Siapa je yang tak mengenali Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman.
Sebagai salah seorang pengacara terunggul yang pernah mencipta nama di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, beliau telah melalui pelbagai jenis pengalaman sepanjang hayat.
Pada usia 61 tahun, beliau telah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi selepas selesai menunaikan solat Subuh oleh adik beliau, Ida Lokman ketika dihubungi oleh rakan media di Astro AWANI. Beliau sedang berada di Kota Kinablu atas urusan kerja ketika menghembuskan nafas terakhir.
Sudah tentu, ramai yang terkesan dengan berita tersebut kerana Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman pernah mencipta sejarah apabila terpilih untuk mengacarakan pelbagai jenis acara besar sebelum ini.
REMAJA ingin mengimbas semula 5 acara paling diingati yang menampilkan beliau sebagai pengacara.
01
Perarakan Citrawarna
Ads
Mesti korang pernah menonton perarakan Citrawarna yang dilakukan pada setiap tahun kan. Sebagai program promosi pelancongan Malaysia yang menampilkan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian masyarakat Malaysia, ia menjadi tumpuan semua orang termasuklah pelancong asing.
Siapa lagi yang lebih layak untuk mengacarakan Citrawarna selain daripada Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang fasih bercakap dalam beberapa jenis bahasa/
02
Acara Pelancongan Di Luar Negara
Bukan je fasih berbahasa Mandarin dan Tamil, beliau juga mahir berbahasa Sepanyol, Itali, Portugis, Yunani (Greek) dan Jepun. Disebabkan faktor tersebut, beliau adalah pengacara tempatan yang sering terpilih untuk mengendalikan acara Pelancongan dan Misi Pemasaran kerajaan di negara asing seperti UK, Jerman, Itali, Australia, Thailand, New Zealand dan banyak lagi.
03
Pelancaran Misi Angkasawan Malaysia di Rusia & Kazakhstan
Ads
Korang mesti ingat lagi misi menghantara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007. Misi 10 hari itu sekali gus mencatatkan sejarah baru Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
Sepanjang misi tersebut, beberapa siaran langsung yang dibawakan khas diacarakan oleh Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman. Sebelum itu, ketika misi itu dilancarkan, ia juga dikendalikan oleh beliau.
04
Pertandingan Miss Tourism International (MTI)
Selama 19 tahun berturut-turut, Allahyarham dijemput untuk mengacarakan salah satu pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa iaitu Miss Tourism International. Sebagai pengacara, delegasi peserta dari 60 ke 70 buah negara akan bertanding untuk memenangi gelaran tersebut.
Ads
05
Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa
Setiap kali pertandingan tahunan ini diadakan, suara dan wajah Allahyarham Mahadzir Lokman juga yang akan terpilih untuk mengendalikannya. Diadakan di Kuala Lumpur, beliau selalunya akan bertanggungjawab untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
06
Konsert Siti Nurhaliza Live di Royal Albert Hall, London
Konsert solo Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah sempena ulang tahun kesepuluh pembabitan beliau di dalam industri muzik Malaysia. Ia juga adalah konsert antarabangsa Siti yang ketiga selepas di Jepun dan Indonesia.
Digubah sepenuhnya oleh saudara Roslan Aziz, Siti juga menjemput Mahadzir Lokman sebagai pengacara utama ketika acara sidang media dan semasa konsert berlangsung. Hasil daripada konsert tersebut, Siti telah memperolehi anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) dan termasuk dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis Malaysia pertama yang membuat persembahan solo di Royal Albert Hall, London.
* * * * *
Para media difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang ini selepas semua pengurusan diselesaikan oleh ahli keluarga beliau.
Al – Fatihah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini harga pasaran bagi pelitup muka agak terlalu tinggi, kini harga maksimum face mask tiga lapis jenis pembedahan dan perubatan di peringkat borong dan runcit akan diturunkan kepada 70 sen daripada RM1 sekeping.
Harga baru ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan akan berkuat kuasa mulai awal bulan hadapan.
Bagi harga maksimum peringkat borong, ia akan diturunkan daripada 95 sen kepada 65 sen seunit, manakala di peringkat runcit membabitkan penurunan daripada RM1 kepada 70 sen.
Kredit foto: millstonenews.com
KPDNHEP membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama penggunaan pelitup muka secara berterusan.
