Tabby Dolla Berjaya Tamatkan Pengajian, Genggam Ijazah Bidang Perniagaan

Share

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Dolla kini menjadi perhatian peminat apabila setiap gerak geri mereka menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, salah seorang ahli kumpulan ini, Tabby telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang mengatakan bahawa dia sudah pun berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor.

Seperti yang dikongsi menerusi Harian Metro, Tabby tidak menafikan bahawa dia berhadapan dengan cabaran untuk membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya, namun dengan berkat sokongan ramai akhirnya dia berjaya menamatkan juga pengajiannya itu.

“Memang mencabar kerana saya perlu pandai bahagikan masa dengan kerjaya selain penuhi kehadiran kuliah. Saya sangat bertuah rakan anggota Dolla, syarikat rakaman dan pihak universiti banyak memberi sokongan.

Instagram: @tabbybabyyy

“Pengajian saya di universiti itu pun mendapat tajaan biasiswa bakat khas. Malah, pihak universiti sendiri memberi kata perangsang dan meminta saya lebarkan sayap dalam bidang hiburan.

“Kini saya bangga nak cakap saya sudah memiliki ijazah. Sekarang, saya lebih bebas dan masa untuk terus aktif serta kukuhkan kerjaya sebagai artis,” jelasnya.

Instagram: @tabbybabyyy

Tabby turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat atas kejayaannya ini.

Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada Tabby dan semoga Tabby berjaya mencapai segala impian yang diinginkan.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN