Biasanya hari cuti ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang dengan keluar bersiar-siar, menonton wayang atau pun melakukan aktiviti riadah.
Namun begitu, adalah lebih sekiranya korang tidak keluar rumah buat masa ini kerana bimbang dengan wabak COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat jumlah kesnya. Jika tidak mempunyai urusan penting di luar, luangkan saja masa bersama keluarga di rumah dengan menonton televisyen atau pun filem secara online.
Kalau juga boleh elakkan berkunjung ke 18 lokasi sekitar Kuala Lumpur ini kerana tempat-tempat tersebut telah disahkan mempunyai kes positif COVID-19 setakat ini.
1. A-Saloon, Melawati Mall
2. AIA cawangan Plaza 33, Petaling Jaya
3. Brainy Bunch Kindergarten, Bandar Kinrara branch
4. Bukit Gembira Condominium, Kuala Lumpur
Ads
5. Church of Our Lady of Guadalupe (OLOG), Puchong
6. Employees Provident Fund’s (EPF) cawangan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
7. Fitness First, Puchong-based mall
8. Hong Leong MSIG Takaful Berhad cawangan Tower B, PJ City Development
9. Khazanah Nasional Berhad, Kuala Lumpur
Ads
10. Koi Kinrara Suite, Puchong
11. Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Cyberjaya
Siapa saja yang tidak rambang mata bila melihat promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Waktu inilah kita nak merancang percutian bersama orang tersayang dengan kadar harga yang lebih murah dan menjimatkan.
Menurut Sinar Harian, mulai sekarang hingga 21 Jun 2019 nanti, korang boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines yang menawarkkan tambah serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.
Selain daripada Fly Now Deals ini, Malaysia Airline juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi standard seat dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.
Sudah pasti berita ini mendapat perhatian daripada netizen yang ingin mengambil peluang untuk bercuti.
Apa tunggu lagi guys? Jom book tiket untuk percutian akhir tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak excited bila sudah ada teman lelaki atau perempuan? Berjumpa dengan ibu bapa masing-masing pun sudah, dapat restu pun sudah. Jadi tibalah masa untuk merisik, bukan?
Oh yes!
Akhirnya tiba juga hari kita. Asyik tengok orang lain je muat naik gambar dan video majlis merisik mereka, akhirnya kita dapat merasa juga feeling bahagia. Amboi!
Tak salah untuk merasa teruja. Tetapi kadangkala, ada perkara yang lebih elok dan manis untuk kita simpan di dalam phone saja sebelum tiba hari majlis berlangsung. Tak perlulah muat naik foto atau video ini sebelum sah menjadi ‘milik’ seseorang.
Penulis tertarik dengan cara selebriti, Ain Edruce yang kekal low–profile bersama teman lelaki sebelum majlis merisik mereka pada hari Jumaat lalu.
Tahniah Ain Edruce!
Sama ada korang memilih untuk merisik dahulu seperti Ain atau terus melangsungkan pertunangan, whynot korang cuba untuk elakkan 5 perkara ini?
01
Foto Cincin
Perkara pertama yang terlintas sebelum majlis merisik tentulah mendapatkan cincin bagi pihak perempuan.
Tetapi tak perlulah korang muat naik video Instastory di kedai barang kemas semasa memilih cincin (yeswecanreadyourmind).
Jauhkan diri daripada memberitahu harga cincin yang dibeli. Nanti orang mark korang sebagai riak, marah pula.
02
TarikhPertunangan
Sebaiknya, biarlah tetamu yang diundang, keluarga serta kenalan terdekat saja yang tahu bila majlis merisik korang akan berlangsung. Tak perlu diumumkan secara publik.
Nanti buatnya majlis tak jadi, Allahu kan dah malu. Lagipun, lebih manis jika korang keepitprivate dan sentimental dengan yang paling rapat saja.
