Tampil Ayu Berhijab, Reen Rahim Tuai Pujian Netizen & Doa Untuk Kekal Bertudung

Share

Muncul dalam sebuah video kempen kosmetik dan kecantikan tempatan, pelakon berkaliber, Reen Rahim mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun dan ayu mengenakan hijab.

Menerusi beberapa hantaran klip video yang dimuat naik di entri Instagram, pelakon filem Syif Malam Raya dilihat mengenakan tudung berona merah hati ketika sesi fotografi untuk produk kecantikan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Tampil Ayu Mengenakan Hijab Kembali, Mila Jirin Pula Syukur Akhirnya Dapat Bersua Muka

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Reen Rahim yang dilihat cantik dan ayu mengenakan hijab.

Selain itu, ada juga pengikutnya yang menitipkan doa buat pelakon berusia 34 tahun itu agar terus kekal istiqamah dalam berhijab.

“Insya-Allah kak Reen, pelan-pelan istiqamah. Suka gelagat gelak kak,” komen seorang warganet.

Sekadar informasi, pada Disember lalu, Reen selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Hazim, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Reen Rahim

IKLAN