Apabila bercakap mengenai faktor kebersihan diri, sememangnya ia adalah salah satu perkara asas yang harus dipraktikkan pada setiap hari DAN sepanjang hari. Tidak mudah sebenarnya untuk seseorang gadis kekal yakin dengan faktor kebersihan diri. Bukan hanya peluh dan bau badan sahaja yang kadangkala boleh mengganggu mood dan keyakinan korang, malah faktor lain seperti darah haid sewaktu datang bulan juga menjadi penyebab kepada gadis muda seperti korang rasa ‘lemau’ dan tidak bersemangat.
Apa perasaan korang sekiranya kami kongsikan bahawa semua itu boleh diselesaikan dengan penggunaan daun sirih?
Haa, sejak turun-temurun daun sirih telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat masalah kewanitaan; khususnya sebagai bahan utama dalam produk kecantikan dan pencuci intim.
Ini kerana daun sirih dikenali dengan kelebihan antibakteria, antiradang, antidiabetes dan juga mempercepatkan proses pemulihan. Menurut kajian The Malaysian Journal of Nursing, daun sirih merah bermanfaat untuk mengurangkan keputihan, mengurangkan kegatalan serta masalah bau pada bahagian intim.
Bukan sahaja kaum Melayu yang mempraktikkan penggunaan daun sirih tau! Malah dalam perubatan tradisional Cina juga, sirih turut digunakan untuk merawat kegatalan, luka kecil, sakit kepala dan juga sembelit.
Cumanya, agak leceh jika korang perlu mengambil guna daun sirih pada setiap hari semasa datang bulan. Sebagai remaja yang perlu lincah ke sana-sini, pastinya korang ingin memperolehi kelebihan-kelebihan daun sirih ini semasa datang bulan.
Selalunya, tindakan memakai tuala wanita terlalu lama boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita itu. Eww! Sekiranya anda tidak mengambil kisah mengenai risiko bakteria membiak ini, ia seterusnya boleh mengakibatkan jangkitan pada vulva dan bahagian intim wanita.
Laurier Fresh Protect Daun Sirih ini direka khas untuk mencegah 99.99% pertumbuhan bakteria dengan Advance Japan Tech teknologi dari Jepun.
Kawalan Bau Selama 10 jam
Jujurnya, banyak sudah produk tuala wanita yang didatangkan dengan bau harum di pasaran sekarang demi menyelesaikan masalah bau tidak menyenangkan pada bahagian intim sewaktu datang bulan. Namun, tidak semua orang sesuai menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan keradangan atau kepedihan pada bahagian intim terutamanya jika dipakai untuk tempoh masa lama.
Ads
Berlainan dengan Laurier Fresh Protect Daun Sirih ini, ia memberi kawalan bau selama 10 jam sewaktu datang bulan.
Senang Dicuci
Pada korang yang akan membasuh tuala wanita setiap kali datang bulan, tuala wanita ini sesuai untuk korang gunakan kerana ia senang untuk dicuci. Biasalah, apabila mencuci tuala wanita, bahagian kapasnya akan selalu terkeluar bukan? Dengan Laurier Fresh Protect dengan Daun Sirih, korang tidak lagi akan berdepan masalah tersebut memandangkan kapas akan kekal berada dalam bahagian tuala wanita. Darah kotor haid juga mudah sahaja keluar apabila membasuh.
Hasilnya girls, pemakai akan merasa lebih yakin kerana tidak lagi perlu risau tentang bakteria, bau darah haid dan pastinya akan kekal segar dengan bau daun sirih tanpa mengira apa jua aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari.
Ads
Lagipula, Laurier Fresh Protect Daun Sirih juga dijual pada harga mampu milik dengan kualiti tanpa kompromi bersesuaian dengan gadis muda seperti korang. Untuk kekal Konfiden, Segar, Yakin dan Steady tidak lagi bermaksud korang perlu berbelanja lebih sepanjang datang bulan.
*
Jangan tunggu lagi, Konfiden Kekal Steady dengan Laurier Fresh Protect Daun Sirih sekarang DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulunya, rakyat selalu ternanti-nantikan pengumuman rasmi sama ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan atau disambung setelah menghampiri tarikh akhir PKP yang ditentukan kerajaan.
