Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.
Ads
Foto: Nana@Azman
Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
Ads
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.
Ads
Foto: Nana@Azman
Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut pasal pramugara dan pramugari, mesti ramai menggambarkan makhluk ciptaan Tuhan yang indah-indah belaka saja. Kalau tak cukup cantik, jangan mimpi nak jadi flight attendant (FA).
Tapi betul ke nak jadi cabin crew ni kena yang berwajah helok dan berbadan cantik? Nah, ini dia perkongsian yang telah dibuat oleh oleh seorang pramugara, Arieff Yong tentang kriteria yang perlu ada jika bercita-cita untuk menjadi cabin crew.
Pasti kan umur dah 21 tahun
Kelayakan pendidikan
Ketinggian tu penting. Kalau kurang 1 cm pun kena reject
Tak perlu apply online dan bawa dokumen yang lengkap
Tip lain: Senyum
Jangan jadi anti-social
Attire
Try to speak in English
Pastikan make up da bomb
Take note
So guys, amacam? Ada yang nak jadi FA ke? Kalau dah cukup syarat try je ok. Paling penting confident tu pun kena ada.
Good Luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raja komedi terkenal, Stephen Chow baru-baru ini berkongsi melalui sebuah hantaran di aplikasi Weibo bahawa dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.
Kekayaan yang dimiliki Stephen Chow dilaporkan bernilai AS$ 185 juta atau RM 877 juta hasil daripada berlakon, menjadi pengarah, juga sebagai usahawan dalam beberapa jenis perniagaan.
Pelakon Shaolin Soccer itu juga tidak bercadang untuk meninggalkan semua harta hasil kerja kerasnya selama ini kepada keluarga, namun terdapat perancangan lain yang ingin dilakukannya.
Sekadar info, Cecilia memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka pernah terlibat dalam filem yang sama seperti King of Comedy, Shaolin Soccer dan The New King of Comedy.
Selain itu, Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen melalui filem komedi sci-fi, CJ7 ketika dia berusia 8 tahun. Selepas itu hubungan mereka bertambah akrab dan Xu Jiao juga merupakan anak pembaptisan Stephen.
Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin ataupun mempunyai anak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.