Momen penuh emosi tercipta pada majlis graduasi sekolah rendah baru-baru ini apabila anak kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu, iaitu Talita Zahra, menyampaikan ucapan yang menyentuh hati ramai. Ucapan tersebut bukan sahaja membuatkan para hadirin sebak, malah turut membuat isteri Shuib, Watie Hanifiah, tidak mampu menahan air mata apabila penghargaan istimewa diberikan kepadanya.
Ucapan Graduasi Penuh Emosi Dari Talita Zahra
Dalam video yang tular di Instagram, Talita Zahra berdiri di atas pentas dengan yakin dan memulakan ucapannya dengan penuh sopan santun. Namun suasana bertukar pilu apabila dia mula menyebut tiga insan penting dalam hidupnya: daddy, ibu (Allahyarham Siti Sarah) dan mummy, iaitu Watie. “Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh.
Dalam ucapan tersebut, Talita turut menyentuh kerinduan mendalam terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 empat tahun lalu.
“Ibu, walaupun ibu tak berpeluang melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangi ibu,” ucapnya sambil menahan sebak.
“Mummy Ibu Sebenar Saya”, Penghargaan Menyentuh Hati Buat Watie Hanifiah
Bahagian paling menyentuh hati ialah ketika Talita Zahra meluahkan rasa sayang yang begitu tulus kepada Watie. Katanya,
Ads
“Untuk Mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy sebagai ibu tiri, saya melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.” Kata-kata itu membuatkan suasana dewan bertambah hening dan sarat emosi.
Watie dilihat mengesat air mata berkali-kali ketika mendengar ucapan itu. Menurutnya dalam kapsyen Instagram, tangisannya semakin kuat apabila mendengar Talita menyebut nama “mummy” dengan penuh kasih.
Dalam hantarannya, Watie berkongsi rasa syukur dan terharu atas penerimaan Talita terhadap dirinya sebagai sebahagian daripada kehidupan anak-anak Shuib. “Hujung-hujung video ini kamera bergoyang sebab mummy sudah mula menitik air mata. Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di hati awak,” tulisnya.
Ads
Watie turut mendoakan agar Talita terus mencapai kejayaan dan menjadi kebanggaan keluarga. Hubungan baik mereka selama ini sering menjadi perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai contoh keluarga tiri moden yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Netizen Puji Hubungan Erat Talita Zahra dan Watie
Di ruangan komen, netizen menzahirkan rasa kagum terhadap hubungan rapat antara Talita dan Watie. Ada yang menyatakan bahawa kasih sayang tidak memerlukan pertalian darah untuk terbina, dan apa yang ditunjukkan oleh keluarga tersebut menjadi inspirasi kepada ramai.
Ramai juga memuji keberanian Talita Zahra yang mampu melafazkan penghargaan secara terbuka, serta memuji Watie atas kesungguhannya menyayangi keempat-empat anak Shuib tanpa membezakan mereka.
Ads
Sedikit Latar Belakang Keluarga Shuib
Sebagai info tambahan, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah: Uwais Alqarni, 14; Dzahira Talita Zahra, 12; Ariq Matin, 9; dan Ayash Affan, 4. Mereka kini membina keluarga bahagia yang sering mendapat perhatian kerana keharmonian dan hubungan baik antara semua ahli keluarga.
Momen graduasi yang dikongsikan ini sekali lagi membuktikan bahawa kasih sayang yang tulus mampu mengikat hati-hati yang datang dari perjalanan hidup berbeza. Kejujuran Talita Zahra dan kasih Watie benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana.
SUMBER : Insragram Watie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Mimi Fly baru-baru ini meraih pujian warga internet dan peminatnya apabila dilihat berani menerima teguran susulan pelbagai reaksi yang diterima selepas pelancaran muzik video lagu raya berjudul ‘Serumpun’ pada 14 Mac lalu.
Menurut sebuah perkongsian di media sosial, muzik video yang telah dimuat naik sebelum ini sudah diletakkan dalam mod privasi selepas Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina binti Norisham (39) menerima kritikan negatif terhadap penampilan pakaiannya dalam keadaan berkemban dalam video lagu tersebut.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Angkat’ itu tampil membuat permohonan maaf dan meminta maaf dan menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka serta menyatakan bahawa beliau tiada niat untuk mencipta sebarang kontroversi.
Teguran yang diberikan terhadap Mimi Fly oleh Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini (Kredit: The Merdeka Times)
Dalam pada itu, beberapa warga internet di aplikasi X turut memuji tindakan Mimi kerana berani menerima teguran yang diberikan.