Namun kini menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat harus melihat kepada jumlah kes COVID-19 harian sebagai indikator sama ada arahan PKP Penuh yang kita lalui sekarang akan ditamatkan ataupun tidak.
Itulah yang dijelaskan beliau hari ini bagi menjawab pertanyaan rakyat yang tertunggu-tunggu pengumuman rasmi pada hujung minggu ini setelah negara hampir menamatkan tempoh dua minggu PKP Penuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu ditemui di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini. Sumber Foto : BERNAMA.
“Saya nak jelaskan, sebab ada yang tidak berapa faham.
“Mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP dan sebagainya. Tapi sekarang ini kita tidak sebut PKP. Kita sebut kita berada di fasa.
“Sekarang ini ialah Fasa Pertama sampai Julai, mungkin pertengahan (Julai) dan sebagainya. Jadi bukan kita kira 28 Jun (sebagai penamat PKP).
“Kita masih di Fasa Pertama. Fasa Pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang. Ini termasuklah kes di bawah 4000, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah turun dari paras tenat (di mana kapasiti katil ICU sudah berada pada tahap sederhana) dan vaksinasi sudah ditingkatkan (sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya).”
“Untuk kita beralih fasa, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” ulas beliau semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini.
Untuk pengetahuan, setelah negara mencapai 3 indikator utama seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri di atas, barulah kita akan beralih ke Fasa Kedua.
Peralihan ke Fasa Ketiga pula adalah apabila purata kes harian tidak melebihi angka 2000, kapasisi ICU sudah pada tahap mencukupi dan 40 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya. Mengikut jangkaan, fasa ketiga yang akan memberikan lebih kelonggaran kepada rakyat itu hanya akan dicapai sekitar September 2021.
Fasa terakhir iaitu Fasa Keempat pula akan dicapai setelah purata kes harian berjaya turun ke paras bawah 50 kes.
Sama-samalah kita menjaga SOP dan duduk rumah seperti yang diarahkan guys. Buat masa ini, kita semua tahu negara sedang ‘tersangkut’ pada angka kes harian melebihi 5000 kes. Sekiranya kita ingin bebas dengan lebih pantas, kita sendiri perlu laksanakan tanggungjawab peribadi dengan tidak meletakkan diri dalam risiko dijangkiti wabak COVID-19.
Setelah episod ‘perang dingin’ yang kononnya didakwa berlaku di antara Hailey Bieber; model popular merangkap suri hati penyanyi, Justin Bieber dengan Selena Gomez; penyanyi, pelakon dan bekas kekasih Justin Bieber, akhirnya mereka sendiri meletakkan titik noktah terhadap gosip liar itu.
Selena, 30 dan Hailey, 25 pada hari ini menggegarkan internet apabila foto mesra mereka bersama berjaya dibidik jurugambar yang berada di acara gala tahunan kedua Academy Museum of Motion Picture yang dibawakan oleh Rolex. Acara pada tahun ini meraikan para pelakon seperti Julia Roberts, Tilda Swinton, Steve McQueen dan penerbit filem, Miky Lee.
Bukan satu, bukan dua tetapi TIGA pose berbeza ‘dibelanja’ mereka sebagai bukti kepada hubungan mereka yang tidak bermasalah.
Selena dan Hailey tidak kekok berdiri rapat sambil melakukan gaya yang pelbagai termasuklah merapatkan pipi ke pipi dan saling berpelukan.
Ini juga merupakan pertemuan terbuka di khalayak ramai di antara dua jelitawan itu setelah beberapa kali sebelum ini ‘berjaya’ mengelakkan diri daripada menghadiri acara sama seperti di karpet merah Met Gala dan anugerah Grammy.
Pertemuan ini juga hadir setelah Hailey baru-baru ini melakukan pendedahan ‘bombshell’ mengenai persepsi peminat fanatik Selena yang menuduhnya merampas suami, Justin daripada Selena. Hailey menepis semua dakwaan itu menerusi episod podcast Alex Cooper berjudul Call Her Daddy di Spotify.
“Bukanlah karakter saya untuk memusnahkan hubungan seseorang… saya tidak pernah tertarik untuk melakukan sedemikian.. apa yang boleh saya katakan, sesungguhnya, saya tidak pernah bersamanya (Justin) semasa dia masih dalam hubungan dengan sesiapa. Orang perlu tahu apa yang benar kerana kebenaran itu wujud,” ulas Hailey.
