Kalau dah usaha, doa dan yakin, tak ada apa yang mustahil!
Begitulah kisah inspirasi yang dikongsikan oleh Alam Haikal Jansari Anuar, 20 tahun, seorang pelajar autistik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Kelantan yang berjaya membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk cemerlang dalam pelajaran.
Baru-baru ini, Alam Haikal mencatat sejarah peribadi apabila memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 penuh dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Apa yang lebih mengagumkan, kejayaan ini turut didorong oleh amalan harian yang konsisten, iaitu solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Saya memang sentiasa istiqamah solat tahajud setiap malam dan baca al-Quran. Itu antara usaha tambahan saya untuk capai keputusan yang baik,” katanya
Rutin Belajar Yang Luar Biasa
Bukan setakat bergantung kepada doa dan ibadah, Alam Haikal juga sangat disiplin dalam urusan belajar. Dia membahagikan masa ulang kaji kepada dua sesi:
Ads
🕒 Sesi pertama: 3 pagi hingga 6 pagi 🕓 Sesi kedua: 4 petang hingga 7 malam
Bayangkan, bangun seawal 3 pagi untuk belajar, memang bukan perkara mudah! Tapi itulah komitmen luar biasa Alam Haikal demi mencapai impian.
“Saya fokus sepenuhnya dalam kelas dan juga waktu ulang kaji. Tak kira subjek apa pun, saya akan beri tumpuan penuh,” jelasnya.
Terkejut Diri Sendiri, Sokongan Keluarga & Guru
Menurut Alam Haikal, dia sendiri tak sangka mampu meraih keputusan 4.0, apatah lagi dengan cabaran sebagai individu autistik. Tapi dia tak pernah jadikan kekurangan itu alasan untuk tidak berjaya.
Ads
Ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pula sentiasa beri sokongan moral, jadi dia makin bersemangat untuk buktikan kemampuan diri.
“Saya nak jadi guru satu hari nanti, ubah nasib keluarga dan balas jasa mak ayah,” kata Alam Haikal penuh semangat.
Kisah Alam Haikal adalah bukti jelas bahawa kejayaan bukan milik mereka yang ‘sempurna’ sahaja, sebaliknya milik siapa saja yang gigih berusaha, tak mudah putus asa dan bergantung harap pada Allah.
Ads
Kalau korang rasa diri ada kekurangan, jangan down. Jadikan Alam Haikal sebagai inspirasi – kekurangan itu bukan halangan, tapi pemangkin untuk kita buktikan kemampuan diri.
Kejayaan itu milik semua, asalkan ada usaha dan doa yang berterusan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara kita sebenarnya antara yang menyediakan fasiliti terbaik dan buktinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pernah dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).
Terbaharu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sekali lagi membuat perubahan apabila mengumumkan KLIA kini dikenali sebagai Terminal 1, manakala KLIA2 pula dikenali sebagai Terminal 2.
Dalam kenyataan Februari lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyatakan penjenamaan semula itu membolehkan pihaknya memasarkan perkhidmatan lapangan terbang dengan lebih berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai hab serantau.
MAHB juga mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan mengenai syarat material Perjanjian Operasi (OA 2023) untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLports di seluruh negara sehingga 2069.
Untuk info, pada awal Februari lalu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pihak mereka senang mendapatkan kelulusan pihak kerajaan untuk menjenamakan semula KLIA dan KLIA2 di Sepang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.”
Semua sedia maklum bahawa nak tunggu giliran ke sana boleh cecah sampai berpuluh-puluh tahun. Tapi, tak ada yang mustahil gaiss.
Afyan Mat Rawi telah pun berkongsi tip kira-kira setahun yang lalu tentang bagaimana nak menunaikan haji pada usia muda kerana dia telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.
Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.
1. Daftar
Paling penting, perlu daftar terlebih dulu melalui Tabung Haji. Ramai orang ingat dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna kita sudah mendaftar untuk menunaikan haji. Tapi sebenarnya membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji dengan minimum simpan RM2 saja.
Manakala, mendaftar giliran menunaikan haji pula perlu minimum simpanan RM1300 dalam akaun Tabung Haji, barulah layak mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.
Jika sebulan kita simpan RM100, hanya perlu setahun sebulan saja untuk cukupkan RM1300 tu. Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini.
Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang.
Ya, 50 tahun akan datang. Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji. Jika masih ada anak kecil, daftar cepat-cepat supaya mereka tak menerima nasib seperti kita menunggu giliran yang lama untuk menerima panggilan Baitullah.
2. Simpanan
Kos sebenar menunaikan haji ialah lebih kurang RM19,950 dan kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh pihak Tabung Haji. Kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila nak menunaikan haji nanti.
Jika nak dibandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang jumlahnya RM20,000 ke atas.
Jadi langkah seterusnya, selepas daftar haji kita kena pastikan mempunyai sekurang-kurangnya Rm9,980 di dalam akaun Tabung Haji.
Jika sebulan simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji duit dah cuku RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata Tabing Haji 6%.
3. Rayuan
Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji.
Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.
Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.
Jadi nak tak nak, kita perlu usahakan untuk merayu giliran dipercepatkan sebab dalam tempoh 10 ke 50 tahun macam-macam perkara boleh berlaku.
Selalunya, tiga atau empat bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas. Jadi, hantarlah surat rayuan dengan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh terus siapkan surat rayuan untuk dihantar.
