Tiga tahun yang penuh dengan memori manis telahpun berlalu sejak Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019, kini pencarian ikonik dalam kalangan gadis remaja di Malaysia ini kembali semula bagi edisi ke-12 pada tahun 2022.
Berpegang dengan misi untuk mencari individu yang mampu menyebarkan inspirasi positif kepada masyarakat. Malah, ditambah dengan potensi yang boleh digilap, berbakat besar, berkarisma serta mempunyai ciri-ciri tepat sebagai seorang figura awam. Akhirnya, Majalah Remaja memperkenalkan finalis top 16 Dewi Remaja 2022, semalam.
Berjaya menempatkan diri sebagai finalis Dewi Remaja 2022 menjadikan figura-figura ini semakin dikenali. Ditanya apakah misi 5 tahun akan datang. Ini jawapan mereka:
AUNI :
“Saya rasa 5 tahun akan datang saya akan berada di pentas AJL sebagai pengacara di acara berprestij tersebut. ” ujar Auni
FIFI :
“Saya akan menjadi seorang anak seni terutamanya dalam bidang pengacaraan yang berjaya, dapat apa yang saya inginkan untuk menjadi ikon dalam dunia seni.” ujar Fifi
KEERAN :
“Saya akan jadikan platform Dewi ini untuk saya menjadi usahawan berjaya di masa yang sama turut menjadi public figure. Hal ini kerana saya ingin membantu menaikkan ekonomi negara dan anak muda mendapat pendapatan daripada perniagaan saya.” ujar Keeran
REEZLYN :
” Sejujurnya saya ingin membantu keluarga saya walaupun ia kedengaran agak klise. Saya juga ingin menjadi seseorang yang mampu menyebarkan benda yang baik like create positiveness dan membantu orang ramai.” ujar Reezlyn
DINA :
Ads
“Dina harap nak jadi pelakon wanita yang terima banyak anugerah dan wanita yang memberi inspirasi kepada ramai generasi muda terutamanya wanita dan paling penting Dina kaya dan dapat membantu ibu bapa Dina.” ujar Dina
MELISSA :
” Bagi mel, we can’t see the future tetapi kita boleh membina masa depan kita dari sekarang dengan menguasai masa yang ada dengan usaha yang tinggi. Jadi misi saya untuk 5 tahun akan datang adalah saya akan berusaha sehabis baik saya untuk menjadi salah seorang penggiat seni yang berjaya terutama sekali dalam bidang lakonan dan hosting kerana saya inginkan kelainan untuk diri saya sendiri dan keluar dari comfort zone saya selama ini iaitu modelling. Saya suka kan cabaran, dan saya akan pastikan cabaran itu akan membuahkan hasil terhadap diri saya untuk 5 tahun akan datang dan menjadi lebih dikenali dengan bakat yang saya ada.” ujar Mellisa
HYELEY :
“Saya akan menjadi seorang pelakon yang berjaya dan dapat membahagiakan kedua ibu bapa saya. Selain itu mungkin saya sudah memiliki master dalam jurusan Psychology,” ujar Hyely
MALLE :
“Saya dapat lihat 5 tahun akan datang saya akan menjadi seorang pelakon, usahawan dan juga saya ingin dikelilingi keluarga saya,” ujar Malle
Ads
BEE AISHAH :
“Saya harap saya berjaya menempa nama di Malaysia dan luar negara supaya saya dapat bantu keluarga saya,” ujar Bee Aishah
ZAFIRA :
“Saya akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang seni terutama sebagai pelakon dan model. Saya juga akan menjadi idola atau figure dalam human carrier seperti idola saya Micheal yeoh,” ujar Zafira
EIMAN :
“Di usia 29 tahun nanti, Eiman ingin menjadi ‘suara’ kepada wanita-wanita diluar sana. Terutamanya berkaitan isu gangguan seksual yang melibatkan wanita. Jadi, saya ingin membantu dan berdiri mempertahankan wanita di masa akan datang. Melalui platform Dewi Remaja, Eiman mahu mendidik masyarakat mengenai ‘sexual harassment awareness’,” ujar Eiman
KIMBERLY :
Ads
“Saya berharap saya boleh kembangkan bakat dalam bidang berlakon dan menjadi pelakon yang berjaya.” ujar Kimberly
ALYSSA :
“5 tahun akan datang, saya dah graduate dari Ijazah Sarjana Muda dan saya ingin terjun ke bidang seni menjadi pengarah dan mengarahkan filem saya sendiri.” ujar Alyssa
TRACIE :
“Disebabkan saya menyertai Dewi Remaja 2022 dan terpilih menjadi finalis top 16, jadi mindset saya sudah tentulah ingin menjadi selebriti. Jadi, saya lakukan sehabis mungkin dan ingin menjadi seorang yang dikenali ramai.” ujar Tracy
RASYIQAH :
“Lima tahun akan datang, Syiqa nampak diri Syiqa sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri seni dan menjadi usahawan. Saya akan memilih dua cabang kerjaya ini bersama dan saya yakin saya mampu lakukannya.” ujar shiqa
JANANI :
“Bercita-cita menjadi pelakon dan penerbit yang berjaya, dan saya tidak lupakan jati diri saya sebagai seorang wanita India. Malah, Janani turut ingin menjadi usahawan yang berjaya.” ujar Janani
Good luck girls!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, mesti ada rekaan gaun kahwin yang mencuri tumpuan semua, sehingga dinobatkan sebagai gown of the year.
