Hiburan

Dominasi Pentas Grand Finale, Anggrek Dinobat Juara Talk To My Manager 2!

Share

Pentas Talk To My Manager musim kedua baru-baru ini menyaksikan pasangan Adira Suhaimi dan anaknya, Anggrek mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara program realiti berkenaan pada malam Grand Finale sekaligus meletakkan duo ibu dan anak tersebut sebagai pasangan terbaik selepas menempuh persaingan selama 10 minggu.

Menerusi kejayaan itu, pemilik nama sebenar Anggrek Adnan Abu bersama pengurus yang juga ibunya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi serta pelbagai ganjaran lain termasuk barangan kemas, pakej penginapan eksklusif dan peluang merakamkan single baharu.

“Saya dah menang! Terima kasih kepada semua yang sokong saya,” ucap Anggrek ringkas KETIKA menerima hadiah kemenangan sebagai juara pada Ahad.

Lebih membanggakan, kemenangan tersebut turut disertakan dengan tajaan pengurusan dan pemasaran daripada Rocketfuel Entertainment selain hadiah emas tajaan Payang Jewellery serta pakej penginapan daripada Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur yang menambah nilai kepada pencapaian mereka.

Di samping itu, tempat kedua pula menjadi milik pasangan Jamilulhayat dan Hussain yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta pelbagai hadiah iringan termasuk tajaan pemasaran, barangan kemas, pakej penginapan dan peluang menghasilkan lagu baharu.

Sementara itu, pasangan Datuk Seri Vida dan anaknya, Cik B berjaya menduduki tempat ketiga serta membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain. Mereka turut menerima pengiktirafan khas menerusi Anugerah Manager Paling Loud & Proud.

Bagi kedudukan keempat, pasangan Datuk A. Aida dan Azeva Natassha menerima wang tunai RM5,000 serta trofi, selain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Manager Paling I Don’t Care, I Want It, I Got It. Manakala, tempat kelima pula menjadi milik Safura dan Kim Khairii yang turut membawa pulang RM5,000 berserta trofi menerusi Anugerah Manager Paling Trust The Process.

BACA: Ramai Ragu-Ragu Pada Awalnya, Anggrek Kini Antara Peserta Paling Menyerlah TTMM2 -“Saya Ingatkan Dia Tak Dapat Bertahan”

Selain bergelar juara utama, Adira dan Anggrek turut menambah koleksi kemenangan apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Kasih Eskayvie yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000. Dalam masa sama, pasangan Jamilulhayat dan Hussain turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah Manager Paling Perform yang hadir bersama hadiah pelayaran dan wang tunai.

Untuk info, Grand Finale TTMM 2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi selaku hos utama, manakala Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai juri tetap. Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan kehadiran juri jemputan serta persembahan khas daripada beberapa penyanyi popular tanah air seperti Hafiz Suip, Datin Alyah, Aman Ra, MK K-Clique dan Aisha Retno.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE