Kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun ini menghadirkan kegembiraan berganda buat pelakon dan model, Anzalna Nasir.
Bukan hanya dua orang putera ciliknya semakin membesar dan memahami tuntutan kerjaya Anzalna serta suaminya, Hanif Zaki lalu memudahkan urusan mereka berdua untuk ‘melepaskan’ mereka buat seketika waktu sewaktu menjalankan tugasan.
Anzalna, 35 ketika ditemui REMAJA baru-baru ini juga mengakui rasa gembiranya ketika menyambut Ramadan tahun ini hadir daripada projek pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan sejak kebelakangan ini.
Mengambil kebesaran bulan Ramadan tahun ini, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini segera memasang niat untuk meneruskan ikhlasnya itu.
Anzalna Nasir.
“Setiap tahun memang ada. Iyalah, kita kalau bulan puasa hendak buat lebih (amal jariah). Masih dalam perancangan (tetapi) sudah ada beberapa tempat yang kita sudah bincangkan untuk beri bantuan.
“Dalam masa yang sama, sebagai wajah Isetan tahun ini, Anzalna mungkin akan dapatkan baju raya untuk diberikan kepada anak-anak yatim. InsyaAllah. Itulah perancangannya buat masa sekarang.”
“Sebenarnya niat saya untuk berkongsi bukanlah untuk tunjuk baik.
Ads
“Tetapi kadang-kadang bila saya kongsi, ia sebenarnya dapat menolong lagi seseorang itu. Ada juga masanya saya tidak terasa ingin kongsi.”
“Bagi saya, tidak semua perkara kita perlu kongsi di media sosial tapi kalau saya rasa dengan pertolongan ini boleh membantu kehidupan seseorang, why not?”
“Kita beri ikut kemampuan. Dengan pertolongan lebih ramai pihak, lagi lebih mereka dapat,” ulasnya yang cantik mengenakan persalinan baju kurung moden daripada koleksi Flora Nostalgia Raya 2023 daripada Isetan.
Insiden Ditipu Tak Patah Semangat
Terdahulu pada bulan Februari 2023, Anzalna pernah berkongsi mengenai bantuannya terhadap seorang bapa tunggal anak satu. Menerusi hantaran video di Instagram, Anzalna dilihat membeli-belah barang keperluan bayi kepada lelaki itu di sebuah gedung produk bayi di ibu negara.
Ads
Anzalna juga memohon agar orang ramai untuk menyertakan nama-nama akaun Instagram milik keluarga yang memerlukan barangan bayi agar memudahkan pihaknya membantu lebih banyak keluarga dengan anak kecil.
“Sejak ada anak-anak, bila membeli barang keperluan hingga mencecah ribuan Ringgit; terus saya terfikir bagaimana jika seseorang tidak berduit? Sekarang semua barangan mahal dengan susu dan lampinnya lagi. Jadi, bila kita sendiri berbelanja automatik terfikir (keperluan) orang lain juga. Bila jadi ibu ini, emosi lebih cepat tersentuh.
Niat baik Anzalna ini walau bagaimanapun pernah disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menipunya. Golongan scammer ini kongsi beliau bukanlah daripada keluarga memerlukan dan sekadar ingin mengambil peluang mendapatkan barangan secara percuma.
“Anzalna pernah kena tipu juga dengan scammer.
Ads
“Niat saya untuk menolong tetapi itulah, itu antara dia dengan Tuhan.”
“Cuma sekarang ini (demi mengelak daripada ditipu lagi), saya akan rajinkan diri untuk berjumpa sendiri dengan pihak yang memerlukan bantuan dan tahu kehidupannya bagaimana,” katanya.
Moga-moga keikhlasan Anzalna Nasir dan pasukannya ini dipermudahkan agar lebih banyak nasib insan yang terbela terutamanya dalam musim perayaan kelak.
FOTO: Ihsan ISETAN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Phewwww, akhirnya sesi uji bakat Pencarian DEWI REMAJA 2018/19 yang berlangsung selama 4 hari di Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah selesai.
Sepanjang 4 hari iaitu pada 29 dan 30 September serta 6 dan 7 Oktober yang lalu menyaksikan kehadiran yang cukup memberangsangkan daripada gadis-gadis seluruh negara yang ingin berkongsi bakat mereka bersama kami.
Jutaan terima kasih diucapkan buat penaja lokasi, Hotel Premiera yang telah memberikan kerjasama cukup baik kepada kami sepanjang sesi uji bakat ini.
Seperti yang kami jangkakan terdapat ramai bakat-bakat baru yang telah hadir sehingga membuatkan juri-juri juga cukup pening untuk memilih siapakah yang bakal menjadi Finalis DEWI REMAJA 2018/19. Jom ikuti 10 perkara dan fakta menarik yang berlaku sepanjang sesi uji bakat ini!
