Bulan ini terdapat 9 lagi drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan. Antara yang menjadi pilihan adalah drama misteri GLITCH lakonan Jeon Yeo-been dan Nana yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton. Jom lihat antara K-Drama yang bakal disiarkan pada Oktober nanti:
1. BAD PROSECUTOR
Drama ini berkisar tentang seorang pendakwa bernama Jin-jung, yang berbekalkan perangai buruk dan nakal. Dibintangi oleh D.O, Lee Se-hee, Ha Joon, Joo Bo-young.
Tarikh tayangan: 5 Oktober 2022
Platform: KBS
2. LOVE THAT WILL FREEZE TO DEATH
“Love That Will Freeze to Death” mengikuti kisah cinta antara Goo Yeo-reum dan Park Jae-hoon yang telah berkawan rapat selama 20 tahun. Kemudian, mereka mula mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain selepas bertemu sebagai pengarah penerbit rancangan temu janji. Dibintangi pelakon utama Choi Si-won dan Le Da-hee.
Tarikh tayangan: 5 Oktober 2022
Platform: ENA
3. GLITCH
“Glitch” mengisahkan tentang dua wanita, Ji-hyo dan Bo-ra. Ji-hyo ialah seorang wanita yang boleh melihat makhluk asing, manakala Bo-ra ialah wanita yang mengejar makhluk asing sepanjang hidupnya. Suatu hari, teman lelaki Ji-hyo hilang dari muka bumi dan mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan misteri itu. Pelakon utamanya Jeon Yeo-been dan Nana
Ads
Tarikh tayangan: 7 Oktober 2022
Platform: Netflix
4. YONDER
“Yonder” menggambarkan kisah seorang lelaki yang menerima mesej daripada isterinya yang telah meninggal dunia, dan dijemput ke tempat yang tidak diketahui bernama ‘Yonder’ di mana dia boleh bertemu dengannya. Pelakon utama: Han Ji-min, Shin Ha-kyun
Tarikh tayangan: 14 Oktober 2022
Platform: TVING
5. THE QUEEN’S UMBRELLA
“The Queen’s Umbrella” akan membincangkan kaedah pendidikan 1% teratas di Joseon untuk menjadikan putera pengacau, yang menyebabkan gangguan kepada keluarga diraja, menjadi putera yang sesuai. Pelakon utama: Kim Hye-soo, Kim Hae-sook, Choi Won-young
Ads
Tarikh tayangan: 15 Oktober 2022
Platform: tvN, Netflix
6. MAY I HELP YOU
“May I Help You” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Kim, yang menggantikan tugas yang bermula pada 100 won setiap hari, dan Baek Dong-ju (Hye-ri), seorang pengarah pengebumian yang mengabulkan permintaan si mati, semasa menjalankan tugas harian syarikat Ildangbaek. Pelakon utama: Lee Jun-young, Lee Hye-ri
Tarikh tayangan: 19 Oktober 2022
Platform: MBC
7. CURTAIN CALL
“Curtain Call” mengisahkan tentang seorang wanita tua (Youn Yuh-jung) dari Korea Utara yang tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup, dan seorang pelakon teater (Kang Ha-neul) yang akan berperan sebagai cucunya untuk memenuhi hasrat terakhirnya. Pelakon utama: Kang Ha-neul, Ha Ji-won
“Cheer Up” adalah drama percintaan kampus misteri yang berlatarbelakangkan skuad sorak, di mana makan dan hidup tidak berguna pada masa ini, tetapi percintaan yang indah dan berharga ialah segala-galanya. Pelakon utama: Han Ji-hyun, Bae In-hyuk, Kim Hyun-jin, Jang Gyu-ri
Tarikh tayangan: 3 Oktober 2022
Platform: SBS, Viu
9. SHADOW DETECTIVE
“Shadow Detective” akan mengikuti detektif Taek-rok, yang akan bersara selepas kerjaya cemerlang dalam pasukan polis. Apabila pasangannya menghadapi masalah, Taek-rok pergi membantunya, tetapi tiba-tiba pengsan sebelum dia boleh berbuat demikian. Dia tersedar untuk mengetahui bahawa dia telah dijebak untuk pembunuhan yang tidak dia lakukan, dan diperas oleh pembunuh sebenar untuk menyiasat semula bekas kesnya dengan janji untuk membersihkan namanya. Pelakon utama: Jin Goo, Kyung Soo-jin, Lee Hak-joo
Tarikh tayangan: TBA
Platform: Disney+
Selamat menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan pada beberapa bulan yang lalu, ramai yang mengeluh kerana telah hilang pekerjaan ekoran daripada penutupan syarikat akibat kesan pandemik COVID-19.
Ini ada satu berita baik buat rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan, kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Program ini membolehkan penganggur dan graduan mendaftar mulai 15 Jun lalu diwujudkan untuk meningkatkan prospek pekerjaan.
Jika korang berhasrat untuk memohon program ini, bolehlah ikut langkah-langkah berikut:
Bagi majikan yang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka boleh mula mendaftar profil mereka juga melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Mulai 1 Julai dan seterusnya, majikan boleh memilih nama pekerja yang diupah di bawah program ini. Majikan juga boleh memilih dari senarai kursus yang diluluskan melalui laman sesawang berkenaan untuk pekerja mereka yang baru diupah, jika diperlukan untuk tujuan pengambilan pekerja dan peningkatan kemahiran.
