam hutan bagi menjalani kehidupan secara bersendirian. Namun, masalah timbul apabila dia terpaksa menyelamatkan dirinya daripada pembuh bertopeng yang muncul dalam kehidupannya itu.
10. Under The Shadow
Setelah bangunan Shideh terkena peluru berpandu semasa Perang Iran-Iraq, jirannya yang mempercayai tahayul menunjukkan bahawa peluru berpandu itu dikutuk dan mungkin membawa roh Timur Tengah yang jahat. Dia menjadi yakin kekuatan ghaib di dalam bangunan itu berusaha untuk memiliki anak perempuannya Dorsa.
11. Creep & Creep 2
Untuk mencari pekerjaan, Aaron menjawab layanan iklan online dengan bayaran $1.000 untuk sehari bagi pekerjaan videographer. Tugas Aaron hanya merakamkan apa yang dilakukan oleh Josef selama sehari di rumahnya. Tetapi, permintaannya menjadi lebih pelik seiring berjalannya hari.
12. His House
Pasangan pelarian yang lari dari peperangan Sudan Selatan dan kemudiannya berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sebuah bandar Inggeris yang mempunyai kejahatan tersembunyi.
13. Cam
Seorang camgirl mempunyai prinsipnya sendiri, sehingga seorang wanita misteri yang kelihatan seperti dia mengambil alih salurannya media sosialnya.
Ha, macam menarik kan? Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Giliran Wajah Dolla Pula Di Tengah Kota Times Square New York

Mungkin tidak semua berpeluang menjejakkan kaki ke bandar New York, tetapi kami yakin rata-rata daripada masyarakat dunia sudah mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
New York Time Square antara lokasi tumpuan utama di bandar Amerika Syarikat dengan suasana dikelilingi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang tersergam indah.
Bukan calang-calang jenama atau wajah yang berpeluang dipaparkan di papan iklan tersebut, tetapi penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai pernah menghiasi ruangan itu sewaktu pelancaran album Rougue.
Terbaharu, kumpulan Dolla turut berjaya muncul di papan iklan tersohor New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify.
Menurut wakil Dolla, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi selebriti dari 50 negara, dimana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Foto papan iklan kempen ini turut dimuat naik di laman rasmi Instagram dolla.official dan rata-rata peminat melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.




Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk berada di tengah kota mewah itu bukan? Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dolla dan semoga terus sukses dalam industri hiburan tanah air.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sasha Saidin Kongsi Gambar Keluarga, Wajah Anak Teruna Jadi tumpuan!

Haish, tak lekang mata kami dari melihat foto-foto keluarga yang dikongsikan oleh Sasha Saidin sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Shasha Saidin nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi yang cukup popular bersama rakan kumpulan Elite yang lain suatu masa dahulu kini masih aktif dalam bidang seni. Sasha Saidin juga memiliki seorang anak lelaki tunggalnya, Adam Aryasenna Notosoemarsono atau Arya yang kini menginjak remaja.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa, Curi Tumpuan Netizen!

Hantaran di media sosial miliknya itu mengundang tumpuan ramai. Masakan tidaknya, beliau sebelum ini jarang menunjukkan wajah ahli keluarga.
Perkongsian gambar sekeluarga itu dimuat naik pada hari raya ketiga yang memaparkan Sasha bersama suaminya, Sirhan Wahab dan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Paling mencuri tumpuan pastinya anak lelakinya itu yang kini menginjak ke alam remaja. Mesra disapa Arya, jejaka itu kini sudah melepasi ketinggian si ibu tersayang walaupun baru belasan tahun usianya.

Menerusi kapsyennya, Sasha berseloroh kononnya permohonan beliau untuk memuat naik gambar tersebut sudah diluluskan.
Permohonan post gambar raya bersama suami dan anak remajaku tahun ini akhirnya telah diluluskan, moga tahun depan permohonan diterima lagi so kena start lobi awal-awal nanti. Sekali setahun kan. Siapa yang senasib saya?,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji wajah dan ketinggian anak lelaki aktres berkenaan.
Malah ada juga yang mengakui turut mengalami situasi sama seperti Sasha bab bergambar dengan famili.
Info Tambahan : Sasha berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Kini, Sasha bahagia dengan perkahwinan ketiga bersama Sirhan dan pasangan tersebut menetap di Dubai.
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan anak lelaki Sasha ni, dah mak nya mat saleh kan..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