Pertandingan DEWI REMAJA cukup sinonim di kalangan bakat-bakat baru sebagai antara platform terbaik untuk mereka menceburkan dalam bidang seni. Pada ujibakat kali ini, REMAJA telah menyaksikan kemunculan beberapa orang artis yang ingin turut serta. Antara yang hadir ialah Neera Azizi, Didi Astillah dan penyanyi, Sissy Iman. Mereka menganggap inilah anatra platform untuk mereka terokai satu sisi baru dalam karier mereka. All the best girls!
Mungkin dalam edisi DEWI REMAJA sebelum ini istilah ‘Instafamous’ masih lagi belum popular. Namun dengan populariti laman media sosial Instagram kini semakin ramai gadis-gadis cantik dan berbakat mencipta nama sendiri menerusi perkongsian foto, video serta sedikit latar bekalang hidup mereka di situ. Kali ini beberapa orang Instafamous telah berjaya menangkap perhatian kami seperti Ayramessi, Pyka Rahman, Ariesya Farha dan Sharifah Eleen.
Pelbagai Negeri
Walaupun sesi uji bakat ini diadakan di ibu negara namun ia tidak menghalang ramai bakat-bakat baru yang menanam cita-cita tinggi untuk datang dan mencuba nasib. Ada peserta yang datang dari Kedah, Johor, Pulau Pinang dan paling jauh sekali ialah dari Sabah. Sesekali terdengar perbualan dalam loghat masing-masing membuatkan kami berasa cukup terharu. Kami di REMAJA berasa cukup terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada korang semua.
Bukan sahaja bakat-bakat baru yang mencuba nasib pada kali ini malah ada peserta yang berpengalaman menyertai pertandingan lain juga turut serta. Masing-masing percaya bahawa inilah platform untuk mereka kembangkan lagi bakat serta potensi mereka.
Dalam kesemua peserta yang hadir terdapat seorang peserta yang sangat menarik perhatian kami. Affie Rania merupakan anak kepada Che Puan Mimi Wahedah, pemenang tempat ke-3 DEWI REMAJA edisi kedua iaitu pada tahun 1987/88. Adakah Affie Rania bakal mengikuti jejak ibunya dalam pertandingan ini? Sama-sama kita nantikan!
Selain kemunculan artis, Instafamous dan anak selebriti perserta yang memiliki wajah seiras dengan artis popular juga menarik perhatian ramai. Walaupun ia bukanlah tiket untuk mereka layak ke pusingan seterusnya namun memiliki wajah seiras artis pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Kali ini REMAJA menemui dua peserta yang memiliki wajah seiras Amyra Rosli dan Sharifah Sakinah. Cuba korang tengok, seirias ke idok?
Setia Menanti
Hari ketiga menyaksikan kehadiran peserta uji bakat yang paling ramai. Maka tidak hairanlah sesi uji bakat ini berakhir sehingga jam 12 tangah malam. Rata-rata peserta terpaksa bersabar dan menunggu giliran masing-masing dalam tempoh yang cukup lama. Apatah lagi jika mereka layak dari pusingan kedua hingga keempat. Malah ada yang berada di lokasi uji bakat selama 11 jam!
Kesejukan
Antara perkara yang paling mencabar buat peserta uji bakat kali ini ialah berdepan suasana yang sejuk di dalam hotel. Biasalah dalam hotel pastinya akan tersedia penghawa dingin, namun bila sudah berada dalam ruang menunggu dalam masa yang lama pastinya boleh buat mereka semua kesejukan. Disebabkan itulah kami sentiasa memberi mereka tempoh untuk rehat dan keluar sekejap untuk mengambil udara luar yang lebih panas. Mungkin mereka boleh anggap ini sebagai antara ujian pertama nak jadi Dewi Remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pencarian Dewi Remaja melakar satu lagi sejarah apabila Nylea dinobatkan sebagai juara bagi tahun 2025, sekaligus mengukuhkan namanya sebagai wajah baharu yang bakal mencorak landskap hiburan tempatan pada masa akan datang.
Menurut Nylea atau pemilik nama sebenar Nylea Binti Adzlan (23), beliau mengakui kemenangan itu bukan sekadar trofi, tetapi simbol hasil usaha tanpa henti sepanjang hampir empat bulan berentap dalam setiap cabaran mingguan pencarian ikonik tersebut.
“Saya rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab semua usaha selama hampir 4 bulan ini telah membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui Remaja selepas malam final Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam.