Untuk keterangan lanjut korang boleh lihat Soalan Lazim yang dipaparkan dalam laman web rasmi Perkeso.
Sesiapa yang kehilangan kerja mahu pun graduan yang masih belum mendapat pekerjaan, bolehlah korang cuba nasib disini mana tahu rezeki kan?
Penyanyi, Fairuz Selamat mengakui dia reda apabila tersingkir dari program Gegar Vaganza pada minggu ke-10, Ahad lalu.
Katanya kepada Remaja, Fairuz menjelaskan bahawa penyingkirannya tersebut telah menamatkan spekulasi mengenai statusnya sebagai ‘anak emas’ di stesen televisyen tersebut.
“Saya menamatkan kemarau soalan itu, di mana saya bukan anak emas Astro.
“Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program TV ini bermain dengan banyak perkara,” katanya.
Tambahnya lagi, Fairuz menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan gembira kerana ia merupakan penamat kepada pelbagai desas-desus mengenai kedudukannya dalam program tersebut.
“Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad, rezeki saya sampai di situ sahaja. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di kedudukan dua terbawah, ramai yang mengharapkan saya keluar.
“Nah, ambil sekarang, saya sudah pun tersingkir,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, penyanyi lagu popular Lydia itu mengakui bahawa dia sedikit ralat kerana tidak dapat memenuhi harapan peminatnya yang ingin melihatnya melangkah ke pentas akhir.
“Saya rasa sedih sebab sepanjang 24 tahun bergelar anak seni, saya belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. Gegar Vaganza ini adalah pertandingan, akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas.
“Kalau bukan saya, mesti orang lain, dan kalau bukan orang lain, mungkin saya yang tersingkir. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakkan saya makanan.
“Itu yang buat saya ralat. Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final,” jelasnya.
Meskipun tersingkir, Fairuz tetap berterima kasih kepada peminat yang tetap memberikan sokongan yang tidak ternilai.
“Macam saya masuk bertanding, kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final, lepas ini mereka nak buat apa?” tuturnya dengan nada sebak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini menyaksikan satu pindaan mega dilakukan di parlimen yang diusulkan oleh Menteri Belia & Sukan.
Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kementerian beliau merekodkan sejarah dalam sistem Perlembagaan Negara apabila usia kelayakan pengundi pada Pilihan Raya Umum yang ke-15 kelak telah diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.
Hal tersebut nyata mendapat sokongan ramai ahli Parlimen termasuklah di kalangan pemimpin pembangkang. Namun di kalangan remaja dan pelajar pula, masih ada perbezaan pendapat sama ada pindaan itu adalah sesuatu yang relevan buat masa sekarang.
Nampaknya, soal usia pengundi bukanlah satu-satunya isu yang dipandang oleh YB Syed Saddiq pada minggu ini.
Lewat petang tadi, beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram untuk bercakap mengenai isu pelajar internship yang tidak dibayar oleh para majikan masing-masing.
Seperti yang korang tahu, program internship menjadi kewajiban dalam kebanyakan kursus pengajian ijazah sarjana muda di Malaysia. Selalunya ia berlanjutan dari 2 bulan ke 3 bulan bergantung kepada bidang dan ketetapan universiti.
Namun, seperkara dilema yang dihadapi oleh pelajar adalah soal bekerja tanpa bayaran. Pertama sekali, penulis pasti yang pelajar/staf intern di Malaysia tidak akan menetapkan had bayaran atau elaun minimum.
Bagi mereka, program internship adalah (a) satu kewajiban dalam program mereka dan (b) merupakan peluang untuk mencari pengalaman bekerja sebagai first timer dalam bidang yang mereka ceburi.
Jadi, soal ‘nak untung melalui internship’ itu seharusnya tiada. Elaun yang diharapkan daripada syarikat majikan hanyalah untuk menampung kos pengangkutan pergi balik, makanan dan mungkin sekali kos-kos sampingan yang minor (seperti cas parkir).
Apabila staf intern tidak diberikan sebarang elaun oleh majikan, secara tak langsung ia akan membebankan pelajar tersebut atau lebih teruk lagi, keluarga mereka yang terpaksa berkorban untuk menampung anak di kawasan bandar.
“Tadi semasa mesyuarat jemaah menteri, saya telah bangkitkan beberapa isu yang akan dibincangkan pada satu sesi kabinet khas untuk anak muda saja.
“Salah satu daripadanya adalah isu program internship tidak berbayar yang dilihat tidak adil bagi pelajar terutamanya di kalangan golongan B40. Isu elaun kosong ini tidak adil bagi mereka yang terpaksa bergelut di bandar selama beberapa bulan,” kata beliau.
Perlu ke kerajaan mewajibkan semua sektor untuk membayar interns?
I agree & will fight for this in cabinet. pic.twitter.com/dp6qqDQF0Z
Di meja editorial REMAJA, kami menyambut baik usaha untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi isu seperti ini yang telah lama dipandang sepi seolah-olah para pelajar semuanya berasal dari golongan berada.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...