Berita

“Tak Wajar Salahkan Menteri Pendidikan.. Budak Sekarang Lagi Pandai Cari Bahan” -Azhar Sulaiman

Share

Pelakon dan personaliti media sosial, Azhar Sulaiman tampil memberikan pandangannya mengenai desakan segelintir pihak agar Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek meletakkan jawatan susulan insiden yang berlaku di sekolah baru-baru ini.

Menurut Azhar, desakan tersebut tidak wajar memandangkan punca sebenar isu itu bukanlah berpunca daripada pihak kementerian atau sekolah, sebaliknya melibatkan

akses pelajar terhadap gajet dan internet.

“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, KPM, sekolah, atau jabatan pelajaran negeri dan daerah.

“Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita,” katanya.

Aktor berusia 54 tahun itu turut menjelaskan bahawa kanak-kanak zaman sekarang semakin bijak mencari bahan terlarang secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai peranti elektronik.

“Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa.

“Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita,” jelasnya berseloroh.

Dalam masa sama, Azhar turut membandingkan sistem kawalan digital di Malaysia dengan negara jiran, Singapura, yang disifatkan lebih ketat dan berkesan.

“Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath