Selepas hampir 12 tahun berjuang dan tidak berputus asa untuk bergelar penyanyi, Farhan Mustapha berjaya dinobatkan sebagai juara The Grand Champion bagi program realiti nyanyian Gimme The Mic Malaysia pada malam Ahad lalu.
Menurut Farhan yang bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program Gimme The Mic Malaysia dia telah menyertai pelbagai program realiti televisyen seperti Bintang RTM 2012 dan 2016, Akademi Fantasia 2015, dan Mentor Milenia 2017.
Ads
“Semasa Bintang RTM saya tersingkir pada separuh akhir, Akademi Fantasia tidak lepas ke konsert prelude, manakala Mentor Milenia saya tersingkir pada minggu pertama. Jadi, semasa minggu separuh akhir program ini saya rasa risau perkara sama berulang seperti mana program sebelum ini”
“Alhamdulillah, walaupun baru saja baik daripada Influenza A dan suara yang tidak berapa okey, saya akhirnya bergelar juara. Memang tidak sangka, tetapi mungkin ia sudah rezeki saya malam ini”
Persembahan dari Farhan yang kini berusia 28 tahun itu juga berjaya membuatkan hati para juri dan penonton tersentuh menerusi lagu Sampai Mati nyanyian asal Hazama dan Berhenti Berharap dari Sheila On 7.
Kemenangan Farhan berjaya melayakkan dirinya membawa pulang hadiah hampir RM30,000 iaitu wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.
Ads
Dalam pada itu, peserta yang berjaya melayakkan diri sebagai The Grand Six dan bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia ialah Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff.
Ads
Sekadar info, program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan Bunga Citra Lestari. Sementara, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila tiba saja bulan Ramadan, masyarakat Melayu akan mengajukan pertanyaan (dengan nada was-was) seperti “Puasa boleh jilat bibir kering ke?” atau “Puasa boleh pakai lipstik berperisa ke?”
Begitu jugalah normanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Natal.
Mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”
Hhm, korang belum tengok lagi pertikaian di ruangan komen media sosial. Dah sampai nak tahap bergaduh bila ada seseorang memuat naik ucapan Merry Christmas hari ini.
Lalu, REMAJA cuba dapatkan advice daripada yang lebih arif berkenaan hal ini. Salah seorang daripadanya ialah PU Rahmat Ikhsan.
“Dibolehkan mengucap Merry Christmas kepada kawan-kawan (beragama) Kristian selagi mana akidah kita tidak menyakini bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan tetapi seorang Nabi.
“Kita beragama mencari kedamaian bukan pergaduhan. Jika takut mengucap Merry Christmas, ucaplah Marry Me. (ketawa) Okay hambar,” catat beliau melalui Twitter.
Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berita pemergian Duke of Edinburgh, Putera Philip minggu lalu, ramai beranggapan momen menyedihkan ini membuatkan hubungan keluarga diraja Britain bertaut semula.
Ini setelah Putera Harry dan isteri, Meghan Markle melucutkan segala jawatan dan gelaran diraja yang pernah dipegang lantas membawa diri berkelana di California, Amerika Syarikat.
Retak dalam keluarga diraja itu semakin jelas apabila pasangan diraja muda itu menjayakan temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey. Beberapa informasi sensitif seperti isu perkauman terhadap Meghan oleh ahli Istana Buckingham kini diketahui seluruh dunia.
Ramai yang berbelah bahagi sama ada untuk menyokong Harry dan Meghan ataupun keluarga diraja.
Putera William dan Harry dilaporkan enggan berdiri bersebelahan semasa memberikan penghormatan dan berjalan di belakang kereta jenazah nanti.
Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham semalam dan ia telah mengecewakan rakyat Britain yang beranggapan perbalahan di antara adik-beradik diraja itu bersifat ‘keanak-anakan’.
Kalau korang masih ingat, semasa acara penghormatan untuk mendiang ibu mereka iaitu Puteri Diana, Putera William berjalan bersama-sama Harry, Putera Philip, Putera Charles dan pakcik mereka, Charles Specer (adik kepada Puteri Diana).
Bagaimanapun, di acara penghormatan untuk Putera Philip yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu Britain (kira-kira jam 10 malam waktu Malaysia), Putera William dan Harry akan dipisahkan oleh saudara mereka, Peter Phillips.
Setelah kenderaan jenazah jenis Land Rover itu tiba di gereja St. George’s, Putera William akan berjalan di hadapan Harry semasa memasuki gereja.
Hanya 30 jemputan eksklusif saja dibenarkan terlibat dalam upacara selama 50 minit itu; bersesuaian dengan musim pandemik sekarang.
Selain Putera William dan Harry, di antara jemputan lain yang dinanti-nantikan termasuklah Ratu Elizabeth II, Putera Charles, Camilla Parker Bowles, tiga lagi adik-beradik Putera Charles dan lapan cucu Putera Philip serta pasangan masing-masing.
Turut diundang ialah anakanda Puteri Margaret, tiga saudara Putera Philip dari Jerman dan rakan karib Putera Philip iaitu Countess Mountbattern, Penelope Knatchbull.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memilih untuk tidak menghadiri demi memberikan ruang kepada ahli keluarga diraja dan kenalan rapat mereka menghadirinya.
Besar kemungkinan, acara rasmi ini akan diadakan secara ringkas atas kehendak Putera Philip sendiri sebelum baginda mangkat.
Namun, elemen ketenteraan pasti akan disertakan memandangkan latar belakang mendiang dalam bidang itu.
Walau hanya solat sunat tetapi ganjaran yang Allah berikan sangat tinggi nilainya. Ramai melihat solat sunat, buat dapat pahala tak buat tak mengapa tetapi jika kita “rajin”sedikit melakukan solat sunat, fadilahnya ternyata lebih dan pasti kita tak sangka ganjarannya.
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai solat sunat Qabliyah yang hanya dua rakaat namun ganjaran melakukannya sebelum kita solat Subuh adalah solat sunat terbaik dari seisi dunia.
Rugi jika tak buatkan.
Baca juga perkongsian dari page Islam Itu Indah tentang kebaikan solat sunat ini.
"Peringatan Buat Diri"
1 – Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.
2 – Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3 – Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4 – Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.
5 – Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6 – Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7 – Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 – Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9 – Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10 – Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.
12 – Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13 – Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :
1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat .. 2 – Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur .. 3 – Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur .. 4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur .. 5 – Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur .. 6 – I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur .. 7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM .. 8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur .. 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar .. 10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur .. 11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur .. 12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur .. 13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..
Perbaiki solatmu, maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu, maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu, maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu, maka Allah akan bahagiakan hidupmu.
Cara menjaga solat waktu :
1 – Buat solat taubat .. 2 – Solat diawal waktu .. 3 – Qada solat jika tertinggal .. 4 – Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa .. 5 – Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan .. 6 – lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya.
Masukkan 5 perkara dalam hati kita :
1 – Rasa ingin dekat dengan Allah .. 2 – Rasa ingin diampuni Allah .. 3 – Rasa ingin dibersihkan .. 4 – Rasa ingin diangkat darjat .. 5 – Rasa ingin diubah tabiat
KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah "Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
Alhamdulillah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!