Tahniah, Tujuh Belia Cemerlang Terima Anugerah Raja Muda Selangor

Share

Belia aset penting negara, harus diberi perhatian sewajarnya…

Golongan belia merupakan aset penting negara dan harus diberi perhatian sewajarnya. Oleh sebab itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah kepada tujuh belia cemerlang sempena Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY).

ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Giat Memperkasakan Al-Quran, Farhatul Fairuzah Terima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor

Pengurniaan anugerah itu juga adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak penubuhannya pada 2017, bertemakan “Celebrating Achievements, Shaping Champions” (meraikan pencapaian, melahirkan juara).

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut hadir di majlis tersebut. Foto Via Astro

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin menerima Anugerah Belia Raja Muda Selangor yang julung kali diberikan manakala Adab Youth Garage memenangi Anugerah Organisasi Belia Terbaik atas usaha mereka menyediakan akses kepada pendidikan dan peluang kepada belia kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah.

Sementara itu, Anugerah Kepimpinan SAY diberikan kepada Dhiyaul M. Asyraf bagi kategori kesenian dan kreatif, Daphne Ng Chiew Yen (sukan dan kesejahteraan), Jason Fung (keusahawanan) dan Hairul Abdullah (khidmat masyarakat), manakala Izzah Ezureen Mohamed Yusoff muncul Peserta Pasukan Terbaik.

Turut hadir dalam majlis yang  berlangsung malam tadi ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Nurul Azwa Rodzi.

Tahniah kami ucapkan buat kesemua penerima anugerah ini.

BACA : Cemerlang Sukan & Akademik, Azeem Fahmi Akhirnya Pilih Auburn University Sebagai Destinasi Pengajian

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

IKLAN