Kalau dah usaha, doa dan yakin, tak ada apa yang mustahil!
Begitulah kisah inspirasi yang dikongsikan oleh Alam Haikal Jansari Anuar, 20 tahun, seorang pelajar autistik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Kelantan yang berjaya membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk cemerlang dalam pelajaran.
Baru-baru ini, Alam Haikal mencatat sejarah peribadi apabila memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 penuh dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Apa yang lebih mengagumkan, kejayaan ini turut didorong oleh amalan harian yang konsisten, iaitu solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Saya memang sentiasa istiqamah solat tahajud setiap malam dan baca al-Quran. Itu antara usaha tambahan saya untuk capai keputusan yang baik,” katanya
Rutin Belajar Yang Luar Biasa
Bukan setakat bergantung kepada doa dan ibadah, Alam Haikal juga sangat disiplin dalam urusan belajar. Dia membahagikan masa ulang kaji kepada dua sesi:
Ads
🕒 Sesi pertama: 3 pagi hingga 6 pagi 🕓 Sesi kedua: 4 petang hingga 7 malam
Bayangkan, bangun seawal 3 pagi untuk belajar, memang bukan perkara mudah! Tapi itulah komitmen luar biasa Alam Haikal demi mencapai impian.
“Saya fokus sepenuhnya dalam kelas dan juga waktu ulang kaji. Tak kira subjek apa pun, saya akan beri tumpuan penuh,” jelasnya.
Terkejut Diri Sendiri, Sokongan Keluarga & Guru
Menurut Alam Haikal, dia sendiri tak sangka mampu meraih keputusan 4.0, apatah lagi dengan cabaran sebagai individu autistik. Tapi dia tak pernah jadikan kekurangan itu alasan untuk tidak berjaya.
Ads
Ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pula sentiasa beri sokongan moral, jadi dia makin bersemangat untuk buktikan kemampuan diri.
“Saya nak jadi guru satu hari nanti, ubah nasib keluarga dan balas jasa mak ayah,” kata Alam Haikal penuh semangat.
Kisah Alam Haikal adalah bukti jelas bahawa kejayaan bukan milik mereka yang ‘sempurna’ sahaja, sebaliknya milik siapa saja yang gigih berusaha, tak mudah putus asa dan bergantung harap pada Allah.
Ads
Kalau korang rasa diri ada kekurangan, jangan down. Jadikan Alam Haikal sebagai inspirasi – kekurangan itu bukan halangan, tapi pemangkin untuk kita buktikan kemampuan diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang kejam dan layak digelar ibu bapa paling jahat.
Hanya kerana anak berusia 5 tahun tidak mahu mandi, pasangan suami isteri bertindak mendera kejam anak lelaki meraka dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun dari Singapura sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.
Harian Metro melaporkan, dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.
Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.
Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Allah sudah bagi rezeki anak dan ternyata keduanya tidak bersedia untuk bergelar ibu bapa pun pada usia 27 tahun. .Mungkin faktor usia muda penyebab pasangan ini bertindak kejam terhadap anak sendiri. Yalah, anak lahir pada usia mereka dalam lingkungan 22 tahun sebelum dipelihara semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat asal seorang pelajar Indonesia bernama Sultan Gustaf Al Ghozali apabila mengumpul koleksi swafoto sendiri yang hampir mencecah 1,000 keping adalah demi mencipta video timelapse buat dirinya sempena hari konvokesyen. Lalu dia telah mengambil swafoto pada setiap hari sejak lima tahun lalu dengan duduk di hadapan komputer.
Sultan Gustaf Al Ghozali . Sumber Foto : CNN Indonesia
Namun setelah pelajar jurusan Sains Komputer dari Semarang ini mengetahui mengenai kelebihan teknologi ‘blockchain’, dia mengambil keputusan untuk memuat naik kesemua foto tersebut ke platform NFT di bawah album berjudul Ghozali Everyday’.
Siapa sangka, perbuatan Sultan itu mendatangkannya durian runtuh setelah hak digital untuk foto-foto itu terjual di NFT pada nilai melebihi USD1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
Kata remaja berusia 22 tahun itu, “Pada mulanya, saya hanya meletakkan foto itu pada haga USD3 (RM12) kerana tidak pernah terfikir akan ada orang yang ingin membelinya. Saya fikir agak lucu jika ada individu yang ingin mengumpul foto-foto saya itu.”
Namun, begitulah kata orang rezeki memang tidak pernah salah alamat. Sultan mendapati salah satu fotonya terjual pada nilai 0.247 matawang kripto bersamaan USD806 (RM3,367). Jualannya itu semakin meningkat selepas seorang chef selebriti mempromosikan foto itu di media sosialnya.
Dalam tempoh beberapa hari saja, lebih 400 orang individu lain telah membeli hak milik digital foto remaja itu! Sehingga hujung minggu lalu, nilai koleksi foto Sultan telah mencecah nilai 317 ether bersamaan USD1 juta (RM4 juta).
Begitupun, pelajar yang bercita-cita untuk memiliki studio animasinya sendiri satu hari nanti ini berkata dia masih tidak berani untuk memberitahu ibu bapanya mengenai rezeki ini kerana gusar mereka menjadi hairan dari mana mereka boleh memperolehi wang sebegitu banyak.
Buat masa ini dia akan meneruskan rutinnya mengambil swafoto sehingga hari konvokesyen dan wang yang diterimanya akan dilaburkan ke arah sesuatu yang brmanfaat.
Haa, kalau korang tengah ikat perut di kampus dan kekurangan wang perbelanjaan, tak salah untuk korang mencuba cara Sultan Gustaf Al Ghozali ini. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hal ini berpunca dari cabaran daripada perubahan tabiat pengguna di tengah-tengah krisis kos sara hidup dan peningkatan persaingan daripada pilihan makanan segera, tambah laporan itu.
Petisyen syarikat itu menyenaraikan aset antara $100-550 juta (RM438 juta-RM2.19 bilion) dan liabiliti bernilai $100-500 juta (RM438 juta-RM2.19 bilion), tambah laporan Bloomberg itu.
Bloomberg sebelum ini melaporkan bahawa TGIF sedang ‘membuat pilihan’ untuk pembiayaan dan membiayai restorannya semasa penyusunan semula Bab 11.
Laporan itu menyatakan bahawa TGIF menyertai senarai panjang rangkaian restoran yang baru-baru ini mendekati mahkamah untuk mendapatkan perlindungan di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat daripada pesaing ‘lebih pantas’ seperti Chipotle.
Selain menjamu casual dining, pengunjung kos rendah juga merasakan kesannya kerana perbelanjaan perumahan dan inflasi terus mendorong pelanggan ke arah makan di rumah, memilih lokasi makan malam di luar atau mengubah pilihan untuk menjimatkan wang, tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?