Pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang pernah menjadi bualan hangat serata dunia sebelum ini, sekali lagi menzahirkan rasa kurang senang ramai apabila dia memperlekeh Malaysia dalam kenyataan terbaharunya susulan tindakan biadap kumpulan muzik dari British, The 1975 baru-baru ini.
Menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya, Jocelyn mengalu-alukan band berkenaan yang kini memasuki senarai sebagai orang yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti yang dikenakan padanya.
Tidak cukup dengan itu, pelawak itu turut mempersoal mengapa The 1975 tidak dikesan oleh polis antarabangsa (Interpol) iaitu tindakan yang sama dibuat pihak berkuasa Malaysia ke atas dirinya, sebelum ini.
Ads
“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Bagaimanapun, mana arahan supaya dia ditahan dan INTERPOL digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?
“Adakah Malaysia telah melonggarkan (undang-undang sedia ada)… atau apa sebenarnya…,” ciapnya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Ads
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
Ads
Pada Jun lalu, Jocelyn dikecam pelbagai pihak kerana menjadikan kes kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 sebagai modal dalam persembahan komedinya di AS.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap kali tiba sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, pastinya korang tahu ia sinonim dengan acara kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan di Istana Negara
Sempena Tarikh istimewa itu pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berkenan untuk mengurniakannya kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.
Senarai penerima itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
*
Menariknya, ketika tiba giliran Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod ke hadapan dan menaiki singgahsana, Tuanku telah bertindak spontan dan menuruni tangga singgahsana.
Ini kerana kondisi Abd Latif yang sukar untuk naik kerana berjalan dengan bantuan tongkat.
Ketika ditemui selepas istiadat pengurniaan tamat, beliau merasa terharu dan dihargai dengan tindakan Tuanku itu.
“Saya juga terperanjat. Tuanku beri signal (agar saya) jangan naik dan bertitah, “Tidak apa saya turun.”
#onenews Tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong menuruni singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod menarik perhatian netizen. pic.twitter.com/PUQfYn9zoR
“Tuanku juga sempat bertanya “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke.” Saya menjawab boleh berjalan tetapi tak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh sewaktu bekerja dulu,” kongsi beliau lagi.
Tindakan Tuanku itu juga dilihat netizen sebagai satu bentuk penghargaan seorang raya berhati mulia dan prihatin kepada rakyat yang berusaha berbakti kepada negara.
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka kegembiraan di taman tema menjadi tragedi apabila sebuah kematian dilaporkan gara-gara terjatuh daripada permainan roller coaster. Ya, perkara ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kes yang melibatkan permainan taman tema ini.
Tidak tahu mana silapnya, bagaimana pemain boleh terjatuh dari ketinggian yang tinggi.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia secara tragis apabila terjatuh ketika sedang menaiki roller coaster di Klotti Wildlife dan Leisure park di Klotten, Jerman. Menurut laporan, polis sedang menyiasat punca tragedi malang itu sama ada kematian itu adalah akibat daripada kesalahan pihak ketiga.
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 57 dipercayai tergelincir dari tempat duduknya ketika roller coaster itu mengelilingi selekoh sebelum terjatuh dari trek ke bawah. Kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian menghalang tindak balas dari pasukan perubatan.
The Klotti Wildlife and Leisure park (Foto: The Mirror)
Trek laluan roller coaster itu diperiksa Germany’s Technical Inspection Association (Technischer Uberwachungsverein atau TUV) untuk penilaian aspek keselamatan. Tiada kecurigaan awal terhadap kelakuan jenayah menurut pendakwa raya.
Selepas ditutup selama tiga hari, taman tema itu dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Trek laluan roller coaster di mana mangsa terjatuh juga diluluskan untuk dibuka semula, namun pegawai taman dilaporkan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai bermain permainan itu buat sementara waktu.
Memang seram kalau dengar berita kemalangan seperti ini. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yang memang tidak akan bermain roller coaster ketika di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laman sosial YouTube telah membuang 8 juta video dari Oktober hingga Disember 2017 yang lalu. 6.7 juta darinya langsung tidak pernah ditonton oleh orang awam.
Kata Google dalam satu laporannya, video yang dibuang adalah bagi melindungi kepentingan syarikat yang merupakan pengendali video terbesar dunia. Masa yang sama, tindakan ini diambil demi menjaga kepentingan awam.
Jelas mereka lagi, 15.6 peratus dari video yang dibuang adalah video mengajak kebencian baik kepada manusia dan negara. 30 peratus darinya mengandungi unsur porno, 26.4 peratus video memaparkan unsur kesesatan, 7.6 peratus memaparkan aksi berbahaya, 5.2 peratus kandungan memukul anak dan 1.6 peratus adalah terorisme.
Untuk pengetahuan, tindakan ini diambil adalah demi menjaga keamaman sejagat kerana jumlah penonton d YouTube adalah 1 bilion orang selain 1 juta video ditonton setiap hari.
Secara jujurnya, dari atas kertas tindakan untuk mengawal semua kandungan video adalah sukar tetapi Google telah berjanji akan menggajikan seramai 10 ribu pekerja yang akan ditugaskan untuk fokus kepada isi kandungan yang melanggar peraturan ini.
YouTube ketika ini menjadi aset besar dan penyumbang besar bagi Alphabet malah untuk suku tahun pertama ini, mereka sudah mencatat keuntungan sebanyak USD 9.4 juta yang mana berlaku peningkatan keuntungan dari tahun sebelumnya iaitu USD 5.4 juta bagi kiraan suku tahun pertama tahun lalu.
Sebelum ini, YouTube kerap dikecam kerana mereka dianggap tidak serius dalam menangani isi kandungan video yang dipaparkan. Malah banyak video-videonya mengandungi unsur keganasan dan mengajak penonton terlibat dalam acara jenayah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!