03
InformKeluarga
Semasa majlis berlangsung, janganlah terlalu teruja untuk melakukan Instagram Live atau Facebook Live. Besar kemungkinan ada ahli keluarga yang korang terlupa untuk jemput ataupun inform.
Lebih molek kalau berita baik sudah bertunang ini dihebahkan dalam group WhatsApp keluarga dahulu sebelum korang mengumumkannya di media sosial.
Tiga gambar bersama orang tua and that is it! Tak perlu foto mesra terlampau dengan teman lelaki, just back to normal life. #relationshipgoals betul.
04
WangHantaran
This applies to e-Days.
Tolong, tolong rahsiakan mengenai wang hantaran majlis pertunangan korang. Kalau boleh jumlah cek itu pun jangan dibingkai dan diletakkan di atas dulang hantaran.
Kita tidak tahu hati orang. Ada yang gembira kita mendapat teman yang mampu menanggung kos, ada juga yang cemburu tak ingat dunia.
05
SiapakahGerangannya
REMAJA faham, semua orang pun berkongsi momen bersama teman lelaki dan perempuan di media sosial sekarang. Pergi bercuti – post. Pergi makan – post. Dapat hadiah – post. Biasalah tu.
Tapi apabila kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis merisik, sebaiknya korang kurangkan ‘kemesraan’ di media sosial.
Tak perlu gambar bersama teman lelaki pun, cukup sekadar mention saja dalam caption. Love!
Lebih manis di mata ahli keluarga yang lebih ‘senior’ memandangkan mereka sudah mula bercakap mengenai bakal majlis tersebut kepada kawan, jiran dan ahli keluarga yang lain.
*****
Ya bukan mudah nak jadi teman seseorang terutamanya pada awal perhubungan. Jadi, cara terbaik adalah untuk keepitsimpleandprivate.
Masanya akan tiba selepas majlis merisik berakhir untuk korang kongsikan kegembiraan di media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, umat Islam dunia seakan tidak boleh lari daripada dugaan yang perlu dihadapi setibanya bulan Ramadan Al-Mubarak.
2021 tidak terkecuali apabila seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut ditembak pada hari Rabu minggu ini oleh tentera Israel.
Kejadian yang berlaku berhampiran bandar Nablus dekat utara Tebing Barat ini tercetus setelah penunjuk perasaan Palestin bertembung dengan tentera Israel di Kampung Oudla, di selatan Nablus.
Punca di sebalik pertempuran tersebut hadir daripada pihak tentera Israel sendiri yang m menyerang kawasan kediaman penduduk Palestin atas alasan memburu seorang lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan warga Israel, awal minggu ini sehingga mengakibatkan kecederaan.
Biarpun tiada kaitan dengan insiden terdahulu, kehilangan nyawa remaja yang tidak bersalah ini menjadi petanda awal terhadap bentuk serangan yang menanti penduduk Islam Palestin beberapa hari kemudian.
Semalam, tentera Israel telah merobek kemuliaan bulan Ramadan yang masih berbaki empat hari lagi dengan menceroboh ke dalam Masjidil Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di dalam. Lebih menyedihkan apabila kejadian ini berlaku pada Jumaat terakhir Ramadan, tahun ini.
Selain menceroboh, pihak tentera turut melemparkan bom asap, menyerang dan juga menembak para jemaah dengan peluru getah semasa jemaah sedang beribadah. Tindakan biadap itu sekaligus memaksa penduduk Palestin yang turut terdiri dalam kalangan jemaah wanita dan kanak-kanak untuk berlindung dan terperangkap di dalam masjid.
Susulan insiden ini, 178 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera manakala 88 orang lagi dikejarkan ke hospital setelah dipercayai terkena peluru getah yang ditembak oleh tentera Israel.
Sumber Foto : Al Jazeera
Insiden di tanah suci ketiga umat Islam ini dikatakan berpunca daripada tentangan rakyat Palestin terhadap Israel yang merancang untuk merampas rumah dan tanah kediaman mereka di Timur Baitulmaqdis.