
Kalau kata nak diet je, mesti orang cakap jangan makan nasi. Tapi yang peliknya, berat tak turun-turun juga bila dah mula cut nasi dalam pemakanan seharian.
Persoalannya, adakah benar nasi itu menggemukkan? Bagaimana pula kalau dah exercise hari-hari pun tapi berat badan masih sama?


Ha, nak tahu jawapannya? Jom tonton video ini bagi menerangkan segala kemusykilan yang sering anda hadapi.
Terima kasih: Coach Kholis
Instagram: escortgroupworkout
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Malaysia ‘Berkampung’ Di Milan Demi Onitsuka Tiger, Lihat Gaya Mereka!

Minggu Fesyen di negara Eropah mulai hangat dilangsungkan pada bulan ini bersempena kempen musim bunga/panas 2023 and it can only mean one thing : penampilan selebriti!
Jika pada minggu lalu, peminat teruja menyaksikan kelibat beberapa selebriti kelahiran Malaysia berada di kota New York sebagai jemputan khas ke pertunjukan fesyen Coach. Antaranya termasuklah penyanyi Yuna, Joe Flizzow, Daiyan Trisha dan pengacara, Yaya Zahir.

Pada minggu ini mula, sekumpulan lagi selebriti Malaysia telah ‘terbang’ ke Milan, Itali untuk pertunjukan fesyen jenama pakaian sukan dari Jepun, Onitsuka Tiger pula pada 21 September 2022. Mereka terdiri daripada duta pertama Onitsuka Tiger dari Malaysia Hael Husaini, Daiyan Trisha dan pasangan fesyenista negara, Scha Alyahya serta Awal Ashaari.

Di bawah kelolaan Andrea Pompilio yang juga bertanggungjawab ke atas hala tuju jenama Asics, Onitsuka Tiger perlu membuktikan bahawa persalinan kasual dan sukan yang sudah sinonim dengan jenama itu juga boleh ditransformasikan dengan rekaan dan siluet yang berbeza.
Helaian pakaian daripada koleksi Onitsuka Tiger kali ini majoritinya terdiri daripada warna hitam dan putih. Kedengaran basic namun ia diolah dengan cara Andrea. Pilihan seluar trek kelihatan kemas, manakala hoodie labuh hingga melepasi lutut pula dipadankan dengan celana pendek di dalam.

Ternyata, Andrea memilih konsep uniseks bagi koleksi kali ini apabila setiap satu boleh digayakan oleh mana-mana jantina; seperti yang ditunjukkan oleh selebriti Malaysia yang berada di sana.
Hael Husaini memilih top labuh bersama jaket bomber berkolar, manakala Daiyan pula kelihatan edgy dalam persalinan sweater dress dan skirt bersama sneakers putih.



Kehadiran Scha Alyahya dalam dress serba hitam bersama sarung kaki berpaten belang harimau (juga dalam rona hitam) bertambah menarik apabila pasangannya, Awal Ashaari bertindak berani untuk memadankan top putih dan vest hitam dengan aksesori skaf kepala.

Scha dan Awal kini akan terus berada di Milan bagi menghadiri beberapa lagi pertunjukan fesyen jenama terkemuka seperti Moschino, Emporio Armani dan Boss.
Untuk melihat koleksi penuh Onitsuka Tiger musim bunga/luruh 2023, KLIK DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara Lelaki & Perempuan, Siapa Paling Banyak Kelemumur? Jawapan Ini Pasti Tak Sangka

Pernah tak korang rasa kulit kepala terlalu gatal? Bila sedap menggaru, tiba-tiba kelihatan seperti habuk putih berterbangan? Jangan tak tahu, itulah kelemumur.
Ramai orang alami masalah ini tetapi antara lelaki dan perempuan, siapa yang paling kerap menghadapi masalah ini? Jika jawapan korang perempuan sebab berpendapat rambut mereka tebal atau sebagainya, fakta itu salah sama sekali.
Sebaliknya, biar berambut pendek tetapi lelaki paling mudah dijangkiti kelemumur kerana sikap sebahagian lelaki yang kurang menitik beratkan kebersihan kulit kepala. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh golongan lelaki kerana menurut Mr Cassius Lawrence seorang pendandan rambut, sepanjang kerjayanya, lelaki paling mudah dijangkiti kelemumur berbanding perempuan.

Apa yang korang perlu tahu tentang kelemumur?
Kajian menunjukkan masalah kelemumur dihadapi hampir 50 peratus populasi masyarakat. Walaupun kelemumur tidak berjangkit atau berbahaya, ia boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau kurang higenik; dan menyebabkan mereka berasa malu serta kurang keyakinan diri.
Kelemumur boleh berpunca daripada beberapa perkara. Masalah kulit kering menjadi penyebab yang paling kerap. Antara sebab lain termasuklah penjagaan kulit kepala dan rambut yang tidak teratur atau tidak betul, penggunaan syampu yang berlebihan dan kulit kepala yang sensitif terhadap produk penjagaan rambut.
Walaupun kebanyakan rawatan anti-kelemumur berkesan dalam mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur namun terdapat kebimbangan di mana sebum akan dikeluarkan dari rambut dan kulit kepala, menjadikannya lebih cenderung berkuping akibat kekeringan, manakala rambut pula mungkin kering dan sukar diurus.
So kalau korang ada masalah kelemumur, jangan la risau-risau ya. Ini kerana rangkaian farmasi terkemuka, Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur kepada rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden, yang diilhamkan dari alam semula jadi.
Jenama Botaneco Garden dikonseptualisasikan, dimajukan, dihasilkan, dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur.