Mengikut pengalaman peribadi Afyan, dia mula buat rayuan kira-kira 5 atau 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun dah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.
Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak, dia akan hantarkan surat bar uke Tabung Haji untuk merayu lagi.
Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuannya diterima.
Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti:
– Bakal jemaah haji meninggal dunia
– Bakal jemaah haji mengandung
– Bakal jemaah haji mempunyai masalah kesihatan
– Bakal jemaah haji menolak atau pelbagai sebab
– Kuota ditambah
Sebaiknya, rayuan dilakukan apabila sudah betul-betul cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.
4. Datang kursus haji
Ini juga adalah salah satu tip dimana apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalu masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.
Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji.
Namun begitu, perkara ini tidak disahkan oleh Tabung Haji, ia hanya berdasarkan pengalaman peribadi Jemaah haji saja.
5. Doa
Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Segala pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.
Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi. Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu saja untuk memberi jawapan dan buat persiapan.
Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.
Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dgn pelbagai cara.
✔️ Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yg patut pergi bersama baru meninggal dunia.
✔️ Ada juga suami yg lambat daftar haji tapi disebabkan isterinya daftar lebih awal dan dapat giliran, si suami dapat pergi sebagai mahram.
✔️ Dalam masa sama, ada juga yg punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum terima panggilan-Nya.
✔️ Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.
✔️ Malah ada juga yg sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tapi tak dapat pergi sebab visa gagal dikeluarkan.
Point penting di sini, jangan berhenti berdoa.
Amacam, dah ada rasa semangat nak menyimpan dekat Tabung Haji tak? Jangan risau, masih belum terlambat lagi kalau korang nak mulakan.
InsyaAllah siapa tahu ada rezeki kita nanti kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin hari semakin banyak kes positif COVID-19 dicatatkan dan lebih menakutkan apabila situasi ini berlaku di merata tempat.
Disebabkan itu, kita disarankan agar tidak berkunjung ke tempat-tempat yang telah disahkan mempunyai kes positif atau disekitarnya.
Jadi, penting untuk korang mengetahui antara lokasi yang dilaporkan mencatatkan kes positif COVID-19 dan berikut adalah lokasi terkini seperti yang telah dikemaskini oleh Malaysiakini.
Masjid
• Masjid Kampung Paka 2, Ranau, Sabah
Dua kes dilaporkan di Ranau pada 19 Oktober, Pejabat Kesihatan Ranau meminta individu yang mempunyai sejarah solat Jumaat di masjid terbabit pada 2 Oktober untuk mengisi maklumat diri melalui borang dalam talian ini atau pun menghubungis pejabat di talian 019-605 2498
• Masjid Pekan Ranau, Ranau, Sabah
Pejabat Kesihatan Ranau juga meminta individu yang mempunyai sejarah solat Jumaat di masjid ini pada 9 Oktover untuk mengisi maklumat diri melalui borang dalam talian atau menghubungi bilik gerakan Pejabat Kesihatan Ranau di talian 019-605 2498
Kredit foto: theedgemarkets.com (Gambar hiasan)
Penempatan
• Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selangor
Terdapat dua kes positif disahkan di lokasi ini. Kedua-kedua individu tersebut dikuarantin mengikut arahan KKM
• Seasons Garden Residences, Wangsa Maju
Pihak pengurusan kediaman ini telah mengesahkan pada 19 Oktober, terdapat seorang penghuni di blok B disahkan dijangkiti COVID-19
• LakeFront Residences, Cyberjaya
Seorang penghuni di sini positif COVID-19 pada 18 Oktober, walau bagaimanapun individu tersebut dikatakan tidak menggunakan sebarang kemudahan awam lain kecuali lif sepanjang tempoh 14 hari
• Desa Idaman, Puchong Prima, Selangor
Seorang penghuni blok A disahkan positif pada 18 Oktober melalui notis pemberitahuan oleh pihak pengurusan dan ekoran itu, semua kemudahan awam termasuk kolam renang ditutup, manakala kedai runcit, dobi dan kafe beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
Pelawat pula hanya dibenarkan masuk antara jam 6 pagi hingga 6 petang dan hanya dua pekerja pembaik pulih dibenarkan bagi setiap unit bagi kerja-kerja penting
• Kondominium BSP21, Bandar Saujana Putra
Seorang lagi penghuni kondominium ini dari tingkat 11 blok A dikesan positif. Kali pertama kes COVID-19 dilaporkan pada 17 Oktober lalu membabitkan penghuni tingkat 23 blok J
Insititusi
Pendidikan
• SMK Pantai, Labuan
Semua pelajar tingkatan empat dan lima dikehendaki menjalani saringan selepas seorang lagi pelajar disahkan positif.
• SK Seri Sentosa, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Sekolah ini ditutup selama 7 hari bermula 20 Oktober selepas seorang murid dikenal pasti positif COVID-19
• SMK Raja Lope Nor Rashid, Parit Buntar, Perak
Sekolah ditutup mulai 20 Oktober sehingga 27 Oktober selepas satu kes COVID-19 dilaporkan
• SMK Dato Haji Mohd Taib, Chemor, Perak
Sekolah ditutup selama 7 hari bermula 21 Oktobber, ekoran terdedah dengan wabak COVID-19 menurut Jabatan Pendidikan Perak