Usahawan dan personaliti media sosial, Syifa Melvin tampil berkongsi semula momen ketika membuat kejutan sedang hamil cahaya mata petamanya iaitu Saif Sulaiman.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu dilihat membuat kejutan kepada suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid mengenai kehamilan pertamanya itu.
Di dalam video tersebut, Safawi diminta menutup mata sebelum Syifa menunjukkan keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan.
Tidak dapat menahan sebak, Safawi yang gembira dengan berita tersebut diilihat memeluk erat tubuh isteri tercintanya.
Ads
“Mashaallah! Tuan badan dah bagi greenlight untuk post, aku masih mixed feeling lihat video ini.
“Saif, nanti dah besar tengok lah video ini,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna turut gembira selain terhibur dengan reaksi Safawi.
Ads
“Reaction diorang ni ade speed 2x ke,” komen seorang pengguna.
“Tak tahu nak gelak ke happy tengok reaction Pawi (Safawi)” komen pengguna lain.
“Si Pawi ini kenapa, mudah naw (sangat) terkejutnya haha,” komen juga pengguna lain.
Ads
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga bersama Safawi pada tanggal 28 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia lapan bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
First love ni memang susah nak dilupakan. Mungkin sebab dialah orang pertama yang kita sayang atau boleh jadi kerana hubungan yang terjalin sudah terlalu lama.
Ada juga orang cakap, cinta pertama selalunya takkan berakhir ke jinjang pelamin. Iye la, time ni masih baru nak mengenal erti kasih sayang dan masa ni jugalah kita baru nak belajar tentang hidup berpasangan. Pendek kata, seperti sedang belajar dari pengalaman.
Namun begitu, kalau dah namanya jodoh, bercinta la dengan berapa orang sekali pun, tup tup korang kahwin juga dengan si first love tu.
Macam apa yang dikongsi oleh Ama Azmi tentang bagaimana dia dan suaminya yang telah terpisah enam tahun tetapi akhirnya bertemu jodoh juga. Lagi sweet bila si suami memang merupakan cinta pertamanya.
Jom kita baca pengakuan penuh daripada gadis ini. Sumpah sweet wey!
I never gave up on him
Dia pun kebetulan baru broke up..
Cantiknya aturan Allah
Dia tanya nak kahwin dengan siapa?
He is truly a dream came true
We got married, yayy!
Kewangan masih belum stabil
Sekali lagi, Allah tolong permudahkan jalan
So guys, korang yang belum kahwin tu janganlah give up dulu. InsyaAllah jodoh tu akan datang bila korang dah betul-betul ready. Berdoa dan tawakal saja pada Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Platform media sosial Indonesia hangat membicarakan majlis perkahwinan anak lelaki termuda Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang diraikan dengan penuh berprestij.
Presiden Jokowi dikhabarkan gembira menerima kehadiran menantu baharu setelah anaknya, Kae Sang Pangarep selamat disatukan dengan gadis pilihan, Erina Sofia Gudono.
Kedua-dua pihak keluarga meneruskan adat tradisi perkahwinan di Indonesia yang dilaksanakan dengan penuh teliti dan memakan masa berhari-hari.
Dalam hantaran di media sosial, Presiden Jokowi melahirkan kesyukuran setelah segala majlis berjalan dengan lancar.
Beliau turut memohon maaf di atas gangguan trafik yang berlaku akibat penutupan beberapa jalan raya di sana bagi majlis perkahwinan tersebut.
Presiden Joko Widodo bersama isteri, Iriana dalam salah satu istiadat perkahwinan anak mereka.
Sedikit info mengenai pasangan bahagia ini; Kae Sang, 27 merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan mempunyai pengikut yang agak ramai di media sosial.
Sebagai anak kepada Presiden Indonesia, Kae Sang tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam arena politik seperti yang dilakukan oleh abang sulungnya, Ghibran Rakabuming (Datuk Bandar Solo) serta abang iparnya, Bobby Nasution (Datuk Bandar Medan).
Kaesang Pangarep
Sebaliknya, minat Kae Sang lebih terarah kepada bidang perniagaan makanan yang dinamakannya Sang Pisang dan juga bergelar personaliti YouTuber.
Isteri pilihan Kae Sang merangkap menantu Presiden Indonesia Joko Widodo ini juga bukan calang-calang latar belakangnya.
Erina Sofia Gunado, 25 berasal daripada keluarga ternama dan adalah anak ketiga pasangan Profesor Dr. Muhammad Gudono dan Dr. Sofiatun Gudono.
Kini, Erina berkhidmat sebagai seorang penganalisa kewangan di bank pelaburan JP Morgan cawangan Jakarta.
Sebelum memulakan kerjayanya itu, Erina juga pernah mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Puteri Indonesia 2022 dan berjaya menamatkan saingan dalam kedudukan Top 11.
Ketika bertanding, Erina yang mewakili Yogyakarta merupakan salah seorang peserta yang disebut-sebut mampu meraih kejuaraan. Ini kerana Erina bukan sekadar bersandarkan kepada kecantikan rupa paras tetapi juga kebijaksanaan.
Sebagai graduan jurusan Pengurusan Kewangan di peringkat sarjana muda dan jurusan Pentadbiran Awam di peringkat sarjana dari Columbia University di Amerika Syarikat, kebolehan Erina menguasai pelbagai bidang ini dicemburui ramai.
Ia juga membuatkan Erina sebagai calon ideal buat Kaesang serta keluarga Presiden Jokowi. She knows her mathematics, strategies and administration!
Erina Sofia Gunado
Ramai benar pasangan yang menjadikan bulan Disember sebagai tarikh keramat untuk mengikat tali perkahwinan ya.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan majlis akad nikah di antara atlet kebangsaan, Datuk Abdul Latif Romly dan pasangannya, Datin Nabila Farhana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!