Susulan temubual eksklusif pada bulan lalu itu, Selena tanpa berselindung berkongsi pendapatnya di sesi live TikTok mengenai tindakan peminat fanatik yang membuli orang lain kerana ‘rasa sayang’ mereka terhadapnya.
“Saya rasakan, beberapa perkara yang saya tidak perlu pun tahu adalah keji dan menjijikkan, dan ia tidak adil, dan tiada siapa layak dilayan sebegitu rupa,” katanya.
Well, well.. adakah peluang bergambar ini hanyalah atas tiket publisiti oleh pihak pengurusan Selena, Hailey dan Justin atau ia benar-benar ikhlas? Hanya mereka sahaja yang tahu. Apa yang penting, tindakan mereka ini telah menutup mulut peminat fanatik yang selalu melaga-lagakan tiga personaliti popular itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berusia 31 tahun, Aniq Durar menjadi sebutan setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Aniq menerima pengiktrifan itu menerusi filem Pagari Bulan arahan sutradara prolifik, Raja Mukhriz Raja Ahmad yang mengisahkan tentang Bulan lakonan Nazeera Sardi yang diculik tentera Jepun dan dipaksa menjadi pemuas nafsu tentera Jepun.
Sebagai Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan, Aniq memainkan watak seorang tentera Jepun berintegriti dan berpegang kepada moral peribadinya ketika tiba di Tanah Melayu.
Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang lakonan, Aniq berjaya mengenepikan saingan lain termasuklah calon kegemaran, Tan Kim Wang menerusi filem Abang Adik, Yusuf Bahrin (The Lord Musang King), Danish Zamri (Memoir Seorang Guru) dan Safwan Nazri (Malbatt: Misi Bakara).
Buat korang yang belum begitu mengenali Aniq, jom lihat lima fakta menarik mengenainya!
01
Pemilik nama penuh Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx ini mendedikasikan trofi Pelakon Lelaki Harapan tersebut kepada arwah bapanya. Aniq berdarah kacukan Melanau-Pakistan dan ia terserlah pada rupa paras fizikal serta ketinggian yang dimiliki olehnya.
02
Aniq melanjutkan pengajian di Universiti Monash, Australia dalam jurusan perniagaan. Sekembalinya ke Kuching Sarawak, Aniq terlebih dahulu bekerja dalam bidang pentadbiran di sebuah muzium di Sarawak selama dua tahun sebelum nekad berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2019 untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.
03
Rezeki Aniq di Kuala Lumpur pada awalnya lebih menjurus ke arah bidang peragaan iklan komersil. Pada masa yang sama, Aniq mengasah bakat lakonannya dengan mengikuti bengkel kelolaan Joe Hafsham dan Faridah Merican. Di situ juga, Aniq sedar dirinya perlu terus memperbaiki pertuturan bahasa Melayu agar ia lebih lancar.
04
Berbanding barisan pelakon lelaki baharu, Aniq agak lewat sebelum memulakan graf seninya. Biarpun begitu, Aniq tidak memandang perkara itu sebagai satu masalah dan percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan sendiri. Yang penting buatnya adalah kerja keras dan terus berusaha. Sebagai contoh, demi menjayakan watak Leftenen Miura, Aniq sanggup membotakkan kepala walaupun selama ini Aniq sudah sinonim dengan imej berambut panjang.
05
Aniq kini merupakan pelakon lelaki pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Selepas filem Pagari Bulan, dia terpilih pula untuk menjayakan dua lagi buah filem yang belum ditayangkan di pawagam. Salah satunya berjudul Nyonya Ronggeng yang juga diarahkan oleh Raja Mukhriz. Aniq juga tidak menolak peluang menjayakan naskah drama bersiri dan wajahnya lebih dikenali selepas membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta di samping Redza Rosli serta Tracie Sinidol.
TAHNIAH Aniq Durar.
Sebagai rekod, di antara penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan terdahulu di FFM termasuklah John Tan (You Mean The World To Me, 2017); Zul Ariffin (Penanggal, 2013); Izzue Islam (29 Februari, 2012); Zahiril Adzim (KAMI The Movie, 2009); Zizan Nin (Cinta Terakhir, 2007); Que Haidar (Castello, 2006) dan Hasnul Rahmat (KL Menjerit, 2003).