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., En Alfonso Roderos menjelaskan bahawa syarikat mengalami perkembangan pesat yang seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama-jenama seperti Botaneco Garden.
Roderos mengatakan bahawa jenama Botaneco Garden berkembang pesat selaras dengan peningkatan minat pengguna terhadap bahan mesra alam. Jenama ini kini mempunyai 43 produk sejak diperkenalkan pada tahun 2013.
“Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar. Produk-produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik, dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa. Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengan jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan-bahan yang terjamin eko,” kata Encik Roderos.
Terdapat empat kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai bahan utama, rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik, rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan; dan rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko – Babassu, Baobab dan Chufa.
Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar.
Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap – tiga minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit. Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan.
“Dengan Botaneco Garden, kami telah mencipta keseimbangan antara alam semula jadi dan sains yang menyediakan rutin penjagaan rambut yang lembut dan prihatin, walaupun untuk kulit kepala dan rambut yang cenderung untuk menghidapi kelemumur. Lima pelembab dalam produk Botaneco Garden menangani kulit kepala kering, iaitu penyebab kelemumur yang paling kerap. Penggunaan minyak pati seperti pudina, mentol dan minyak pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur selari dengan faedah-faedah pelembab dalam rangkaian Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden, ” kata Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan .

“Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semulajadi seperti Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali, “kata Yeap.
Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian. www.guardian.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pad & Panty Liner Bukan Hanya Untuk Bahagian ‘Rahsia’, Ini 8 Kegunaan Lain!

Pad dan panty liner memang popular dikalangan wanita. Sejak ia dicipta pada abad ke 4 pad, panty liner atau tuala wanita ini cuma ada satu kegunaannya iaitu ketika kaum wanita datang period.
ARTIKEL BERKAITAN : Tip Guna Pantyliner Untuk Elak Kaki Berbau & Berpeluh
Material yang digunakan untuk tuala wanita ini memang direka untuk tujuan tersebut iaitu untuk menyerap dan menyimpan cecair dalam masa yang sama bahagian atasnya kekal kering dan lembut.
Tapi disebabkan fungsi itu, ia juga sebenarnya sesuai dan boleh digunakan untuk tujuan lain. Ini REMAJA senaraikan;
1. Pewangi drawer

Boleh digunakan untuk mewangikan almari atau drawer. Titis atau sembur pewangi kegemaran anda pada panty liner dan letak dalam drawer di antara lipatan baju.
2. Elak kaki melecet

Petua yang kita selalu guna selepas beli kasut baru adalah dengan menggigitnya terlebih dahulu sebelum kasut menggigit kaki kita. Tak tahulah apa rasionalnya.
Tapi lepas ni boleh tukar petua, gunting panty liner dalam ukuran kecil seperti plaster kemudian tampal pada bahagian kasut yang menyebabkan masalah melecet.
3. Hindari kasut jadi licin

Selalu bila pakai kasut tinggi yang ketat kaki akan mula berpeluh dan bahagian dalam kasut jadi licin dek peluh. Untuk elakkan situasi ini, boleh letakkan panty liner dalam kasut untuk menyerap lembapan dan rasa kering.
4. Kasut tak berbau

Bila kaki dah berpeluh, mulalah kasut berbau terutama bila pakai kasut bertutup penuh. Agar kasut jenis ini terhindar dari bau yang tak menyenangkan, alaskan panty liner pada bahagian dalam kasut. Gam yang pada panty liner akan memastikan kekal di situ pada masa yang sama menyerap lembapan peluh dari kaki.
5. Tampal pada dawai bra yang terkeluar

Selalu terjadi dawai bra terkeluar hingga menyakitkan. Lagi sakit hati, itulah bra favorite kita. Lepas ni jangan terus buang, ambil panty liner potong dan tampal pada bahagian dawai bra yang terkeluar tu. Kemudian bolehlah pakai.
6. Tiada lagi kesan peluh pada baju

Ada jenis orang yang jenis cepat berpeluh. Tapi paling segan bila peluh banyak bahagian ketiak. Part yang tak bestnya, peluh ini jugak akan tinggalkan kesan.
Jadi untuk elak ketiak basah dan tinggalkan kesan kuning, letakkan panty liner pada bahagian ketiak baju. Ia akan menyerap peluh tapi janganlah pakai pada baju warna putih. Nampak pulak.
7. Tampal luka/ bandage

Kalau terluka dan berdarah tapi takde plaster buat sementara boleh gunakan panty liner. Potong ikut ukuran luka dan tampal bahagian yang lembut pada tempat berdarah.
8. Pelindung kaca mata
Kalau tak mahu kaca mata tercalar bila kita simpan dalam sarung kaca mata jenis kain eloklah alas dengan panty liner. Dalam pada itu, panty liner ini boleh juga dibuat pengelap kaca mata. Tapi tapi tak perlulah gosok depan orang ramai ya.
Sumber: Brightside.me
BACA LAGI : Hilangkan Masalah Alat Sulit Berbau Dengan 8 Cara Mudah Ini
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

