Siap sedia untuk kemeriahan warna-warni September ini!
Rangkaian kedai aiskrim istimewa terbesar di dunia, Baskin-Robbins Malaysia, mengumumkan penjenamaan semula dengan memperkenalkan logo baharu mereka untuk meraikan kegembiraan dalam setiap hidangan aiskrim.
Daripada pembungkusan sehinggalah estetika visual secara keseluruhan di cawangan terpilih, para pencinta Baskin-Robbins Malaysia akan dapat menyaksikan wajah serba baharu mereka tidak lama lagi.
Warna ikonik biru dan merah jambu kekal dalam spektrum premium yang dinaik taraf bagi menonjolkan kepimpinan jenama tersebut dalam perisa-perisa berinovatif dan pengalaman yang mengujakan.
Ads
“Selama 35 tahun, aiskrim Baskin-Robbins telah mencipta memori yang membahagiakan rakyat. Meskipun kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada logo klasik Baskin-Robbins yang telah digunakan buat sekian lamanya, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan bukan sahaja identiti visual baharu, malah merasai pengalaman Baskin-Robbins Malaysia yang baharu.” ujar Cheah Jia Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Scoop Sdn. Bhd.
Bagi memeriahkan sambutan ini, Baskin-Robbins Malaysia menawarkan pelbagai promosi sambutan dan manisan sejuk beku yang direka khas bagi menggembirakan setiap peminat.
Promosi menarik “Beli 1 Klasik, Dapatkan 1 Quart Berwajah Baharu” bakal memulakan perjalanan sambutan ini dari 7 September 2023 sehingga 4 Oktober 2023.
Ads
Bagi membolehkan para peminat aiskrim untuk turut serta dalam sambutan ini dan mengucapkan selamat tinggal kepada logo lama, promosi Baskin-Robbins Malaysia yang hanya boleh didapati setiap hari minggu yang akan menyertakan satu quart “New Look” bagi setiap pembelian quart “Klasik”.
Baskin-Robbins “Mix ‘N Shake” yang dinanti-nantikan bakal memberikan para peminat milkshake peluang untuk bereksperimen, mencipta, dan merasai sendiri kombinasi perisa-perisa kegemaran mereka.
Ads
Satu lagi tarikan sambutan ini ialah pengenalan semula kek aiskrim yang lazat, Garden Love, yang menonjolkan gabungan dua perisa aiskrim yang cukup berbeza namun tergabung sempurna.
Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai perisa aiskrim Baskin-Robbins Malaysia, sambutan ini turut berlangsung pada bulan Oktober dengan Baskin-Robbins “Variety Pack” yang baharu.
Pek ini akan menawarkan para penggemar aiskrim seleksi empat, enam, lapan, dan dua belas perisa aiskrim yang berbeza dalam cawan bawa pulang yang dibungkus dengan cermat, menawarkan gabungan pilihan yang menarik untuk deria rasa semua tanpa mengira apa jua bentuk keraian. Wow, sangat lurve promosi ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR), sebuah peranti pelengkap superkonduktor yang juga dikenali sebagai matahari buatan Korea, telah pun mencatat rekod dunia kerana berjaya mengekalkan plasma suhu tinggi selama 20 saat dengan suhu ion lebih dari 100 juta darjah Celsius.
Menurut phys.org, pada 24 November lalu, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) telah pun mengumumkan bahawa penyelidikan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University of the United States berjaya dalam operasi plasma secara berterusan selama 20 saat dengan suhu 100 juta Celsius, yang merupakan salah satu syarat utama peleburan nuclear dalam KSTAR Plasma 2020.
Foto: phys.org
Ia adalah satu pencapaian terbaik kerana ia adalah kali pertama pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat. Hal ini dapat dilakukan kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.
KFE turut menjangkakan mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celsius menjelang tahun 2025 nanti.
Institusi mereka juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain, dimana hasil yang didapati daripada eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei 2021.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa kuasa manusia tidak boleh disamakan dengan yang Maha Pencipta. Tidak kiralah sehebat mana pun ciptaan manusia itu, ia sama sekali tidak dapat menyaingi dengan kuasa Allah SWT. Wallahualam!
Namun, baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pencemaran udara toksik di Amerika Syarikat yang begitu teruk sehinggakan langit New York City bertukar jingga.