“Dia delete ke atau private itu tanda yang baik untuk dia. Dia masih ada kesedaran akan penerimaan teguran sesama muslim. Bagus sebenarnya tu,” kata @arfabdim.
“Dia delete sebab nak remake mv baru. Mimi bagus sangat sebab boleh terima teguran terus improve. Maybe new version ni akan pakai baju raya, sayang kalau tak remake sebab lagu dah sedap cuma busana & tarian tak berapa elok,” ujar @paosjk.
“Baguslah takedown, rasa ada iman lagi, Masih ada kehormatan diri, masih ada tanggungjawab, bravo. Semoga maju jaya, kecaman yang membina sedikit pun tidak menjatuhkan seseorang jika mereka faham Islam itu lebih tinggi daripada segalanya,” tulis pengguna @HadyTheGreat.
Kredit: Mimi FlyKredit: Mimi Fly
Sementara itu, pakaian yang diperagakan oleh Mimi dalam rakaman muzik video berkenaan difahamkan mendapat inspirasi daripada busana klasik Melayu, Jawa serta etnik Thai dalam sebagai simbol kepelbagaian budaya yang turut meraikan Aidilfitri walaupun berbeza negara.
Sekadar info, berita baik buat peminat Mimi Fly, video lagu ‘Serumpun’ sudah pun dimuat naik semula dalam versi terbaru pada 19 Mac, tepat jam 11.11 sebentar tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lebih kurang setahun kami tidak menganjurkan peraduan #wayangremaja akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Nah, berita baik buat followers majalah Remaja, peraduan tonton filem bersama kami telah pun diadakan semula dengan peraturan SOP yang perlu dipatuhi.
Cuma bezanya sekarang, pemenang perlu mengambil tiket wayang sendiri di pejabat majalah Remaja, Seksyen 15 Shah Alam dan tiada kaunter akan dibuka di pawagam seperti dahulu. Ini adalah inisiatif kami dan pihak penganjur bagi mengurangkan pergerakan fizikal di tempat awam.
Remaja ingin mengajak korang menonton filem Promising Young Woman yang mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Cassie digelar sebagai promising young woman.
Dia merupakan pelajar perubatan yang tidak menghabiskan pelajarannya dan tinggal bersama ibu bapanya. Cassie bekerja di sebuah café dan mempunyai seorang bos yang bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, kehidupannnya tidak seperti yang dibayangkannya, wanita ini mempunyai kehidupan ‘lain’ di malam hari. Dia ingin membalas dendam terhadap individu yang pernah merosakkan kehidupannya.
Namun, tanpa dijangka ada sesuatu yang berlaku dan bakal memberinya peluang untuk memperbaiki masa lalunya.
Dibintangi oleh Carey Mulligan, Bo Burnham, Alison Brie, Clancy Brown, Jennifer Coolidge, Connie Britton, Laverne Cox, filem yang menerima lima pencalonan daripada Academy Award ini akan ditayangkan pada 15 April 2021 di seluruh pawagam tanah air.
Remaja nak beri peluang kepada korang untuk memenangi dua tiket ke tayangan perdana Promising Young Woman yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Tarikh: 13 April 2021 Masa: 8.45 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Hanya jawab soalan mudah berikut:
Pemenang akan diberitahu melalui DM di Instagram. Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan pengantin baharu, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah pun tiba di Los Angeles bagi menikmati percutian bulan madu mereka. Keberangkatan mereka ke sana mendapat perhatian ramai dan setiap gerak-geri pasangan ini berjaya dirakam lensa kamera.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWS
Malah, ketibaan pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 12 April mendapat perhatian peminatnya di sana. Selepas penerbangan yang panjang, pasangan itu muncul di LAX dan bertemu dengan peminat yang sudah berkumpul di lapangan terbang untuk mengalu-alukan kehadiran mereka.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWS
Para peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka dan pasangan ini menyambut peminat dengan senyuman di wajah.
Hyun Bin dan Son Ye Jin dilihat membawa peralatan golf dan dijangka pasangan bakal bermain golf sebagai salah satu antara aktiviti mereka di sana.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWSFoto: Allkpop via SPOTVNEWS
Susah betul jadi selebriti popular, pergi mana-mana pun ada sahaja mata yang memandang. Hiks!
Sama-sama kita nantikan lebih banyak foto bulan madu yang dikongsi oleh pasangan romantis ini nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.