
Setelah sekian lama peminat menantikan kemunculan single terbaharu Lisa Blackpink, kini penyanyi berasal dari Thailand itu telah pun melancarkan video muziknya, ‘LALISA’ di YouTube kira-kira dua jam lalu.
Lisa sebelum ini mengaku bahawa dia ingin memasukkan unsur budaya Thailand ke dalam single solo terbaharunya. Tidak hanya itu, peminat juga dapat melihat busana dan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan dalam muzik videonya itu.

Selebriti popular ini tampil dengan membawakan koreografi bertenaga mengikut alunan muzik tempo yang catchy.
Baru sahaja dua jam dilancarkan, ‘LALISA’ telah mendapat 15 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) di YouTube dan turut menjadi trending di laman Twitter.




Apa yang boleh kami katakan, hasil karya daripada anggota kumpulan Blackpink ini tidak pernah gagal mencuri hati para pendengar dan pengikut mereka.
Amacam, korang onz tak dengan single terbaharu Lisa Blackpink ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahang Musim Akhir Money Heist Sudah Terasa, Peminat Puji Nyanyian Bella Ciao Versi Yuna

Drama bersiri popular Money Heist akan memasuki musim tayangan kelima yang akan disiarkan mulai esok. Drama itu akan ditayangkan dalam dua bahagian dengan bahagian pertama sebanyak lima episode dan bahagian kedua akan diterbitkan pada 3 Disember.
Money Heist merupakan drama bersiri Sepanyol yang ditayangkan kali pertama pada tahun 2017. Ia menceritakan tentang sebuah kes rompakan bank yang dirancang penuh teliti oleh ketuanya, Profesor. Drama bersiri ini juga berjaya memecahkan rekod apabila berjaya meraih tontonan paling tinggi dalam saluran Netflix.

Apa yang menariknya, penyayi popular Malaysia, Yuna dilihat telah merakamkan lagu Bella Ciao dengan diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia. Cover lagu tersebut telah dimuat naik di laman Instagram Netflix dan mendapat perhatian serta maklum balas positif daripada warganet.
Rata-ratanya menyifatkan lagu tersebut disampaikan dengan baik oleh penyanyi terkenal bertaraf antarabangsa itu.






Yuna dan pemain muzik orkestra itu juga dilihat mengenakan busana berwarna merah, seakan kena dengan tema Money Heist.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah Tanpa Perlu Telan Pil Secara Kerap

Migrain merupakan sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku disebelah bahagian kepala sahaja. Ia berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Bagi individu yang sering mengalami serangan migrain, sudah tentu mereka tahu betapa ‘azabnya’ bila sakit kepala. Kadangkala berlanjutan sehingga berhari-hari. Pesakit akan merasai sakit kepala yang berdenyut-denyut, loya, muntah dan mereka akan menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Bila dah sakit apa lagi, telan saja ubat bagi membantu serangan berkurangan. Namun, sebenarnya selain daripada penggunaan ubatan, korang juga boleh merawat migrain dengan bahan dan cara semula jadi.
Jom kita lihat apa yang korang boleh buat selain daripada makan pil apabila terkena serangan migrain.
1. Pilih diet yang sesuai

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mencegah serangan sakit kepala ini dan antaranya dalah seperti berikut:
• Makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi seperti sosej, daging proses dan bacon
• Coklat
• Keju yang mengandungi tyramine seperti parmesan, cedar, swiss, feta
• Alkohol terutamanya wine merah
• Makanan yang mengandungi banyak monosodium glutamate iaitu perasa makanan
• Makanan yang terlampau sejuk seperti aiskrim atau minuman ais
• Makanan segera
• Kekacang
• Produk tenusu seperti susu mentega, krim masam dan yogurt
• Buahan kering
• Kafein dalam jumlah sedikit boleh melegakan migrain bagi sesetengah orang kerana kafein juga terkandung dalam sesetengah ubatan migrain. Namun, kafein yang berlebihan boleh mencetuskan serangan migrain
2. Sapu minyak lavender

Menurut kajian, minyak lavender dapat membantu mengurangkan simptom serangan migrain. Korang boleh titiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air dan menyemburkannya pada muka setiap beberapa jam.
Korang juga boleh menyapu minyak lavender ke bahagian tepi kening dan dahi. Seterusnya, lakukan urutan secara perlahan-lahan.
3. Amalkan senaman regangan dan yoga