Tahun ini, memang banyak gaun kahwin selebriti yang cantik-cantik. Tetapi, susah nak menidakkan kecantikan pelakon, Nadiyah Shahab kelmarin semasa majlis resepsinya bersama finalis Hero Remaja 2011/2012 yang juga merupakan pelakon, Ben Ali.
Nadiyah bersama bridesmaids-nya. Semua dalam persalinan Cosry.
Siapa lagi pereka fesyennya kalau tak lain tak bukan, Putra Aziz daripada butik Cosry. Putra memang sudah ‘makan’ dengan persalinan kahwin apabila seorang demi seorang selebriti meminta khidmatnya untuk majlis mereka.
Jom tengok rekaan mana yang paling kami ingati sampai ke hari ini.
Anzalna Nasir
Walaupun sudah dua tahun berlalu, tapi masih ramai orang yang mengimpikan persalinan kahwin seperti Anzalna! Gaun yang diinspirasikan daripada Barbie Mariposa ini mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan. Hasilnya berbaloi kan?
Bella Astillah
Kemas betul hiasan bunya yang disiapkan oleh Putra untuk baju persandingan isteri kepada Aliff Aziz ni. Baju ni adalah sebahagian daripada koleksi Knigts Bridges pereka. Tengok sekali imbas je, memang terserlah lah ketelitian bunga hiasan yang menaburi bahagian atas dan skirt kembang Bella.
Mia Ahmad
Bagi korang yang fefeling tradisional boleh dapatkan ilham daripada persalinan songket Mia Ahmad ni. Dari depan mungkin nampak seperti baju kahwin pastel biasa je. Tapi bila Mia pusing ke belakang, penulis kagum dengan bahagian ‘ekor’ kain sarungnya yang terlipat kemas.
Sharnaaz Ahmad
Okay, bukan pengantin perempuan yang nak diceritakan tetapi si lelakinya pula. Sharnaaz mengambil khidmat Putra untuk pakaian ala dirajanya untuk dipadankan dengan gaun Nabila yang direka oleh Radzuan Radziwill. Sut ini mempunyai beberapa elemen patriot ilham era 18th century Perancis.
Mawar Rashid
Okay ini merupakan persalinan kahwin yang menjadi sebutan ramai kerana beberapa perkara. Pertama, Mawar tampil sangat berbeza berbanding pengantin selebriti lain apabila pakaiannya kelihatan lebih moden dan adventurous. Dengan gaun kembang ostrich dan bahagian top metalik, ia serasi dengan latar pelamin mereka seakan berada di set penggambaran filem fairytale.
Nadiyah Shahab
Selalu kita dengar, “Orang cantik pakai apa pun cantik.” kan? Tetapi kelmarin, Nadiyah Shahab membuktikan dia memang pada level yang lain. Ramai memuji rekaan Putra yang cukup elegan dan bersesuaian dengan wajah pelakon Singapura itu. Dengar cerita, dah ramai orang yang inginkan dress seakan ini untuk perkahwinan mereka – impak sama seperti Anzalna dulu.
Sudah namanya rezeki buat pemilik nama Shaza Bae apabila boleh dikatakan drama lakonannya back to back ditayangkan di televisyen. Terbaharu, pemenang Dewi Remaja 2019 ini digandingkan bersama Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar dalam drama berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.
Kali ini, watak yang dibawakan oleh dua pelakon baharu ini sememangnya mencabar kerana mereka perlu banyak bermain dengan emosi. Shaza Bae membawakan watak sebagai Safiana, merupakan seorang isteri kepada Erfhan (Nadhir Nasar), seorang lelaki panas baran dan kuat cemburu. Walaupun dipukul dan dimarahi suami, Safiana tetap setia dan taat kepada suaminya itu.