Selain itu, harga borong pelitup muka satu lapis jenis sama yang mempunyai gelung telinga dijual 5 sen dan 7 sen di peringkat runcit. Bagi pelitup muka dua lapis jenis sama, katanya ia dijual 16 sen di peringkat borong, manakala 20 sen di peringkat runcit.
Bagi memastikan bekalan mencukupi dan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan, pihak KPDNHEP sentiasa akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di semua premis perniagaan serta kedai dalam talian.
Berdasarkan operasi dijalankan, beliau mendapati pematuhan yang sangat memuaskan di mana hampir semua peniaga menjual pelitup muka sama ada pada paras harga maksimum RM1 seunit atau lebih rendah daripada itu.
Baguslah jika ramai peniaga yang tidak mengambil kesempatan menjual pelitup muka dengan harga yang mahal. Kita semua sedia maklum dengan kehidupan norma baharu sekarang, masyarakat diwajibkan untuk memakai pelitup muka bagi mencegah virus daripada menular. Bukan semuanya berkemampuan dan diharap agar usaha ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban ramai pihak.
Tapi, kami tidak sangkalah pula bahawa esok juga menandakan hari permulaan bagi Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh di negara kita. Dalam tempoh ini, empat hingga enam kejadian hujan lebat dijangka akan berlaku.
Semasa fasa awal Monsur Timur Laut iaitu dari November hingga Disember 2020, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala mulai Januari 2021 pula, fasa hujan lebat akan lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Selain itu, tiupan angin kencang secara berterusan dari Timur Laut akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
COVID-19 lebih mudah merebak di musim sejuk
Sekiranya kawasan korang berdepan dengan kejadian banjir dan terpaksa menetap di pusat penempatan sementara seperti sekolah atau dewan orang ramai, pastikan korang masih menjaga jarak fizikal. Dalam keadaan cuaca tidak menentu, risiko jangkitan Covid-19 lebih mudah berlaku.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan wabak Covid-19 ini telah memasuki tahap yang membimbangkan pada akhir tahun ini.
Jelasnya, ketika hemisfera utara dilanda musim sejuk, semakin banyak kes yang dicatatkan terutamanya di Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, bantuan dan perhubungan keselamatan dan kesihatan juga semakin sukar untuk dicapai dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Take care semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata sekarang orang sibuk bercakap tentang drama siri Korea terbaru di penstriman digital Netflix, All Of Us Are Dead. Sehingga drama ini mencatat tangga pertama ranking global selepas sehari tayangan tau.
Hebat tak?
Kalau korang dah tonton drama bersiri ini mesti korang ‘geram’ dengan watak Yoon Gwi Nam ni. Watak seorang pembuli tegar di sekolah dalam drama bersiri All of Us Are Dead ini.
Punya lah kebal pembuli ini sampai selepas dibaham zombi, beliau tidak bertukar menjadi zombi yang ganas malah dia menjadi seperti manusia biasa dengan kekuatan luar biasa dan paling liat nak mati. Dua, tiga kali jatuh dari tempat tinggi, kena tikam pun tak mati.
Yoo-In-Soo salah seorang pelakon dan model Korea Selatan yang semakin meningkat nama dalam bidang seni ini. Walaupun watak yang dibawanya sangat menjengkelkan namun dengan kepakaran membawa watak membuatkan pelakon yang berusia 24 tahun ini mendapat pujian ramai. Dia memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak tahun 2017 lagi.
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
Ini sedikit sebanyak biodata Yoo-In-Soo
Nama sebenar: Yoo In Soo Nama panggilan: Yu in Su, Yu In Soo, Yoo In Su Negara: Korea Selatan Tarikh Lahir: 25 Mac 1998
Walaupun namanya jarang kita dengari, namun ini bukanlah drama bersiri All of Us Are Dead ini bukan drama pertama dia memegang watak sebagai pembuli kerana dalam drama bersiri Sweet Revenge, dia memegang watak sebagai ahli kumpulan yang suka membuli rakan sekolah juga.
Drama dan filem yang pernah dibawanya selain All of Us Are Dead (2022), At A Distance, Spring is Green (2021), Stranger 2 (2020), Chocolate (2019-2020), Love Alarm (2019), At Eighteen (2019), Mama Fairy and the Woodcutter (2018), ID: Gangnam Beauty (2018), Life (2018), Sweet Revenge (2017), Avengers Social Club (2017), School 2017 (2017), While You Were Sleeping (2017) dan Strong Woman Do Bong-Soon (2017).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...