Penyanyi dan finalis Hero Dewi Remaja 2023, Hakim Khan baru-baru ini meraih perhatian apabila tampil dengan sisi baharu dalam dunia muzik menerusi single terbarunya yang berjudul Sydney yang dilancarkan pada 16 Mei lalu.
Menurut Hakim atau nama sebenarnya Muhd Al Hakim Khan Fakrukh Hadi (24) yang ditemubual oleh REMAJA, lagu ini menandakan fasa penjenamaan semula buat dirinya, membawa nuansa dan identiti lebih matang menerusi lagu bergenre R&B.
Dalam pada itu, bercakap mengenai lagu Sydney sendiri, Hakim menjelaskan bahawa lagu ini mengetengahkan tema hubungan toksik dua hala iaitu situasi yang sering berlaku dalam realiti pasangan masa kini.
“Lagu ini adalah tentang sepasang kekasih yang sama-sama buat salah, tapi mereka tetap rasa nak terus bersama dan dalam masa yang sama… tak nak juga. It’s a complicated relationship,” katanya.
Apa yang lagi menarik, tajuk Sydney bukan merujuk kepada nama tempat di Australia seperti yang disangka ramai. Lagu ini asalnya bertajuk Sini, namun dipilih untuk ditukar bagi memberikan elemen misteri dan daya tarikan tersendiri.
Ads
“Ia jadikan tajuk ‘Sydney’ sebab bunyi sebutannya hampir sama dengan ‘sini’. Tapi pada masa yang sama, kami mahu peminat tertanya-tanya kenapa tajuk lagu tu Sydney,” ujar Hakim yang juga dikenali menerusi watak Kamal dalam drama adaptasi popular Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi.
Lagu ini juga merupakan hasil kolaborasi Hakim bersama salah seorang anggota 53 Universe, Fuego. Menurut Hakim, kerjasama ini sudah pun dimulakan dimulakan sejak awal tahun 2024.
Namun, ia mengalami sedikit kelewatan kerana komitmen projek lain. Bagaimanapun, Hakim menganggap proses tersebut sebagai salah satu pengalaman berharga.
Ads
“Saya rasa lagu ini agak beri makna mendalam kerana ia ibarat permulaan ‘rebranding’ saya sebagai seorang penyanyi”
“Sebelum ini, saya lebih banyak membawakan lagu genre Balada, tapi kali ini saya mahu bawakan satu pembaharuan menerusi R&B,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Hakim turut berkongsi perancangan untuk melancarkan EP pertamanya pada hujung tahun ini, yang bakal memuatkan lima buah lagu berkonsepkan Balada Pop, diikuti dengan album penuh R&B pada tahun hadapan.
“Untuk album EP itu, insya-Allah ada 5 buah lagu dan mungkin ada beberapa lagu dari tahun 2022 dan 2023 yang sudah lama saya simpan akan dimuatkan dalam album tersebut. Kalau bercakap tentang full album, insya-Allah tahun depan,” kata Hakim.
Sekadar info, Hakim Khan merupakan salah seorang peserta tertinggi pada edisi Hero Dewi Remaja 2023. Beliau mula menceburi bidang nyanyian sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan dan memilki beberapa buah lagu yang digubah sendiri olehnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat muzik, terutamanya dalam kalangan generasi muda, bakal disajikan dengan satu pengalaman penuh inspirasi dan emosi menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Berbeza daripada konsert biasa, festival anjuran Expoindo bersama rakan tempatan, Thrive, tampil dengan gabungan unik antara muzik, perkongsian kisah peribadi dan pengalaman para artis, menjadikan pentas ini sebagai medium yang bukan hanya menghibur, tetapi turut menyentuh hati penonton.
Mewakili pihak penganjur, Bram Tulong menjelaskan bahawa pemilihan tema ‘Ruang Inspirasi’ adalah untuk mencipta satu ruang yang memberi impak lebih mendalam kepada audiens.