Melakonkan watak sebagai suami dan isteri, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya perasaan Shaza berlakon bersama Nadhir yang juga kenalan rapat selepas sama-sama bergelar juara Dewi dan Hero Remaja.
“Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah untuk membawakan watak suami isteri ini, malah Shaza rasa bersyukur kerana sebelum ini telah mengenali Nadhir terlebih dahulu. Shaza tidak dapat bayangkan sekiranya watak itu dilakonkan oleh pelakon lelaki lain,” jelasnya sambil tertawa.
“Kami sudah berkawan sebelum ini jadi tidak dinafikan Shaza sudah selesa bersama Nadhir. Masuk sahaja di set penggambaran, kami terus tukar ‘mood’ dan menyelami watak sebagai Safiana dan Erfhan. Sewaktu di set lakonan juga, ada masanya kami tidak bercakap untuk mengambil ‘mood’ itu. Tapi apa-apa pun memang Shaza senang berlakon dengan Nadhir untuk watak kali ini,”
Sebelum ini timbul kontroversi video tular Nadhir mengangkat Shaza di salah satu babak yang bakal ditayangkan dalam drama tersebut. Shaza menjelaskan bahawa mereka bekerja secara profesional dan tidak memberi kesan kepada mereka berdua.
“Video tular itu keluar ketika insiden lakonan pelakon lelaki viral menjadi topik hangat netizen. Tetapi apa yang Shaza boleh katakan, situasi dan babak tidak sama seperti video viral tersebut. Penonton perlu tonton sendiri drama Nusyuz Berkiblat Cinta dan kami hanya menghayati watak yang dibawa,” jelas Shaza.
Nusyuz Berkiblat Cinta menyingkap kisah perhubungan toksik yang berlaku dalam masyarakat kita. Apa yang dipaparkan di dalam drama ini adalah situasi yang benar-benar berlaku dan kisah ini membawa banyak pengajaran dan ilmu kepada penonton.
“Drama ini mengetengahkan isu penderaan emosi dan mental seorang wanita. Contohnya, walaupun Safiana seorang peguam dan bekerjaya, dia juga tidak terkecuali diperlakukan sedemikian oleh suaminya. Ia bermaksud penderaan emosi dan mental ini boleh dilalui oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada wanita bergelar suri rumah atau pun yang bekerjaya,” tambah Shaza lagi.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, mulai 3 April hingga 15 Mei secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adik Putera Abdul Mateen, Putera Wakeel, tidak kurang menarik perhatian di istiadat perkahwinan diraja Brunei yang berlangsung dengan mewah dan gah baru-baru ini.
Majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung bukan hanya pengantin diraja menjadi tumpuan, bahkan ahli keluarga pengantin juga tidak terkecuali. Ini termasuklah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel yang merupakan adinda kepada Putera Mateen.
Mempunyai penampilan yang kacak dan menawan, berikut adalah beberapa gambarnya.
Kredit foto: @bruneiroyalfamily
Fakta Ringkas Tentang Putera Wakeel
Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006. Nama penuhnya ialah Pengiran Muda Abdul Wakeel, anak ke-11 Sultan Hassanal Bolkiah hasil perkahwinan ketiga baginda dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
Kelahirannya disambut dengan menembak 21 meriam di sekitar Istana Nurul Iman. Baginda mendapat gelaran Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda. Walaupun mereka berbeza ibu, Putera Wakeel kelihatan agak rapat dengan abangnya, Putera Mateen.
Azrinaz Mazhar Hakim, ibu kandung Putera Wakeel, adalah bekas wartawan yang berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005, dan bercerai pada 2010. Selepas bercerai, Azrinaz meninggalkan istana dan terpaksa meninggalkan dua anaknya di bawah jagaan bapanya supaya dia masih boleh menerima gelaran bangsawan. Pada masa itu, Putera Wakeel baru berusia 4 tahun.
Bukan sahaja Putera Mateen menjadi idola. Dengan ketampanannya, Putera Wakeel ternyata menjadi idola anak muda di Brunei Darussalam dan Malaysia. Malah, agak ramai netizen membandingkan kekacakannya dengan oppa Korea. Dia juga dikatakan sebagai idola baru di Brunei.
Apa yang jelas sudah semestinya rupa paras yang dimiliki baginda datang dari ayahanda dan juga bonda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chef Fikree berkongsi realiti dunia kulinari, isu mental health, budaya kerja dan laluan kerjaya bersama mahasiswa UiTM menerusi program Remaja On Road.