Pasangan Anda Bipolar Seperti Hubungan #KimYe? Pensyarah Taylor’s University Ini Berikan Tip

Share

 

Minggu lalu, personaliti realiti TV, usahawan dan sosialit popular Kim Kardashian yang telah secara rasminya kembali bergelar ‘bujang’ telah memenuhi tajuk utama berita hiburan di seluruh dunia.

Kisah penceraian Kim dengan bekas suaminya, Kanye West (atau Ye) yang mana berkongsi empat orang cahaya mata bersamanya telah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. REMAJA juga pernah melaporkan mengenai perasaan berbelah bahagi yang dirasai Kim; sama ada untuk terus bersama Ye atau meninggalkannya melalui perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN : 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian – Kanye West Bercerai – REMAJA

Pasangan #KimYe bersama anak-anak mereka; North, Chicago, Saint & Psalm.

Apa yang kita ketahui adalah; Kanye telah menuduh Kim menculik anak-anaknya atau menghalangnya berjumpa dengan mereka, mengkritik hubungan Kim dengan teman lelakinya, Pete Davidson, mempersoalkan kemahiran keibu-bapaannya, menghina Pete berulang kali di media sosial dan meminta pengikutnya menjerit kepada Pete untuk pihaknya.

Menerusi klip terbaru Kanye berjudul Eazy, ia menggambarkan ilustrasi mirip Pete Davidson yang diikat dan ditanam di dalam tanah berpasir.

Bukan setakat itu, pada sambutan Hari Kekasih Februari lalu, Kanye percaya bahawa dia sedang berjuang untuk keluarganya dan Tuhan akan mempertemukan dia dan Kim kembali.

ARTIKEL BERKAITAN : Kanye Diserang Simptom ‘Ex Tak Boleh Move On’? Hantar Setrak Bunga Pada Kim Kardashian – REMAJA

Tingkah laku ini tentunya berkait rapat dengan gangguan bipolar yang dialami Kanye. Rapper itu sendiri pernah bersikap jujur dan mengakui dia telah berhenti mengambil ubat-ubatannya.

Selama ini, Kim dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai isu ini di media sosial sehinggakan ada yang berprasangka dia dan Kanye baik-baik sahaja dan ingin kembali menyatu sebagai suami isteri. Namun apabila Kim baru-baru ini menyuarakan bahawa “amat sukar” untuk dia dan Kanye berbincang mengenai hal penjagaan anak, nampaknya personaliti itu sedang berdepan kesukaran.

Seorang pensyarah jurusan psikologi di Taylor’s University, Pang Chia Yee, juga merupakan pakar dalam psikologi bidang seks dan perhubungan telah cuba merungkai perasaan sebenar Kim apabila berdepan dengan bekas pasangan bipolar seperti Kanye.

 

Bagaimana seseorang boleh mengenal pasti pasangannya merupakan penghidap bipolar disorder?  

Bipolar disorder adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari simpotom ringan hingga teruk. Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem seperti daripada kegembiraan melampau (atau mania) kepada rasa sedih melampau (atau kemurungan)

Beberapa gejala yang mungkin perlu diperhatikan ialah:

  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah
  • Perbelanjaan impulsif
  • Perubahan emosi yang kerap

 

Adakah perkara yang Kanye lakukan kepada Kim dan Pete sekarang adalah simptom bipolar, atau adakah orang salah anggap?

Berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial, ia menunjukkan gejala bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan sewenang-wenangnya kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui orang luar.

 

Apa yang menyebabkan kondisi bipolar?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan bipolar seperti tekanan persekitaran, genetik (anda mungkin menemui ahli keluarga yang pernah mengalami gangguan ini dalam sejarah keluarga anda), ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak.

Contoh pencetus bipolar adalah tekanan emosi, kurang rehat atau tidur, keretakan dalam perhubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca (musim sejuk lebih cenderung menyebabkan kesedihan terutamanya jika dia tinggal seorangan diri), kehamilan (disebabkan perubahan hormon), kehilangan pekerjaan, apa-apa jenis kehilangan dalam hidup, masalah kewangan dan faktor persekitaran (seperti pandemik COVID-19).

 

Jika bekas pasangan yang mengalami penyakit bipolar mula menunjukkan pertindakan ganas terhadap kita, apakah yang perlu kita lakukan?

Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda mesti diutamakan. Jika bekas pasangan anda yang mengalami penyakit gangguan bipolar mula menjadi agresif secara fizikal atau lisan kepada anda, anda perlu memaklumkan pihak berkuasa (pegawai polis), keluarga anda dan jiran. Dapatkan bantuan profesional.

 

Katakan Kim ingin mendapatkan nasihat, apakah tip/langkah yang anda akan suruh dia lakukan?

Pertama sekali, saya akan memastikan dirinya tenang.

Saya tidak pasti tentang hubungannya sekarang dengan Kanye, tetapi semoga dia boleh terus menjadi kawannya. Pada ketika ini, nampaknya tidak kiralah apa saja yang dilakukan oleh Kim; ia tidak akan disenangi ole Kanye.

Sebb itulah mengambil tangkapan skrin (screen shot) mesej-mesej mereka dan mendedahkannya di media sosial. Pada pandangan saya, adalah lebih baik Kim terus mendiamkan diri mengenai isu ini di media sosial kerana apa saja yang diperkatakan olehnya akan disalah anggap oleh orang ramai. Mereka akan sentiasa mentafsir makna mereka sendiri, dan membuat andaian mereka sendiri.

Saya akan menilai keadaan semasa hubungan mereka dan bukan menilai daripada apa yang dilihat di media sosial. Adalah penting untuk mengambil berat tentang pandangan dan perasaan Kim terhadap Kanye sebagai seorang insan atau sebagai bapa kepada anak-anaknya.

 

Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu yang mempunyai gangguan bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?

 

Kenal pasti isu sebenar mereka dan semoga mereka akan jujur dan terbuka untuk berkongsi suka-duka mereka.

Ia juga membantu untuk:

  • Menggalakkan pasangan anda untuk mendapatkan bantuan profesional.
  • Terima dan fahami had anda sendiri.
  • Bersabar.
  • Berusaha untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang gangguan/kesukarannya.

Besar kemungkinan individu itu merasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara memujuk si dia adalah dengan menunjukkan betapa bermakna terapi ini kepada perhubungan anda berdua.

BACA LAGI : Gaya 7 Selebriti Di Paris Fashion Week Dari Kim Kardashian Hingga Jisoo – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN