Penyanyi tersohor dan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini meraih perhatian apabila tampil prihatin menyumbang insentif tunai kepada pelajar cemerlang SPM 2024 menerusi Yayasan Nurjiwa.
Menurut laporan media tempatan, inisiatif ini bukan sahaja memberi RM500 kepada setiap pelajar yang mendapat semua A, malah turut menyambung usaha membantu pelajar daripada keluarga B40 dan anak yatim.
Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa buat pertama kalinya menyerahkan insentif pendidikan kepada 401 pelajar cemerlang hasil kerjasama strategik bersama pusat tuisyen PTTI dan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan mencecah RM200,500 dimana ia adalah satu angka yang cukup besar dan sangat bermakna buat pelajar terlibat.
Menurut Datuk Siti Nurhaliza, bantuan ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik luar biasa, selain dijadikan pembakar semangat kepada generasi akan datang untuk berusaha lebih gigih.
Ads
“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan SPM semua A”
“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya.
Ads
Sementara itu, selain membantu pelajar cemerlang, Yayasan Nurjiwa juga aktif menyalurkan bantuan makanan harian kepada hampir 100 pelajar daripada keluarga B40 dan anak yatim dan ini merupakan antara usaha kebajikan yang dijalankan secara konsisten oleh mereka sejak beberapa tahun lepas.
“Setiap hari kami akan menyediakan makanan kepada hampir 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya daripada golongan B40”
“Bukan itu saja, Yayasan Nurjiwa juga menyediakan bantuan makanan kepada anak-anak yatim sejak beberapa tahun lalu dan diharapkan ia dapat membantu lebih ramai pelajar memerlukan lagi,” ujarnya.
Sehubungan itu, usaha konsisten Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa ini bukan sekadar inisiatif semusim, tetapi ia juga satu komitmen berterusan untuk memastikan setiap anak Malaysia, tanpa mengira latar belakang, dapat terus melangkah dalam dunia pendidikan dengan lebih yakin dan semangat.
Sekadar info, majlis penyerahan insentif tersebut berlangsung penuh gilang-gemilang di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad lalu. Lebih 2,000 tetamu hadir termasuk ibu bapa, pelajar, selebriti dan tokoh pendidikan tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain jerawat, whitehead dan blackhead adalah perkara yang paling dibenci semua orang!
Sudahlah selalu muncul, satu hal pula nak buang semua whitehead dan blackhead tu lepas tu sakit lagi dapat.
Untuk pengetahuan, punca utama munculnya whitehead adalah kerana liang pori yang tersumbat. Bila dah tersumbat membuatkan kawasan tersebut dipenuhi minyak dan tidak dibersihkan dengan betul membawa kepada masalah tersebut.
Tempat selalunya muncul whitehead adalah di bahagian muka iaitu di hidung, dagu dan juga dahi. Kawasan yang kita kenali sebagai T-Zone.
Manakala, blackhead pula adalah benjolan kecil yang muncul di kulit anda kerana folikel rambut/ liang roma tersumbat. Tidak hanya muncul di muka, blackhead juga boleh ditemui di bahagian belakang badan dan dada.
Kenapa kena buang?
Sebab utama adalah untuk kebersihan dan kesihatan kulit. Kalau sinki di rumah yang tersumbat pun kita kena betulkan inikan pula kalau ada yang ‘tersumbat’ di bahagian muka kan?
Selain itu, kita juga akan rasa lebih selesa dan yakin bila wajah kita bebas daripada whitehead dan blackhead ini kan?
Jangan Picit!
Kebelakangan ini kelihatan ada banyak video menunjukkan bagaimana whitehead dan blackhead dibuang dengan cara memicitnya. Kalau nak tahu, banyak video tersebut dilakukan oleh pakar ya.
Seeloknya, jangan picit whitehead dan blackhead korang dan lebih sesuai menggunakan essential oil ataupun produk skincare. Tapi, makan masa sikitlah kalau guna cara ini. Ada yang ambil masa sampai 8 minggu tau.
Kena Jaga Muka
Proses penjagaan muka sangat penting ya. Pastikan sentiasa cuci muka mengikut produk sesuai dengan kulit, kemudian kepada mereka sering memakai alat solek, buang makeup menggunakan makeup remover.
Kadang-kadang punca whitehead dan blackhead ini sebab tak cuci makeup betul-betul je, jadi prevention is better than cure kan?
Apa-apapun, yang penting kita kenalah konsisten. Bak kata orang, beauty is pain!
Sumber: Healthline
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita dari negara seberang, Raline Shah tampil berbeza di karpet merah pada temasya Festival Filem Cannes di Paris hujung minggu lalu. Raline Shah kelihatan begitu cantik dan anggun dengan kebaya rona biru.
Pelakon filem hit Surga Yang Tak Dirindukan itu yang dipilih mewakili jenama barang kemas Chopard dan Bvlgari itu sekaligus berjaya menarik perhatian dengan mengenakan kebaya biru digabungkan dengan kain batiknya.
Penampilannya jelas berbeza berbanding para selebriti hadir yang lain kerana memakai pakaian tradisional.
Menjengah menerusi perkongsian di Instagram miiknya, dia menzahirkan rasa bangga apabila mengenakan kebaya dan berkain batik di acara antarabangsa tersebut.
“Bangga apabila dapat menghadiri #festivaldecannes dengan pakaian kebangsaan saya, iaitu kebaya.
“Felt so much joy to be able to bring a part of home with me. Bangga jadi perempuan Indonesia,” coretnya ringkas.
Lebih-lebih lagi, kebaya yang digayakan Raline nampaknya mempunyai makna yang mendalam. Ini didedahkan sendiri jenama fesyen, Maison Baaz Couture yang telah mereka bentuk kebaya tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram @maisonbaazcouture, pihaknya berkongsi bahawa Raline ‘request’ bagi membuat kebaya moden untuk memperkenalkan budaya Indonesia.
Selain itu, rata-rata warganet turut memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian kebangsaan pada majlis berprestij ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal, Lay Zhang atau nama sebenarnya Zhang Yixing (35) baru-baru ini meraih perhatian apabila konsert jelajahnya berjaya mencatat rekod dunia dengan pendekatan pentas yang luar biasa kreatif.
Menerusi sebuah perkongsian oleh Guinness World Records di media sosial, konsert tersebut telah diiktiraf kerana menampilkan sebuah pentas LED unik yang direka dalam bentuk skrol boleh gulung.
Lebih menarik, konsep pentas tersebut yang bukan sahaja berfungsi sebagai elemen visual, malah bergerak seperti helaian skrol yang dibuka secara langsung sepanjang konsert berlangsung.
Sehubungan itu, rekaan inovatif ini sekaligus membolehkan Lay mencipta rekod dunia bagi kategori skrol LED boleh dicas semula terpanjang yang pernah digunakan dalam sebuah konsert solo.
Menurut laporan, panjang keseluruhan skrol LED tersebut mencecah sehingga 110 meter, bersamaan kira-kira 360 kaki 10 inci, menjadikannya antara elemen produksi paling besar dan kompleks pernah digunakan dalam persembahan muzik.
Difahamkan, konsert berkenaan merupakan sebahagian daripada jelajah ‘The 2025 Lay Zhang Grandline 5 Monkey King Rocking The Heavenly Palace Tour Beijing’, yang turut menampilkan pelbagai elemen visual berinspirasikan mitologi dan konsep futuristik.
Untuk info, Lay Zhang sememangnya dikenali dengan kreativiti dan eksperimen dalam persembahan pentas sekali lagi membuktikan keupayaannya menggabungkan seni, teknologi dan penceritaan dalam satu pengalaman konsert yang imersif.
Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan lagi reputasinya sebagai penghibur serba boleh, malah meletakkan penanda aras baharu dalam industri konsert global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...