“Juicy Luicy antara artis paling digemari generasi muda di Malaysia. Lagu mereka sarat emosi dan dekat dengan pengalaman hidup pendengar. Sebab itu mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF tahun ini,” ujar beliau.
Kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia itu bukan asing buat peminat tempatan. Dengan lagu-lagu seperti Lantas, Lampu Kuning dan Sialan, Juicy Luicy sering menjadi pilihan playlist anak muda yang melalui fasa cinta, kehilangan dan harapan.
Lebih menarik, RIF 2025 juga akan mengumumkan senarai artis fasa kedua tidak lama lagi, sekaligus menambahkan keterujaan peminat yang menantikan pengalaman festival yang bukan sahaja menghibur tetapi turut menyuntik inspirasi.
Menurut kenyataan rasmi daripada penganjur, festival ini juga akan memberi ruang kepada penonton untuk berinteraksi secara lebih peribadi dan dekat bersama artis-artis, lantas menghapuskan sempadan antara peminat dan penghibur.
Dalam pada itu, wakil dari BBO Events, Johnathon Wong, menyatakan harapan agar RIF 2025 mampu menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia menerusi penghayatan muzik serta nilai-nilai positif yang dibawakan oleh para artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Marsha Milan meluahkan hasrat untuk bergabung dalam sebuah karya istimewa bersama dua lagi figura vokal hebat tanah air iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri pada masa akan datang.
Menurut Marsha, keinginan tersebut hadir susulan dirinya bersama Aina dan Ernie sering menjadi perbandingan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri muzik tempatan.
“Saya teringin untuk ada satu karya dengan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Walaupun pernah berduet dalam persembahan, tetapi lagu bersama masih belum ada lagi.
“Saya mahu duet dengan Aina dan Ernie sebab suara kami bertiga sering dibanding-bandingkan. Kalau ingat kembali, ada suatu ketika dahulu kami memang kerap dibandingkan.
“Bila orang sering membandingkan, perkara itu ‘triggered’ saya dan terfikir, kalau bergabung mengapa tidak,” katanya.
Marsha berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual dalam satu program stesen radio tempatan yang dihoskan oleh Radin.
Gabungan Tiga Vokal Berbeza, Satu Keunikan
Mengulas lanjut, pelantun lagu popular Hening Rindu itu mengakui Aina dan Ernie masing-masing memiliki kelebihan tersendiri selain kekuatan vokal yang sememangnya tidak perlu disangkal.
“Aina dan Ernie, kedua-dua penyanyi ini sangat berbakat. Saya pasti dari arah muzik juga kami mempunyai sedikit persamaan walaupun tona suara berbeza.
“Tetapi saya rasa ia akan jadi sesuatu yang unik sekiranya kami benar-benar digabungkan. Soal lagu pula saya tidak kisah, kalau lagu rancak pun mengapa tidak, asalkan sesuatu yang baharu,” tuturnya lagi.
Hasrat tersebut sekali gus mengundang perhatian peminat yang turut berharap kolaborasi tiga suara besar ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.
Jika benar menjadi kenyataan, gabungan tiga nama ini pastinya bakal mencipta satu momen luar biasa dalam industri muzik tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 43 anak tangga dalam Time Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020, lonjakan tertinggi dalam kalangan universiti Malaysia.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian itu meletakkan universiti berkenaan pada kedudukan ke-145 berbanding 188 pada tahun lepas.
Aini berkata UPM berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti Malaysia bagi indikator penyelidikan yang merangkumi jumlah penerbitan, pendapatan hasil dari penyelidikan serta reputasi penyelidikan.
THE Asia University Rankings 2020 telah diumumkan dengan menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Terdapat lima indikator utama dalam penilaian THE Asia University Rankings iaitu pengajaran (25 peratus), penyelidikan (30 peratus), petikan (citation) (30 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (7.5 peratus).
Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berada ditahap yang membanggakan. Tidak perlu ke luar negara, belajar di negara sendiri juga sudah setanding dengan luar negara.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.