Tinggal hanya kira-kira empat hari saja lagi sebelum kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya dengan acara penutup.
Setakat hari ini, China masih menguasai carta pungutan pingat dengan sejumlah 33 pingat emas mengatasi negara seteru, Amerika Syarikat dengan 27 pingat emas dan negara tuan rumah, Jepun di tangga ketiga dengan 21 pingat emas.
Biarpun China dan Amerika Syarikat berada di hadapan, nampaknya sokongan warganet seperti terarah kepada Jepun. Mungkin kerana tiket sebagai negara tuan rumah, kita semua hendak mereka melakukan yang terbaik pada edisi kali ini. Dan mungkin juga ia disebabkan oleh kekacakan paras rupa para atletnya!
Okay, which one?!
Salah seorang atlet lelaki Jepun yang hangat diperkatakan oleh warganet kini ialah pemain bola tampar bernama Ran Takahashi.
Ads
Pada ketinggian 188cm, wajahnya yang persis pelakon atau model kacak Jepun nampaknya membuatkan gadis di media sosial seakan tidak boleh duduk diam. Sekali imbas, wajah Ran juga mirip pelakon popular dari Thailand dan Filipina.
Dengan sepasang mata bundar dan hidung mancungnya, Ran tidak kelihatan seperti jejaka Jepun tipikal. Mungkin ia disebabkan oleh darah kacukan yang dimiliki daripada ibu Ran yang berdarah Jerman-Jepun. Pada masa yang sama, Ran juga mempunyai darah Inggeris yang mengalir dalam salasilah keluarga.
Di Twitter dan TikTok saja, sudah ada akaun peminat Ran Takahashi yang dicipta khas untuk mengumpulkan koleksi foto dan videonya sewaktu bertanding di Tokyo 2020. Antaranya ialah seperti akaun Twitter bernama Piece of Ran ini.
Beautiful Pipe Attacks from Ran Takahashi at VNL 2021💣
Atlet berusia 19 tahun ini diletakkan pada posisi spiker dan outside hitter.
Setiap kali dia melakukan servis bola, rata-rata penonton perempuan di rumah akan mengangkat telefon mereka untuk merakamkan videonya.
Amboi, sabar sis!
Sedikit info menarik mengenai Ran adalah dia menjadi bersemangat untuk menceburi sukan bola tampar ini setelah menyaksikan abangnya, Rui Takahashi gigih berlatih di gym.
Seawal usia 7 tahun, Ran sudah mulakan latihan bola tampar dan bakatnya mula digilap apabila dia mudah melakukan servis bola.
Ads
Ketika menyertai pasukan bola tampar di Universiti Sains Sukan Nippon di Jepun di mana dia dilantik sebagai kapten pasukan, beberapa kenangan manis yang dicatatkan oleh Ran termasuklah memenangi kedudukan naib juara di Kejohanan Bola Tampar Antara Kolej Jepun pada tahun lalu.
Perasaan fanatik peminatnya bertambah setelah dia dinobat sebagai penjaring terbaik pada kejohanan itu. Hehe..
Apapun, Ran seharusnya berbangga apabila pasukan bola tampar lelaki Jepun berjaya sampai ke peringkat suku akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walaupun tewas 0-3 kepada Brazil, ini merupakan kali pertama pasukan Jepun sampai ke peringkat ini dalam tempoh 29 tahun.
Pasukan bola tampar lelaki Jepun. Sumber Foto : Ani Radio Plus
Mungkin korang juga hendak tahu siapakah lagi atlet kacak yang pernah disenaraikan oleh REMAJA bagi Sukan Olimpik kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik Covid-19. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan kekangan merentas negeri dan juga sempadan negara.
Itu realiti dihadapi ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini, angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.
Memandangkan sempadan Malaysia-Singapura pun telah ditutup hampir lebih setahun, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah iklan pendek Ramadan tentang rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura menjalani ibadah puasa di negara jiran itu, tanpa keluarga mereka.
Video yang berdurasi 2 minit 48 saat itu menceritakan kisah Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sejak awal pandemik lagi.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan mengalirkan air mata melihat iklan tersebut yang memang related dengan waktu sekarang.
Hmm…dah lama rasanya kita tak melihat iklan menyentuh hati macam ni kan. Dulu iklan Petronas hasil arahan arwah Yasmin Ahmad yang banyak buat kita tersentuh macam ni…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua bidang kerjaya yang berbeza namun Aniq Aqil berjaya melakukannya dan membanggakan bapanya iaitu PROFESOR Madya Datuk Dr A. Razak Mohaideen.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Tahniah diucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Netflix telah mengumumkan bahawa siri drama popular Squid Game akan muncul untuk musim kedua. Namun, apa yang menariknya drama ini bakal menjadi realiti kerana Netflix dikatakan sedang merekrtu peserta dari seluruh duia bagi menyertai siri realiti itu.
Pertandingan tersebut akan mencari 456 pemain, merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan daripada siri asal dengan penambahan baharu yang pasti akan mengejutkan. Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).
Antara syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:
Mestilah berumur 21 tahun ke atas
Fasih bahasa Inggeris
Boleh ambil cuti sebulan pada tahun 2023 selama permainan dijalankan
Miliki pasport yang sah
Bukan kakitangan Netflix
Siri itu akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan difilemkan di Britain. Mereka akan bertanding untuk menjadi satu-satunya wakil perserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai. Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana menang atau kalah, semua pemain tidak akan dicederakan.
Ha, apa tunggu lagi inilah masanya korang merebut peluang untuk memenangi wang tunai lebih RM20 juta serta berpeluang untuk muncul dalam siri Squid Game.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...