Negara tersebut dilaporkan mengalami pencemaran udara toksik yang teramat teruk hasil daripada asap kebakaran hutan di Kanada. Hal ini menyebabkan rakyat Amerika Syarikat didedahkan kepada udara toksik setelah hampir sekian lama negara itu tidak dilanda pencemaran udara sebegitu teruk.
Penyelidik turut mendapati penduduk di New York terdedah kepada tahap pencemaran lima kali ganda melebihi standard kualiti udara negara tersebut. Shocking kan?
Selain itu, para penyelidik Stanford membuat pengiraan bahawa purata orang Amerika pada Rabu lepas telah terdedah kepada 27.5 mikrogram setiap meter padu bahan zarahan kecil yang dibawa dalam kepulan asap.
Serpihan jelaga, habuk dan serpihan lain yang terbakar ini dikenali sebagai PM2.5 akan tertimbus di dalam paru-paru manusia apabila disedut dan berkemungkinan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Di New York, di mana langit berubah daripada putih susu kepada jingga terang sepanjang hari telah memaksa sekolah dan taman permainan untuk mengehadkan aktiviti luar dan menggalakkan pemakaian topeng apabila berurusan di luar kawasan tertutup.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun 17 tahun telah berlalu sejak tragedi tsunami melanda rantau Asia Tenggara dan negara-negara yang terletak di Lautan Hindi hingga menyebabkan ribuan nyawa terkorban, peristiwa tersebut masih jelas dalam bayangan penduduk dunia sehingga sekarang.
Tarikh 26 Disember 2021 semalam menandakan ulang tahun ke-17 sejak tragedi tersebut menimpa.
Rasa pedih yang ada pada diri mangsa yang berjaya menyelamatkan diri, ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa atau hilang daripada radar serta segenap masyarakat di Asia masih tidak berganjak.
Lokasi paling terkesan akibat tragedi tsunami ini tentunya ialah Banda Aceh. Implikasi daripada tragedi itu, tidak banyak struktur fizikal seperti bangunan di Banda Aceh yang dapat diselamatkan melainkan dua buah struktur masjid utama di provinsi Indonesia itu.
Salah satunya ialah Masjid Rahmatullah Lampuuk yang terletak berdekatan pantai Lampuuk Kecamatan Lhoknga di Aceh Besar. Ia merupakan masjid yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Aceh pada tahun 1612 lagi.
Kalau korang masih ingat, sewaktu ombak tsunami setinggi 30 meter melanda kawasan itu, dengan kuasa Allah SWT; Masjid Rahmatullah Lampuuk menjadi satu-satunya bangunan yang mampu bertahan dan kekal berdiri hingga ke hari ini. Kini, keadaan di kawasan di sekelilingnya juga sudah jauh berbeza.
Media di Indonesia baru-baru ini berkunjung ke Masjid Rahmatullah Lampuuk untuk melihat keadaan masjid tersebut yang kini dikelilingi kawasan menghijau ibarat berada di dalam taman yang luas.
Sementara itu, sebuah lagi struktur masjid yang selamat daripada dibadai ombak tsunami di Banda Aceh ialah Masjid Raya Baiturrahman. Korang pasti akan terkejut melihat perubahan yang terjadi padanya.
Masjid yang dibina semasa kepimpinan Sultan Iskandar Muda ini sekarang menjadi masjid utama di pusat bandar. Ia sering dikunjungi orang ramai bagi menunaikan solat dan menjadi pusat kunjungan pelancong luar yang ingin melihat keindahan seni bina dan ornamennya.
Sekali imbas, penambahan yang telah berlaku ke atas Masjid Raya Baiturrahman sepanjang tempoh 17 tahun ini mengingatkan kita semua terhadap kawasan luar Masjid Nabawi di Madinah dengan teknologi struktur ‘payung mega’-nya yang boleh dibuka serta dikuncupkan mengikut keadaan cuaca.
Apabila melihat dua struktur agung di Banda Aceh ini yang terselamat daripada ujian Allah SWT 17 tahun yang lalu, sesiapa saja akan teringin untuk melawatnya satu hari nanti. Bukan saja untuk solat di dalamnya, penulis pasti korang juga ingin mengimbas semula peringatan yang diberikan olehNya ke atas kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika anda pernah mengulang lagu Tetap Dalam Jiwa berkali-kali atau kagum melihat evolusi muzik Isyana Sarasvati sejak album Explore! sehingga LEXICON, berita ini pasti...