Anak mana yang rela melihat ibu jatuh sakit, lebih-lebih lagi untuk bersedia menerima takdir kehilangannya… Sama sekali tidak.
Sama seperti penyanyi dan pelakon berkaliber Kilafairy, yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya tercintanya itu.
Ads
Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu menitipkan harapan yang tinggi ada keajaiban yang berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Menerusi hantaran berkenaan, bintang itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Ads
Malah, Kilafairy yang lebih disapa Kila turut memaklumkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tersayangnya.
“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan awak pergi, mama,” coret Kilafairy ringkas.
Ads
Terdahulu, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.
Remaja mendoakan agar ibu Kilafairy diberikan kesembuhan seperti sedia kala…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika ditanya kepada peminat kasut, perkara paling penting bagi mereka adalah dengan memastikan kasut sentiasa bersih dan terjaga.
Lebih-lebih lagi jika ia merupakan kasut berwarna putih. Korang akan jaga sebaik mungkin dan make sure tak dikotori sebab takut kesan kotoran pada kasut susah nak hilang. Betul tak?
Nah, lepas ni tak perlu risau lagi kerana ada satu petua yang dikongsi oleh @madermn di laman twitternya, tentang bagaimana untuk menghilangkan kotoran pada kasut dengan cara yang mudah dan menjimatkan.
Kalau korang nak hantar kasut untuk dicuci harganya pun boleh tahan kan?
So, apa kata kita cuba cara yang telah dikongsi oleh lelaki ini.
Bahan-bahan yang diperlukan cuka buatan dan baking powder sahaja.
Pertama, korang kena campurkan baking powder dengan cuka. Guna cuka buatan, jangan guna cuka mahal. Hiks! Letak dua sudu baking powder dan secukup sudu cuka asalkan cukup untuk berus kasut korang.
Kemudian, berus macam biasa bahagian yang kotor guna berus gigi. Sental sampai hilang. Lepas dah hilang hitam tu, jangan cuci dengan air, just lap guna tisu.
Kalau korang nak lagi detail resipi cuci kasut ni boleh la google. Tapi, basically ia memang hanya campur cuka dengan baking powder saja.
Untuk korang yang masih bersekolah dan pakai kasut putih lagi, boleh la cuba nanti.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi satu kemestian untuk masyarakat di Malaysia ‘menjatuhkan hukuman haram’ ke atas semua bentuk hiburan bagi remaja walaupun tak semua orang terlibat dengannya.
Contoh terdekat adalah sukan berbasikal yang kini dicemari oleh stigma ‘basikal lajak’. Ramai ibu bapa terus mengharapkan agar remaja tidak lagi terlibat dengan sukan tersebut kerana khuatir anak mereka akan menyertai geng basikal lajak.
Uh hello, tak semua orang berfikiran pendek. Hanya segelintir yang menyertai aktiviti tak selamat itu dan kebanyakan remaja lain yang berbasikal hanyalah kerana mereka meminatinya.
Terbaru, cadangan untuk mengharamkan saluran atas talian, Netflix pula muncul dari kenyataan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Alasan mereka adalah kerana sesetengah siri drama dan filem di Netflix memaparkan adegan ganas, sosial dan seksual yang tak sesuai untuk ditonton oleh remaja berusia bawah 18 tahun.
Dalam satu laporan oleh akhbar Netflix, Ketua Pegawai Finas dan pengarah, Ahmad Idham berpendapat ibu bapa kini risau mengenai kandungan tersebut akan mengakibat bertambahnya gelajar negatif di kalangan remaja di Malaysia dan berharap agar kerajaan ‘mengharamkannya.’
Untuk pengetahuan, Netflix sebenarnya ada mempunyai cara bagi menyekat kandungan negatif yang diperkatakan oleh Finas.
Ia mempunyai fungsi parental control di mana ibu bapa (atau sesiapa yang melanggan Netflix pada setiap bulan) boleh menetapkan jenis kandungan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak dan remaja, seperti yang dipaparkan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama Fahmi Redza.
Netizen lain rata-rata tak bersetuju dengan cadangan Finas itu. Ini memandangkan mereka sendiri boleh menyekat kandungan yang tak ingin ditonton semudah menekan butang lock pada fungsi Parental Control.
Sekali lagi, mengapa perlu mengharamkan satu bentuk hiburan sekaligus sekiranya ada cara untuk menyelesaikannya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ “Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan”. Diikuti pada ayat 30, Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. Berdasarkan ayat ni, ternyata “tugas” Allah itu sangat sibuk iaitu memperkenankan doa hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dalam pada itu, kita selalu bercerita betapa seronoknya mempunyai kawan baik. Kawan yang boleh berkongsi susah dan senang. Kawan yang boleh berkongsi rahsia kita dan menjaganya sampai mati. Ya, kalau sekali kita bertemu, kita tak akan lepaskannya seumur hidup kita.
Tapi berapa ramai yang punya kawan baik menyebut nama kawan baiknya itu dalam doa yang dipohon pada Allah dalam solat lima waktu? Sebenarnya ada hadis menyebut, mendoakan sahabat itu tanpa pengetahuannya adalah lebih mustajab doanya. Lebih menakjubkan, malaikat akan mendoakan kita kembali selepas kita mendoakan sahabat kit aitu. Ini kerana mendoakan kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia. Islam mendidik umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri.
Kita dah biasa doakan ahli keluarga kita. Malah doa itu tak pernah lekang pun. Tapi jangan ditinggal doa buat sahabat kita, sebutlah namanya. Ini selari dengan satu soalan di page Mufti Wilayah Persekutuan, seorang sahabat bertanya apakah sahih hadith berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya adalah mustajab?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Sebelum kami menjawab persoalan di atas, di sini kami ingin nyatakan makna doa terlebih dahulu.
Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah pemohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. [Lihat: Sya’n al-Du’a, 1/4] Selain itu, Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi. Antaranya, Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.[al-Baqarah:186]
Berkaitan soalan di atas, hadith berkaitan doa kepada sahabatnya tanpa pengetahuannya adalah mustajab adalah hadith yang sahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya (Sahih Muslim).
Matan Hadith
Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.[Riwayat Muslim (4912)]
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.[Riwayat Muslim (4914)]
Makna Hadith
Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل” adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi.
Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah SWT memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]
Fiqh al-Hadith
Antara fiqh al-Hadith yang boleh diambil daripada hadith ini adalah:
Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.
Penutup
Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayah-Nya. Amin,Wallahua’lam (sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!