Yoga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot, membantu pesakit migrain. Kajian membandingkan pesakit migrain yang engambil ubatan sahaja dengan pesakit yang mengambil ubatan serta yoga mendapati bahawa pesakit yang mengamalkan yoga mendapat kelegaan yang lebih cepat berbanding yang hanya mengambil ubat-ubatan.
4. Urutan pada leher

Urutan secara perlahan-lahan pada kawasan otot dibahagian leher dan bahu boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan sakit daripada serangan migrain. Urutan juga mampu menghilangkan tekanan.
5. Mengawal stres dengan baik

Tekanan merupakan antara punca utama korang boleh diserang migrain. Cari cara yang baik untuk mengawal tekanan seperti bersenam, bermeditasi, mendengar muzik atau berehat bersama keluarga bagi meredakan tekanan yang dialami.
6. Pengambilan makanan tambahan mengandungi magnesium

Kajian mendapati bahawa kekurangan mineral seperti magnesium boleh mencetuskan serangan migrain. Ia juga boleh menyebabkan aura iaitu gangguan penglihatan yang dialami sejurus sebelum serangan berlaku.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.
7. Pengambilan vitamin B kompleks
Ia berfungsi mengawal neurotransmitter iaitu sejenis protein dalam otak dan badan yang mengawal respons. Vitamin B juga dapat membantu mengurangkan tahap teruk dan kekerapan serangan migrain.
8. Amalkan minum air kosong secukupnya

Kurang minum air dan dehidrasi juga merupakan salah satu punca tercetusnya serangan sakit kepala dan migrain. Pastikan korang mengambil jumlah air yang secukupnya setiap hari, iaitu sebanyak 1 liter atau 8 gelas air.
9. Rehat yang secukupnya

Kekurangan tidur dan rehat juga boleh mencetuskan serangan. Pastikan korang mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 6 jam setiap malam bagi merehatkan badan dan otak, mengurangkan stres serta mencegah serangan migrain.
Jika korang sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan kerja, cuba tukar jadual tidur dan amalkan tidur lebih awal. Keesokan paginya, korang boleh bangun sekitar jam 5 pagi dan menyambung tugasan.
10. Tuam dahi dan kawasan mata
Sesetengah orang apabila mereka menuam menggunakan tuala hangat ataupun sejuk pada bahagian kepala, ia dapat melegakan dan membantu mengurangkan sakit kepala. Korang juga boleh meletakkan tuala hangat dan sejuk sekitar kawasan mata bagi melancarkan peredaran darah serta mengurangkan sakit. Pastikan basahkan tuala dengan air suam dan bukannya air panas kerana ia boleh menyebabkan lecuran.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang mendapat serangan migrain yang teruk dan berlanjutan, pastikan korang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada pakar. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi berguna kepada korang.
Sumber: The Diagnosa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas

Terbaharu, penyanyi lagu popular Hapus itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Masya tampil memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan skirt pendek dengan legging putih ketika bercuti di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Orang Yang Mengapi-Apikan, Berhentilah…” Neelofa Mohon Henti Keruhkan Lagi Kenyataannya

Penampilannya sedemikian secara tidak langsung telah ‘memancing’ pengguna platform berkenaan untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Tidak seperti kebiasaannya penyanyi itu hanya mendiamkan diri, namun kali ini menerusi hantarannya tersebur, dia dilihat membalas satu komen seorang warganet.
Pengguna tersebut menegur supaya penyanyi lagu Halimunan itu menjaga imej Muslimah yang dibawa dari terpesong jauh serta meminta penyanyi itu tidak lagi bertenang seperti yang ditulis dalam kapsyennya.

“Adik, tidak perlu nak calm (tenang) sangat. Tahu dalam hati itu Allah sudah jentik. Asyik tular sana sini fasal pemakaian awak tidak sudah-sudah.
“Ada sesuatu Allah nak beritahu awak gadis Muslimah, Jagalah imej Muslimah yang sebenarnya. Jangan jadi bahan fitnah, jangan mengundang fitnah,” komen pengguna itu.

Susulan itu, Masya tampil membalas komen individu itu dengan tenang dan ringkas.
“Thank you sisturr (sister),” balasnya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Masya Masyitah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

