#TAKZIAH : Pemergian Shebby Singh Disahkan Wakil FAM

Share

 

Satu perkhabaran dukacita buat kem sukan negara pada malam ini setelah bekas bintang bola sepak Malaysia, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh dilaporkan telah meninggal dunia.

Pemergian beliau pada usia 61 tahun telahpun disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Mohd Yusoff Mahadi.

Namun, punca kematian dan butiran lanjut mengenai pemergian beliau masih belum dimaklumkan buat masa ini.

Terdahulu, beberapa foto di media sosial dan menerusi aplikasi penghantaran mesej seperti WhatsApp dan Telegram menjadi tular sejak petang tadi mengenai perkhabaran ini. Khabarnya, Shebby meninggal dunia semasa sedang berbasikal pada sebelah petang di Johor.

Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang terkesan dengan pemergian beliau yang terkenal sebagai ‘pundit’ dunia sukan bola sepak Malaysia.

Ucapan takziah hadir daripada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang berbunyi, “Seorang pemain bola sepak, jurulatif dan jurutelevisyen yang berbakat.

“Hari ini, kita telah kehilangan salah seorang personaliti paling berharga Malaysia yang telah memberikan seluruh hidup beliau kepada industri bola sepak. Anda akan sentiasa dirindui,” catat beliau dalam ciapannya di Twitter sebentar tadi.

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’azim atau JDT, kelab bola sepak Sarawak akaun  @AtletMalaysia juga menjadi di antara akaun Twitter terpantas yang memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga serta kenalan mendiang Shebby Singh.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN