Hanya dengan satu klip yang dimuat naik, peminat kumpulan K-pop popular, Big Bang jadi tak keruan.
Jangan risau, kali ini tiada lagi insiden ditangkap polis ataupun disaman di mahkamah.
Semuanya gara-gara rapper karismatik Big Bang, T.O.P memuat naik video yang menunjukkan dirinya berada di studio rakaman dan melontarkan lirik rap terbaru.
A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on
Ads
Peminat mula mengeluarkan spekulasi bahawa Big Bang sedang giat membuat persediaan untuk muncul dengan comebacksingle mahupun album baharu.
Setelah menamatkan tempoh latihan ketenteraan, T.O.P memilih untuk menyepikan diri seketika daripada sebarang kemunculan awam.
Berlainan sekali dengan rakan sekumpulannya, Taeyang yang muncul menerusi siri dokumentari berjudul White Night.
Ads
Dokumentari 8 episod yang ditayangkan pada setiap hari Isnin itu telah memasuki episod ketiga minggu ini dan ia menunjukkan klip daripada konsert jelajah 2017 Taeyang di Amerika Syarikat.
*
Untuk pengetahuan, YG Entertainment baru memperbaharui kontrak “eksklusif” bersama 4 orang ahli Big Bang pada 11 Mac lalu.
Ads
T.O.P, Taeyang bersama G-Dragon serta Daesung bersetuju untuk terus bersama label tersebut. Ini juga menandakan kali ketiga Big Bang memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment setelah melakukannya pada tahun 2011 dan 2015.
Kedua-dua tempoh itu disusuli dengan album baharu Big Bang iaitu Alive (2012) dan MADE (2016).
Mungkin sekali kita akan mendengar album terbaru Big Bang tak lama lagi pada tahun ini atau tahun hadapan? Tak sabar!
Selepas hampir kesemua watak terkenal superhero dari komik difilemkan, kebelakangan ini pula muncul trend baru dengan mengetegahkan karakter-karakter anti-hero yang tidak kurang popular.
Dan bila berbicara tentang karakter komik pastinya kita tidak akan terlepas daripada nama MARVEL. Namun uniknya disebabkan hak perfileman yang diberikan dahulu menyaksikan banyak watak-watak MARVEL terbahagi kepada tiga penerbit berbeza.
Contohnya Marvel Cinematic Universe (MCU) diterbitkan sendiri oleh Marvel Studio (yang dimiliki oleh Walt Disney), X-MEN pula oleh 20th Century Fox dan ‘universe‘ Spider-Man oleh Sony Pictures Entertainment.
Walaupun Spider-Man kini telah ‘dikembalikan’ kepada Marvel Studio namun secara teknikalnya Sony Pictures Entertainment masih memiliki hak perfileman watak tersebut. Dan disebabkan itulah mereka telah bekerjasama dengan Marvel Studio menerbitkan ‘Spider-Man: Homecoming’ dan sekali gus membenarkan karakter itu disertakan di dalam MCU.
Tapi berbeza pula untuk filem terbaru ‘Venom’ yang kini ditayangkan di seluruh negara. Filem yang mengetengahkan musuh utama Spider-Man di dalam komik ini dijadikan sebagai filem solo dengan tema anti-hero.
Menariknya, ‘Venom’ yang dilakonkan oleh Tom Hardy ini tidak mempunyai kaitan atau berkongsi ‘universe‘ dengan watak Spider-Man di dalam MCU. Mereka turut menegaskan bahawa ‘Venom’ adalah stand alone movie yang tersendiri.
Jadi bagaimanakah filem ‘Venom’ ini?
Plotnya berkisar tentang seorang wartawan penyiasat bernama Eddie Brock yang memiliki kehidupan cukup sempurna; karier yang baik, teman wanita yang cantik serta diberi kebebasan oleh majikan untuk melakukan apa sahaja kerana populariti yang diraihnya.
Namun segalanya berubah buat Eddie apabila dia telah terlibat dalam penyiasatan terhadap Carlton Drake, seorang bilionair yang juga seorang pencipta genius dan ketua Life Foundation.
Dalam pada masa yang sama, sebuah kapal angkasa milik Life Fapundation yang menjalani misi ke angkasa lepas terhempas bersama-sama dengan empat jenis entiti makhluk asing dikenali sebagai symbiote.
Sujujurnya ini bukanlah pertama kali kita diperkenalkan dengan watak Venom di layar perak. Menerusi ‘Spider-Man 3’, watak ini pernah dibawa oleh Topher Grace yang telah dikritik hebat.
Menerusi filem ini, Tom Hardy telah melakukan yang terbaik membawakan watak Eddie Brock. Tapi malangnya hanya itulah perkara yang baik boleh dipuji di dalam filem ‘Venom’.
Terdapat banyak kecelaruan di dalam memperkenalkan origin di mana sebenarnya asal kumpulan symbiote dan apakah sebenarnya motif mereka selepas tiba di bumi.
Sebagai penonton, REMAJA juga keliru dengan motif Venom yang dengan mudah menerima badan Eddie Brock sebagai hos tanpa sebarang penjelasan. Kita seolah-olah disuap dengan setiap informasi yang tidak diberikan dengan cukup jelas. Kecelaruan ini jugalah menyebabkan perkembangan karakter Eddie menjadi sangat terhad dan kadangkala jenaka yang diketengahkan bersifat sangat slapstik dan murahan.
Dari segi aksi pertarungan dan kesan khas CGI juga ia nampak seolah-olah filem yang dihasilkan pada 10 tahun lalu. Sebagai sebuah filem pada mulanya diangkat sebagai antara karya anti-hero terhebat ia ternyata tidak berhaya memenuhi jangkaan tersebut.
Agak sayang kerana barisan pelakon hebat yang terdiri daripada Tom Hardy, Michelle William dan Riz Ahmed terpaksa bergelut dengan skrip yang cukup unforgetable bagi penonton. Malah karakter ‘Venom’ itu sendiri sangat mudah untuk kita lupakan kerana tiada apa yang istimewa melainkan penampilannya yang cukup mengerikan.
RATING: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja,” tambahnya.
Selain itu, Fattah turut mengirimkan doa kepada Amira yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
“Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab.
Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun Malaysia akan menghantar seorang wanita cantik untuk mewakili negara bagi merebut gelaran Miss World. Malam tadi, Hotel Majestic Kuala Lumpur menjadi saksi kemenangan gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur mengungguli takhta sebagai Miss Universe Malaysia 2019, sekaligus akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik dunia tahun ini.
Shwetajeet Kaur atau lebih dikenali sebagai Shweta Sekhon berentap bersama 17 gadis yang lain bagi merebut gelaran idaman para gadis cantik. Gadis cantik berdarah kacukan ini merupakan seorang freelance model dengan ketinggian 172cm yang gemar mendengar muzik, bercuti dan ‘hiking’. Ingin menjadi idola kepada gadis-gadis diluar sana dengan memberi inspirasi agar tidak mudah berputus asa dan kekal positif dalam setiap apa yang dilakukan, Shweta tidak gugup dalam memberikan jawapan dari setiap soalan yang diberikan ketika malam final pertandingan ratu cantik itu.
Shweta menerima tiara Habib Jewels yang berharga RM2.38 juta dengan wang tunai dan hadiah tajaan yang berjumlah RM180,000 serta tajaan pendidikan daripada HELP Universiti.
Turut menduduki takhta di tempat kedua Frost Yaw Hui Jing, 25 tahun yang berasal dari Johor, Tessminderjeet Kaur, 23 tahun dari Selangor dan Lee Su Hsien @ Su Lee berusia 25 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.
Datin Elaine Daly yang merupakan Pengarah Negara Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) berkata, pertubuhan Miss Universe Malaysia ini akan sentiasa memberi inspirasi, mengubah dan memperkasakan wanita muda di luar sana untuk tampil yakin dan cantik supaya mereka dapat berdiri megah di platform global dan membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Tema ‘Beauty Beyond You’ yang mengambarkan semangat para gadis yang berpeluang untuk bersinar bukan sahaja luaran, malah kecantikkan dalaman juga. Datin Elaine Daly juga mengucapkan tahniah kepada Ratu Cantik Malaysia 2019 dan menyatakan bahawa banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum pertandingan Ratu Cantik Dunia tahun ini yang masih lagi dalam berbincangan.
Apa-apa pun, REMAJA mengucapkan tahniah kepada Shweta Sekhon yang telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!