Setelah hampir 17 tahun menghiburkan orang awam menerusi dunia senia, penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir akhirnya berjaya melangsungkan konsertnya “Aku Faizal Tahir” pada 2 September lalu di Dewan Merdeka, WTCKL.
Terdapat tiga peringkat tiket: yang terendah ialah peringkat Platinum pada RM488, Diamond pada RM588, dan VIP pada RM688.
Sebaik sahaja harga tiket diumumkan, penyanyi berusia 44 tahun tersebut berdepan kecaman dari warganet yang menyifatkan harga tersebut terlalu mahal bagi mereka dan turut membandingkan harga tiket tersebut dengan penyanyi lain yang baru-baru ini mengadakan konsert di Malaysia.
Namun jelas rezeki itu tidak pernah salah alamatnya, apabila komposer tersebut mengumumkan bahawa tiket konsertnya itu laris terjual menerusi perkongsiannya di akaun Instagram.
Ads
“Bagi mereka yang belum maklum, isu harga tiket ini sebenarnya di luar bidang saya dan ditetapkan sepenuhnya oleh pihak penganjur. Sejujurnya pada awal saya ketahui harga tersebut, saya agak risau,
“Namun, alhamdulillah konsert hari ini berjalan dengan baik. Benda baik yang saya ambil positif dari kritikan harga mahal tersebut, apabila ia memberi satu tekanan yang baik untuk saya justify kepada pembeli; you pay for this, thus I have to deliver a good performance,
“Saya harap penonton yang hadir merasakan bahawa konsert malam ini worth every single cent yang diberikan,” jelasnya ketika sidang media sebaik sahaja konsert solonya berakhir Sabtu lepas.
Ads
Komposer terkenal itu turut mendedahkan impiannya yang mahu dilunaskan sebelum bersara dari dunia seni sepenuhnya suatu hari nanti.
“Saya mempunyai sebuah impian sebelum bersara iaitu untuk mengadakan satu konsert secara percuma kepada para peminat,
“Ianya jelas bukan satu perkara yang senang, tapi kalau Allah permudahkan untuk saya, niat saya baik , saya harap konsert percuma yang berskala besar dapat dijalankan supaya semua orang boleh datang,” komennya lagi.
Wah….agak-agak dekat mana eh sesuai untuk Abang Ragaman adakan konsert?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ESPRIT merupakan jenama fesyen yang cukup dikenali di Malaysia.
Tak kiralah jika korang merupakan pembeli tetap ESPRIT ataupun sekadar pernah melihat kelibat stor pakaian ini di shopping malls. Sebut sahaja ESPRIT, tentu ramai yang mudah mengingati logo 3 garisannya.
Ternyata ini merupakan berita yang kurang enak didengar. Stor ESPRIT yang beroperasi di Malaysia dan di negara Asia lain di luar China AKAN DITUTUP pada 30 Jun ini.
Ini memandangkan prestasi jualan yang kurang memuaskan, tambahan pula dengan musim wabak Covid-19 yang telah memberikan impak mendukacitakan kepada banyak jenama ‘retail’ termasuklah jenama besar seperti ESPRIT.
Pada tahun 2020 saja, cawangan ESPRIT Asia di luar China seperti Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau telah membawakan kurang 4% daripada keuntungan ‘turnover’ mereka
Lantas, penutupan ini akan melibatkan lebih 56 buah cawangan demi menyelamatkan jenama tersebut di China dan benua lain seperti di Eropah (Jerman, Sweden, Belanda).
*
Untuk pengetahuan, bukan pekerja ESPRIT sahaja yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
CEO dan pengerusi lembaganya terpaksa menolak penerimaan gaji, sementara pekerja senior bersetuju dengan pemotongan 25 ke 35 peratus dari gaji mereka. Gaji pengarah juga terpaksa dipotong sebanyak 20 peratus.
Dengan masa depan yang masih samar disebabkan wabak Covid-19, kebanyakan perniagaan fesyen masih sukar untuk menetapkan perancangan seterusnya untuk jenama masing-masing.
Selepas 25 tahun bertapak di Malaysia, akhirnya kita perlu mengucapkan selamat tinggal juga kepada ESPRIT.
Setakat ini, masih belum ada perkhabaran sekiranya mereka bakal mengadakan jualan penghabisan stok secara online di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai aktor terkenal Fattah Amin dan penyanyi bersuara lunak, Amira Othman yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga terus menjadi bualan hangat netizen.
Terbaharu, pengurus kepada Fattah Amin iaitu Aca tampil bersuara selepas ditanya peminat ketika bersiaran langsung di TikTok.
Menerusi satu soalan yang dilontarkan, seorang pengguna bertanya mengenai laporan media yang tersebar sebelum ini.
“Aca betul ke artikel pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin?” soal netizen berkenaan.
Tanpa mengiya atau menafikan, Aca sekadar memberi respon ringkas namun penuh makna.
“Doalah yang baik-baik,” jawab Aca sambil tersenyum.
Jawapan tersebut sekali gus mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan peminat. Malah, ramai yang mula membuat spekulasi sendiri seolah-olah memberi bayangan bahawa berita itu ada benarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
“Alhamdulillah, kalau dah Aca cakap macam itu faham-faham lah yaa. Tak sabar yaaa,” tulis seorang pengguna.
“Tak sabar. Lelaki baik untuk wanita yang baik… Allah bagi pada waktu yang tepat,” komen seorang lagi.
“Kalau betul mereka berjodoh, minta-minta ini jodoh yang terakhir untuk mereka berdua. Semoga kekal hingga akhir hayat. #doayangbaik2,” tulis netizen lain.
“Betul lah apa Aca cakap tu, doa saja baik-baik,” ujar seorang lagi.
Untuk rekod, sebelum ini sebuah portal hiburan telah melaporkan bahawa Fattah dan Amira dipercayai sedang menghitung hari bahagia mereka.
Namun begitu, sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua selebriti berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kurang dari tempoh sebulan berlalu selepas ahli grup K-pop Big Bang, G-Dragon berangkat untuk melunaskan tanggungjawab menyertai latihan ketenteraan selama 2 tahun. Kini tiba giliran ahli grupnya, Taeyang untuk melakukan perkara yang sama.
Taeyang yang baru berkahwin pada awal Februari lalu didapati melaporkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada hari ini. Berita tersebut tersebar selepas dia tiba di pusat latihan rekrut Divisi Infantri ke-6 pada jam 1.45 petang waktu Korea Selatan. Turut sama berada di situ ialah para peminat dan rakan media yang ingin memberikan sokongan.
Taeyang memilih gaya sama seperti G-Dragon pada hari melaporkan diri dengan memakai pakaian serba hitam. Mungkin kerana dia ingin kekal low profile dan tidak inginkan terlalu banyak perhatian.
Mana satu G-Dragon, mana satu Taeyang? Hehe..
Sebelum memasuki kompaun pusat rekrut tersebut, Taeyang sempat mengucapkan selamat tinggal kepada staf YG Entertainment dan juga bersalaman dengan peminat yang menunggu sejak awal pagi lagi.
Menariknya, oleh kerana ramai peminat dari luar negara di sana, dia didapati berturut dalam bermacam-macam bahasa berbeza bersama mereka.
Taeyang berdiri di hadapan crowd tersebut dan berkata, “Saya akan kembali semula dengan sihat,” sebelum memberikan salam hormat dan perpisahan.
Suasana tersebut nyata membuatkan netizen merasa sedih kerana mereka perlu menunggu 2 tahun lamanya sebelum boleh bertemu dengannya semula.
Di akaun Instagram, Taeyang juga sempat untuk memuat naik poster lagu terbaru Big Bang – ‘Flower Road ‘dengan pesanan, “Saya akan kembali dengan sihat. Untuk kamu semua, pilihlah jalan yang penuh berbunga (jalan yang baik).”
Flower Road akan menemui peminat Big Bang pada hari esok, pada jam 6 petang waktu Korea Selatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!