Mengimbas detik kemenangannya, anak kedua daripada tiga beradik ini sememangnya terkenal sebagai gadis yang sentiasa meletakkan standard tinggi terhadap diri sendiri. Antara prinsip peribadinya adalah ‘melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dibuat’ sentiasa menjadi pegangan dirinya sepanjang menghadapi cabaran.
“Bila saya amal perkara ini, saya bangga dengan diri saya sendiri sebab boleh kekal bertahan… mungkin itu salah satu sebab saya jadi juara pada malam ini,” ujarnya lagi.
Di sebalik pencapaian ini, Nylea yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan dirinya tidak terburu-buru mengejar populariti. Beliau yang juga aktif dalam kelab kebudayaan dan tarian di universiti ini meletakkan pendidikannya sebagai keutamaan.
“Benda pertama yang saya nak buat selepas ini adalah habiskan degree dulu. Kemudian baru saya ceburi dunia hiburan,” jelasnya ringkas.
Walaupun begitu, masa depan dalam industri seni tetap berada dalam radar Nylea. Dengan personaliti yang bercampur disiplin dan cita-cita besar, beliau tidak menolak kemungkinan akan muncul di layar perak suatu hari nanti.
“InsyaAllah lepas ini mungkin kalau korang pergi pawagam akan nampak muka saya?” selorohnya sambil ketawa.
Selain dunia glamor, sebelum ini Nylea turut aktif dalam kerja sukarelawan mengajar kanak-kanak kurang berkemampuan menunjukkan satu sisi dirinya yang jarang diketahui ramai. Bagi Nylea, kemenangan ini bukan hanya tentang kecantikan visual, tetapi keberanian mencabar persepsi orang yang menyangka dirinya pemalu dan pendiam.
Sementara itu, menurut ibunya pula, keperibadian Nylea bukan perkara baharu, malah telah lama menjadi kebanggaan keluarga. “Dia ini memang jenis kalau buat sesuatu memang akan buat sehabis mungkin dan habis-habisan. Jadi, she deserves it!” kata wanita itu yang turut menjadi antara pendorong terbesar dalam perjalanan Nylea.
Dengan pencapaian terbaru beliau sebagai Dewi Remaja 2025, jelas bahawa Nylea kini berada di landasan kukuh untuk mengembangkan potensi diri. Sama ada di pentas akademik, seni atau khidmat masyarakat, perjalanan gadis ini baru sahaja bermula dan peminat pasti tidak sabar menyaksikan ke mana arah tujunya selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas dinobat sebagai Dewi Remaja 2019, rezeki Shaza Bae semakin mencurah-curah dengan tawaran yang diterima bukan hanya dalam bidang seni, namun gadis ini juga bakal membabitkan diri dalam dunia akademik dan bergelar seorang pensyarah.
“Alhamdulillah, selepas habis sahaja Dewi Remaja baru-baru ini, saya membuat banyak penampilan dari sekecil-kecil event sehinggalah ke stesen televisyen Astro Awani dan Bernama. Kemunculan tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan saya juga dipanggil oleh Ahli Parlimen Belia Selangor untuk membincangkan topik Women Empowerment bersama personaliti Dira Abu Zahar,” jelasnya.
Lebih membanggakan lagi apabila Shaza Bae telah pun menjadi wajah baru bagi hos Hlive! yang akan mula bersiaran pada malam ini pada jam 9 malam.
“Saya memang suka kepada bidang pengacaraan dan dua, tiga tahun lepas saya pernah mengimpikan untuk menjadi hos Hlive! Ketika task hosting dalam program Dewi Remaja dulu sebenarnya saya sedih kerana tidak terpilih untuk melakukan tugasan di Hlive! tetapi ternyata aturan Allah itu sebaik-baiknya. Akhirnya kini impian untuk menjadi hos rancangan tersebut sudah saya kecapi,”
“Sudah tentu untuk beraksi buat pertama kalinya membuatkan saya rasa nervous. Tapi dalam masa yang sama, saya tetap rasa excited. Saya juga dah menghadiri tiga kali sesi latihan mock run bersama pihak Astro, harapnya semua berjalan lancar malam ini,” jawabnya lagi.
Bukan hanya bidang pengacaraan, Shaza juga turut menerima tawaran modeling serta lakonan, dan paling tidak sangka dia juga ditawarkan menjadi seorang pensyarah.
“Saya sebenarnya sangat gembira bila menerima tawaran menjadi lecturer di kampus Puncak Perdana. Adalah menjadi impian saya untuk menyeimbangkan antara bidang seni dan akademik, jadi ini sememangnya peluang yang saya tunggu-tunggu,”
Syabas kami ucapkan kepada Dewi Remaja 2019 atas pencapaiannya buat masa ini. InsyaAllah banyak lagi peluang yang bakal Shaza terima sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menggalas gelaran anak seni.
All the best to you Shaza!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!