Baru-baru ini, tular mengenai kisah anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam (51) yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Menurut Tam atau nama sebenar, Rustam Mustafah (51), beliau kecewa dengan pihak sekolah yang masih belum membuang enam pelajar pembuli terbabit walaupun sudah bersetuju untuk melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Tam berkata pihak sekolah membuat ‘u-turn’ apabila membenarkan pembuli itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama pada Ahad.
“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.”
Sumber: Tam Spider
“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” ujarnya lagi.
Tambahnya, walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan polis sudah bercakap mengenai masalah di sekolah itu, tetapi pihak sekolah masih tidak menemukan jalan penyelesaian. Selain itu, Tam juga difahamkan keluarga pembuli tidak tahu anak mereka ada masalah di sekolah.
Ads
Katanya, “mereka terkejut apabila anak-anak dikeluarkan dari asrama. Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini. Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.”
“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” kata penyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’ itu.
Ads
Sumber: Harian Metro
Tam turut menjelaskan, jika setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, itu perkara kecil kerana tidak membabitkan sentuhan atau memukul tetapi jika sudah sampai tahap memukul mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma atau lebih teruk jika kehilangan nyawa, adakah nyawa boleh dicari ganti soalnya.
“Anak saya dan Khir Rahman (pelakon) memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain. Memandangkan saya dan Khir selebriti, kami secara tak langsung mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami. Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,” katanya.
Ads
Tam percaya, enam pembuli ini pasti berdendam apabila perbuatan mereka dilaporkan kepada pelbagai pihak.
Susulan itu, Tam juga mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama buat masa ini sehingga ada perkembangan baru yang berlaku. Menurutnya lagi, beliau mengambil keputusan ini sehingga perjumpaan kedua ibu bapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.
Sumber: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, yang didakwa gagal membuat pembayaran kepada kontraktor berjumlah RM1 juta baru-baru ini, menjadi perhatian ramai.
Meskipun berhadapan dengan kontroversi tersebut, anak-anak menjadi sumber kekuatan bagi Vida untuk terus melangkah maju.
Menerusi perkongsian di TikTok, Vida dikatakan kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Selain itu, Cik B turut menitipkan doa buat ibu tercinta dengan harapan agar Vida diberikan kekuatan.
“Ya Allah kau tabahkan hati mama ku, kuatkan lah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
“Terima kasih mama sentiasa mendoakan kami berdua untuk berjaya dunia akhirat,” tulisnya.
Cik B juga berharap agar penyanyi lagu popular I Am Me itu sentiasa kuat menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam hidupnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B Salmon Skin HQ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mustahil bagi yang tidak mengenali aktor kacak seorang ini. Kita acap kali dipersembahkan oleh pelakon berbakat besar ini dengan watak romantik dalam sebuah naskhah tempatan.
Sudah lebih sedekad membanting tulang di persada seni, pastinya ada satu tanda aras buat si pemilik nama Aiman Hakim Ridza ini sebagai anak seni.
Ketika Remaja berkesempatan bertemu empat mata bersama suami kepada aktres jelita Zahirah Macwilson ini, dia seorang pelakon yang agak teliti dan selekitif dalam pemilihan tawaran lakonan yang akan diterimanya.
Kata Aiman Hakim, dirinya akan cuba mengelak daripada memainkan watak yang berakhir dengan kematian dan juga sebagai orang kurang upaya.
“Tidak kiralah watak itu Superman atau apa sekali pun, jika watak itu itu mati baik tak perlu.
“Selain itu memainkan karakter orang kurang upaya pun saya tidak suka juga,” katanya kepada Remaja.
Pelakon karya hit Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu bagaimanapun memaklumkan itu hanyalah pendapatnya sebagai aktor yang sama sekali berbeza dengan pelakon di luar sana.
“Ya, dua watak itulah yang saya akan cuba elakkan. Kerana kalau kita ulang banyak kali seperti membawa watak mati, bagi saya ia bukan satu perkara yang bagus.
“Namun bagi pelakon lain berbeza pula kan,” ujarnya lagi ketika ditemu bual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau dulu ramai yang merungut bila stuck dekat tol sebab kena beratur panjang, tambah pula bila tiba musim perayaan. Baru-baru ini, kerajaan telah melaksanaan pengunaan sistem RFID di plaza tol yang telah berkuatkuasa pada 15 Januari lalu.
Foto Via Berita Harian
RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak sejauh 27 meter dengan menggunakan scanner pada pintu plaza tol. Jarak respon imbasan pun lebih pantas iaitu sekitar 10 milisaat.
Cara pemasangannya pula, penggula hanya perlu memasang sticker pelekat yang mempunyai cip frekuensi radio khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahankan kereta.
Namun timbul pula masalah utama yang ditekankan adalah masalah pelekat tag RFID yang mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor plaza tol.
Mengambil serius perkara ini, PLUS mengeluarkan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Antara tindakan yang telah dilakukan adalah :
1. Tambah pasukan di plaza tol
PLUS telah menambah kakitangan untuk membantu para pengguna di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
2. Imbas tag RFID secara manual
Kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID sekiranya ada pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID. Andaikata tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
3. Percuma ganti pelekat tag RFID
Jika pelekat tag RFID pengguna masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian dijalankan, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag pelekat RFID secara percuma.
Tambah pihak PLUS lagi, sebanyak 10% pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.
Para pengguna dialu-alukan untuk memberikan sebarang maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS atau P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.
Selamat mencuba!
****
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Vocket
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.